Bulan Overhaul Hati !!!

September 23rd, 2006 by azmirkhalid

RAMADHAN BULAN OVERHAUL HATI
23/09/2006

Allah Taala menjadikan manusia dijadikan sekali di mana kekuatannya dan kelemahannya,
Tuhan tahu bagaimana menguatkan yang lemah dan bagaimana menyuburkan yang kuat,
Allah Taala tahu di mana kebaikan mereka, dan di mana kejahatan mereka,
Memang Tuhan ada bekalkan manusia ada benih baik ada benih jahat ,
Tuhan tahu dari punca apa dia baik dan dari punca apa dia jahat,
Hatilah wadahnya yang boleh menerima kebaikan dan kejahatan,

Di dalam masa setahun manusia terdedah dengan berbagai-bagai ajaran dan cabaran,
Cabaran itu seperti tekanan hidup, sibuk dengan kerja, berhadapan dengan kerenah manusia,
Berlaku juga ujian-ujian yang mendadak, kemalangan yang tidak disangka, melihat, mendengar perkara yang merosakkan,
Ditambah lagi hasil didikan, bacaan semuanya ini memberi kesan yang negatif kepada jiwa kebanyakan orang,
Kecuali orang yang kuat dengan Tuhan jiwanya tidak rosak dan tidak memberi kesan,
Cabaran-cabaran itu tidak merosakkan jiwa mereka, bahkan bertambah kuat dengan Tuhan,

Dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang-Nya,
Tuhan perintahkan puasa Ramadhan dan lain-lain ibadah tambahan,
Ramadhan boleh membaik pulih kejahatan,
Kerosakan manusia setahun hanya sebulan,
Seolah-olah Ramadhan bulan overhaul hati insan,
Seperti kereta yang sudah lama dipakai, banyak kerosakan telah berlaku terutama enjin, perlu overhaul,
Overhaullah caranya membaikpulihkan kereta yang perjalanannya sudah tidak berapa betul,
Manusia yang sudah rosak jiwanya, fikirannya, sikap dan tingkahlakunya dipulihkan melalui didikan Ramadhan,
Didikan Ramadhan merupakan satu pakej pendidikan di antara satu sama lain kuat-menguatkan,
Siangnya puasa, sembahyang ditambah lagi dengan Tarawikh, disusul dengan membaca Al Quran,
Ditambah lagi dengan perkara-perkara sampingan, zikir, tasbih, tahmid, salawat, tafakur digalakkan bersedekah dan pemurah, perbualan yang menambah kesedaran,
Keseluruhan itu asasnya adalah mujahadah melawan nafsu menentukan didikan Ramadhan berkesan atau tidak bekesan,
Didikan Ramadhan ada mujahadah, ada didikan puasa, didikan sembahyang,
Ditambah lagi didikan Al Quran dan lain-lain lagi tambahannya,

Mujahadah ertinya memerlukan kekuatan jiwa, memaksa membuat yang disuruh, memaksa meninggalkan larangan,
Larangan itu sama ada yang lahir mahupun yang batin kenalah tinggalkan,
Mujahadah ertinya memaksa, terseksa, membencikan, menjemukan, meletihkan,
Kalau jiwa tidak kuat usaha tidak dapat diteruskan, atau buat tanpa kesungguhan,
Kerana itulah mujahadah perlu pemangkin yang menggalakkan,
Pemangkin ialah puasa yang hati dan fikirannya puasa, sembahyang yang dapat dihayati, didikan Al Quran yang difaham dan dijiwai,
Di antara didikan sembahyang, menebalkan rasa kehambaan dan menajamkan rasa bertuhan,
Di antara didikan Al Quran di sana ada khabar gembira, ada amaran, ada suri teladan juga ada kesedaran dan keinsafan,
Didikan puasa rasa lemah, rasa hamba, rasa timbang rasa, menyedarkan dan menginsafkan,

Daripada 3 pakej didikan yang utama itulah menjadikan pemangkin menguatkan jiwa, menyuburkan jiwa, meneguhkan keyakinan,
Apabila jiwa kuat, jiwa subur, mujahadah pun kuat,
Apabila jiwa kuat dan subur hikmah Ramadhan daripada 3 pakej didikan tadi boleh bangunkan insan,
Jika hikmah Ramadhan itu dapat dimiliki lahirlah manusia luarbiasa,
Ertinya manusia yang dioverhaul di bulan Ramadhan mengembalikan manusia kepada fitrah sucinya,
Lahirlah manusia yang luar biasa, iaitu manusia yang benar-benar rasa kehambaan,
Manusia yang tawadhuk, sabar, redha, berkasih sayang, bertimbang rasa, pemurah, kerjasama,
Malu akan jadi pakaian, tawakal menjadi perasaan, keyakinan kental,
Apabila sifat ini dapat dimiliki, automatik mazmumah terbasmi,
Sombong, tamak, bakhil, pemarah, hasad, dendam, gila puji, gila nama, mati,
Inilah dia orang yang menang dan berjaya didikan Ramadhan,
Selepas Ramadhan manusia itu kembali suci seperti fitrahnya yang semulajadi,
Orang ini sahajalah yang layak berhari raya,
Kerana berjaya mengembalikan kesucian fitrahnya, hari raya namanya,
Hari raya ertinya mengembalikan fitrah suci lagi murni,
Kalau fitrah yang suci murni ini kekal sepanjang tahun,
Ramadhan yang akan datang hanya memberi cahaya lagi, bukan overhaul,
Begitulah didikan Ramadhan ramai orang yang gagal, sedikit sangat yang berjaya.

asz
25.11.2002
Selepas Tarawikh

RAHSIA KEJAYAAN RASULULLAH SAW

September 20th, 2006 by azmirkhalid

DUNIA DAPAT DITAWAN HANYA MELALUI PROSES PEMBERSIHAN HATI

Rahsia kejayaan Rasulullah SAW, Khulafaur Rasyidin dan salafussoleh dapat memerintah dan menawan tiga suku dunia dengan jayanya adalah kerana mereka cintakan Allah lebih daripada cintakan dunia. Juga kerana mereka memberi tumpuan yang serius kepada Akhirat dengan membersihkan hati mereka. Mereka mampu menundukkan nafsu, lalu dunia jatuh terjelapak ke tangan mereka.World_map1 Kalaulah mereka tidak mengutamakan sifatsifat terpuji (mahmudah) lebih daripada sifat-sifat terkeji (mazmumah) tentulah mereka senasib dengan kita. Yakni bukan saja tidak dapat menegakkan empayar, hendak memerintah satu negara pun tidak akan berjaya. Memerintah satu negeri pun akan gagal. Bahkan memerintah satu kampung pun akan timbul pecah belah. Bahkan gagal untuk menawan walau satu hati pun.

Kalau masalah dalam diri tidak dapat diatasi, tidak selesai-selesai, apa logiknya untuk tawan hati orang lain? Lebih-lebih lagi apa logiknya untuk tawan hati manusia dalam satu empayar?
Bukankah fitrah hati itu akan jatuh hati hanya dengan orang yang mempunyai akhlak terpuji?
Sekali lagi diulang, berjayanya Rasulullah SAW dan para Sahabat serta salafussoleh mengislamkan dunia adalah kerana mereka serius membersihkan hati mereka yang asalnya dari alam jahiliah kecuali Rasulullah SAW yang sememangnya bersih dan tidak berdosa (maksum). Memang sebahagian mereka pernah melakukan bermacam-macam dosa tetapi kerana seriusnya mereka dalam membersihkan hati daripada sifat terkeji melalui mujahadatunnafsi, riadatunnafsi, dengan disiplin serta barakah pimpinan Rasulullah SAW, maka mereka diberi Allah sifat-sifat hati yang bersih.

Contohnya rasa kasih sayang, berkorban apa sahaja, cintakan kebenaran, cintakan Allah, takut, harap, tawakal pada Allah, rasa gerun dan hebat pada Allah, merasa diri hamba, merendah diri dan malu dengan Allah, pemaaf, suka meminta maaf, takut dan gerun dengan Neraka-Nya, cinta dan mabuk dengan Syurga-Nya dan lain-lain sifat mahmudah lagi. Bahkan hidup mati mereka diserahkan kepada Allah. Hati mereka sedikit pun tidak terpaut dengan dunia. Sedangkan di waktu yang sama, mereka mengurus dan mentadbir serta memerintah tiga perempat dunia. Hakikat yang berlaku ialah bila mereka cintakan Allah dan cintakan Akhirat, di waktu itulah mereka mengorbankan hidup dan mati mereka untuk Allah. Seperti orang bercinta, dia sanggup beri apa saja demi menunaikan hajat cintanya. Begitulah hati mereka dengan Allah.

Hati, jantung, kaki, tangan serta seluruh anggota mereka gementar bila disebut nama Allah dan bila mendengar ayat-ayat-Nya. Mereka sangat cinta, rindu dan kasih kepada Rasul-Nya. Sesama mereka sangat berkasih sayang, bertolong bantu, bertolak ansur, berkorban apa saja, pentingkan orang lain, tenang dan damai serta hidup aman makmur. Dengan kehidupan yang beginilah mereka dapat tegakkan masyarakat yang baik selama 300 tahun. Itulah yang dikatakan masyarakat salafussoleh sepertimana yang Allah kehendaki. Firman-Nya:

Maksudnya: “Negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah.” (Saba’: 15)

Bilamana umat Islam sudah tidak mengikut kaedah ini lagi, yakni selepas umat Islam tidak mengamalkan Islam melalui proses pembersihan hati daripada sifat mazmumah, empayar Islam telah jatuh ke tangan musuh-musuhnya. Bila musuh datang, bukan musuh yang diperangi, tetapi sebaliknya yang berlaku. Kawan dianggap musuh maka mereka bermusuh sesama sendiri. Hati penuh dengan cinta dunia, hasad dengki, sombong, bakhil, penakut, pemalas, pemarah, gila pangkat, gila nama dan bermacam-macam gila lagi. Di waktu itu, dunia yang sudah ada di tangan, terlepas semula.

Tanpa proses pembersihan hati, negara dan masyarakat akan dikuasai oleh orang jahat kerana rakyatnya telah jahat. Rakyat akan hidup susah dan menderita. Sedangkan orang yang punya kuasa, hidup senang-lenang dan mewah serta berlumba-lumba membina empayar masing-masing. Hal ini kita boleh lihat dalam realiti hidup kita. Di mana negara yang umat Islamnya ramai, ekonomi negara dan masyarakat dikuasai oleh orang yang bukan Islam. Hidup masyarakat berkasta-kasta di mana yang kaya terlalu kaya dan yang miskin terlalu miskin. Hidup nafsi-nafsi, pecah amanah dan rasuah. Penipuan, pergaduhan, pencurian, demonstrasi, pembunuhan sering berlaku dan dunia seluruhnya tidak aman lagi.

Sebab itu Islam meminta agar umatnya membersihkan hati daripada sifat mazmumah dan menanam sifat-sifat mahmudah. Kerana dengan kaedah ini saja hati-hati manusia akan dapat ditawan. Hati cinta dengan Allah tapi dunia dalam tangan. Hati rindu dengan Allah tapi dunia dapat ditadbir dan diuruskan. Kaki berpijak di bumi, mengurus ekonomi, pertanian, perubatan, khidmat masyarakat, berdakwah dan mengajar, berhubung dan mesra dengan manusia tetapi hati dengan Allah.

Kesan dari mujahadah yang sungguh-sungguh untuk membersihkan hati, maka lahirlah buah dalam kehidupan masyarakat. Apabila salafussoleh ini memerintah dan mentadbir dunia, oleh kerana terlalu takutnya dengan Allah yakni takut ditanya tentang pentadbiran dan rakyatnya, dia tidak sempat memikirkan keperluan dirinya sendiri. Tidurnya hanya satu pertiga malam. Sembahyangnya terlalu banyak. Kalau mereka berniaga, di waktu tidak ada pelanggan, mereka akan terus bersembahyang, membaca Quran atau berzikir. Ada di antaranya tidak sempat mandi junub kerana mendengar panggilan jihad (gendang perang) lantas menyahut seruannya. Mereka menangis kalau tidak dapat ikut serta dalam perang. Mereka menangis dan pengsan bila mendengar ayat-ayat Allah. Sanggup berpisah dengan suami atau isteri sampai berpuluh-puluh tahun kerana berdakwah atau berjihad. Sanggup hidup ala kadar kerana Islam.Sanggup hidup mati untuk Allah dan Rasul-Nya.

Malangnya melalui sistem pengajian Islam yang sudah disekularkan, ilmu tasawuf atau ilmu rasa (zauq) ini sudah ditolak atau sudah tidak diambil berat lagi. Bahkan dianggap mengarut dan sesat serta menyesatkan. Kalau diajar pun ajaran tasawuf, hanya di mulut atau seronok menyebut istilah-istilahnya sahaja. Tetapi intipati ajaran tasawuf tidak bertapak di hati. Sebab itu orang yang belajar tasawuf, ilmunya itu tidak dapat mengubah sikap dan peribadi mereka.

Oleh itu mari kita fikirkan secara serius tentang ilmu tasawuf atau ilmu rohani atau ilmu rasa (zauq) ini supaya jiwa kita yang sudah buta dan mati ini dapat dicelikkan kembali serta hidup dan berfungsi. Agar ia dapat menjadi power kepada kebangkitan Islam di akhir zaman. Kalau dulu dunia dapat ditawan, maka kali ini sejarah itu akan berulang sekali lagi di tangan-tangan kita.

PANDUAN UNTUK PEREMPUAN

August 31st, 2006 by azmirkhalid

PANDUAN UNTUK PEREMPUAN

13100910
Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah S.A.W katanya, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, ia tidak menyakiti jirannya. Berilah wasiat yang baik kepada perempuan, sesungguhnya mereka dijadikan daripada tulang-tulang rusuk, dan sesungguhnya yang bengkok daripada tulang rusuk itu ialah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya pasti engkau memecahkannya (mematahkannya), jika engkau biarkan, ia akan terus bengkok. Oleh itu berilah wasiat yang baik kepada perempuan. ” - Riwayat Bukhari.

Beriman kepada Allah dan hari kemudian adalah menjadi ukuran dan asas yang pertama bagi seseorang melaksanakan segala kehendak Islam bagi diri sendiri dan bagi masyarakatnya. Sejauh mana kukuh imannya maka sejauh itu pulalah kesanggupannya menjalankan perintah dan menghentikan segala larangan. Seseorang belum dianggap sebagai benar- benar beriman selama perbuatan dan kelakuannya tidak mencerminkan perbuatan clan kelakuan seorang yang beriman. Dalam hadis ini dinyatakan bahawa di antara tanda-tanda orang yang sempurna iman ialah tidak menyakiti jiran.

Menyakiti orang boleh berlaku dalam berbagai-bagai cara; mengata- ngata, mengintai- ngintai, menghalang jalan ke rumahnya, membuang kotoran ke kawasan rumahnya, membuat bising, bermain di kawasan rumahnya tanpa mendapat keizinan dan lain-lain. Tegasnya, melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kerosakan kepada harta benda dan perasaan, nama baik atau lain- lain yang termasuk dalam erti kata menyakiti orang. Ada tiga jenis orang mengikut maksud sebuah hadis Rasulullah.
Yang Pertama,
Orang yang mempunyai satu hak, iaitu jiran yang bukan Islam.
Kedua,
jiran yang mempunyai dua hak iaitu jiran sesama Islam.
Ketiga,
Orang yang mempunyai tiga hak, iaitu Orang yang punya ikatan kekeluargaan. Jiran yang terakhir ini mempunyai hak-hak Orang, hak Islamdan hak kerabat (keluarga).2255525449_1

Apakah hak- hak Orang yang mesti dijaga dan dihormati? Mengikut sabda junjungan yang diriwayatkan oleh At Tabrani dari Muaz bin Jabal, “Jika ia minta berhutang berilah ia, jika ia meminta pinjam, pinjamkaniah ia,jika ia berhajat sesuatu sampaikanlah hajatnya, jika ia kesempitan ringankanlah, jika ia mendapat kebajikan dan bernasib baik, ucapkanlah tahniah, jika ia mendapat bencana dan kemalangan berilah simpati dan takziah dan jika ia meninggal, iringilah jenazahnya. Jangan kamu membina rumah lebih tinggi daripada rumahnya sehingga menghalang udara masuk kecuali dengan izinnya, dan janganlah bau makanan kamu tercium ke hidungnya, kecuali jika kamu berikan kepadanya sedikit. Jika kamu membeli buah-buahan, hadiahkanlah sedikit kepadanya, atau jika kamu tidak mahu memberinya, bawalah masuk ke rumah kamu senyap- senyap dan jangan dibiarkan anak- anak kamu keluar mempamerkan buah- buah itu sehingga menimbulkan rasa marah dan sakit hati anak jiran kamu.”

Maksud wanita dijadikan daripada tulang rusuk ialah untuk menunjukkan kepada tabiat perempuan yang mudah menerima kejahatan dan mudah bengkok seperti tulang rusuk. Boleh juga dimaksudkan bahawa perempuan yang mula- mula iaitu Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam, sedang perempuan- perempuan yang lain adalah dijadikan melalui proses hidup yang sama seperti kejadian kaum lelaki. Dengan itu hadis ini mengarahkan supaya hendaklah diberi pimpinan, nasihat dan ajaran- ajaran yang baik kepada semua perempuan dan isteri-isteri. Mengikut sebuah hadis lain, Rasulullah menyatakan, ” Wanita seperti tulang rusuk, jika engkau luruskan dengan kekerasan ia akan patah,dan jika engkau berseronok dengannya tanpa memperbaikinya, maka engkau berseronok dalam keadaan ia sentiasa bengkok.2243730128

ELAKKAN DIRI DARI MENJADI YATIM PIATU DI AKHIRAT

August 18th, 2006 by azmirkhalid

ELAKKAN DIRI DARI MENJADI YATIM PIATU DI AKHIRAT
19/08/2006

Bukanlah yatim piatu itu tidak berayah dan beribu,
Yatim piatu yang sebenar tidak mengenal Tuhan,
Tidak ada ilmu tentang ketuhanan.
Orang yang tidak ada ilmu tentang ketuhanan,
Itu yatim piatu di Akhirat,
Tidak ada beribu dan berayah,
Dan berayah dan beribu di dunia
Tidak ada ibu dan ayah
Tidak ada ayah dan ibu hilang kasih sayang di dunia,
Tidak kenal Tuhan dan tidak tahu ilmu ketuhanan,
Yatim piatu di Akhirat,
Tak dapat kasih sayang Tuhan di Akhirat,
Yatim piatu di Akhirat lagi dahsyat,
Kalau tak dapat kasih sayang dari Tuhan
Kerana tak dapat kasih sayang dari Tuhan,
Di Neraka tempatnya,
Kalau tak dapat kasih sayang di dunia,
Kalau ayah dan ibu tiada,
Susah makan minumnya sahaja,
Jadi kerana itu janganlah takut
Yatim piatu di dunia,
Tapi hendaklah takut yatim piatu di akhirat sana,
Jadi sekarang ini,
Orang yatim piatu di dunia tak ramai,
Tapi yatim piatu di Akhirat yang ramai,
Orang tidak kenal Tuhan,
Tidak ada ilmu ketuhanan itulah yatim piatu yang hakiki.

23.05.2006 - 3
Lepas Zohor (3.40 petang)

MARUAH!!!

July 6th, 2006 by azmirkhalid

SENSITIF DENGAN SOAL MARUAH

Remaja
dizaman Rasullullah SAW sangat pemalu dan amat menjaga maruah. Mereka
sekali-kali tidak mengusik wanita-wanita apalagi untuk menceroboh,
bahkan merekalah yang melindungi wanita.

Suatu hari ketika
seorang wanita Islam sedang membasuh kain, seorang pemuda Yahudi
mengikat hujung kainnya dengan tali yang diikat ke suatu batu,
sementara kawan-kawannya yang lain memerhati.
Wanita itu tidak menyedarinya dan ketika dia bangun, kainnya tertarik
ke atas hingga ternampak sedikit bahagian betisnya. Pemuda-pemuda
Yahudi itu ketawa beramai-ramai. Kerana terkejut dan malu, wanita itu
menjerit meminta tolong.

Seorang pemuda Islam yang lalu di situ segera menerpa ke arah
pemuda Yahudi itu kerana menyangka dia hendak menceroboh wanita Islam.
Kawan-kawan pemuda Yahudi itu tampil lalu membunuh pemuda tersebut.
Peristiwa itu hampir-hampir mencetuskan peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi.

Begitulah sikap pemuda Islam zaman dahulu yang sangat sensitif tentang soal maruah.

……………………..

" Maruah diri itulah dia harga diri

Ada maruah adalah harga, tiada maruah, tiadalah harga

Harga diri tidak boleh dijual beli

Di dalam Islam mempertahankan maruah diri syahid hukumnya. "

Maruah Diri Adalah Harga Diri


Maruah diri adalah harga diri kita.
Maruah diri itulah identiti diri atau jati diri.
Ada maruah adalah harga diri.
Harga diri itulah kepercayaan orang pada diri kita
.Tidak ada maruah, harga diri punah
.Punah harga diri, hilanglah wibawa
.Musnah harga diri hilang keyakinan manusia .Di antara harga diri yang
mesti dijaga
Pemalu, merendah diri, ramah mesra.
Pakaian jangan menjolok mata, bertolak ansur, berlapang dada sesama
manusia.
Jangan ingin nama dan glamor sekalipun kita ternama
,Pemurah, bertimbang rasa, berperi kemanusiaan sesama manusia.Jangan
mementingkan diri, mengangkat diri, membesarkan diri.Lebih-lebih lagi
khianat, berbohong, mungkir janji, hilang kepercayaan orang
.Jagalah maruah diri.
Ia adalah harga diri kita.

Belajar mulai usia dua setengah tahun

July 2nd, 2006 by azmirkhalid

Belajar mulai usia dua setengah tahun
Oleh Rohaniza Idris Berita Minggu 2 Julai 2006

KUALA
LUMPUR: Kabinet bersetuju memperkenalkan pendidikan kanak-kanak seawal
usia dua setengah tahun dan pelaksanaan beberapa projek perintis
selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak, berkata keputusan Kabinet itu berdasarkan
kajian saintifik yang mendapati pembentukan otak manusia mula berfungsi
seawal usia dua setengah tahun dan tahap ini sesuai untuk mengajar anak
mengenai kemahiran dan pendidikan selain mengukuh emosi dan psikologi.

“Apabila
masuk sekolah rendah dan menengah, pelajar yang mendapat pendidikan
seawal usia berkenaan akan menjadi pelajar lebih berwibawa dan
berkebolehan,” katanya pada sidang akhbar selepas penyampaian hadiah
Pertandingan Golf Amal Malaysia 2006, Piala Perdana Menteri anjuran
Pertubuhan Alumni Kelab Umno Luar Negara, semalam.

Berikutan itu
katanya, sekumpulan pemikir ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam
konsep pendidikan awal kanak-kanak itu sama ada boleh dimanfaatkan dan
sesuai dilaksanakan di negara ini……………..

—————————————————————

Untuk
menjadi seorang manusia yang baik, mustahil ia berlaku secara
kebetulan. Walaupun Allah sudah membekalkan kepada manusia sifat-sifat
fitrah semulajadi yang baik, tetapi bekalan itu tidak mencukupi untuk
membenteng manusia dari berlaku baik kerana terlalu banyak cabaran
serta godaan dunia yang mendatang. Ditakuti bila dicabar, bekalan yang
dibekalkan oleh Tuhan kepada manusia akan habis. Sebab itulah manusia
tidak boleh hanya mengharapkan bekalan yang Allah kurniakan sahaja.

Baby_photos_october_2Di
samping bekalan yang ada manusia juga boleh menjadi baik hasil dari
didikan. Kalau begitu, untuk mendidik anak-anak serta keluarga, maka
suami atau pemimpin di dalam rumahtangga mestilah memainkan tugasnya
sebagai pemimpin untuk mendidik anak-anak serta isterinya. Jarang kita
mendengar sesebuah keluarga berjaya secara kebetulan tetapi ia mesti
bermula dari didikan yang berterusan.

Adalah menjadi satu
kesilapan besar, setelah mengetahui masalah yang dihadapi oleh
anak-anak, baru ibu bapa hendak membetulkannya. Ibarat nasi sudah
menjadi bubur. Sudah tersilap langkah, baru hendak dibaiki. Itu satu
kesilapan besar. Di dalam Islam untuk membentuk sebuah keluarga yang
baik, bukan difikirkan setelah pasangan anak teruna dara itu
berumahtangga. Tetapi ia difikirkan sejak anak teruna dan dara itu
masih bayi lagi. Silaplah kalau ada yang berfikir, bila dah menimang
anak baru nak fikir tentang pendidikan anak-anak. Itu sudah terlambat.
Mengapa? Kerana sumber didikan, sumber kasih sayang, sumber anak-anak
boleh taat dan hormat kepada ibu bapa adalah berpunca dari sumber
kerana rasa takut dan cinta kepada Tuhan. Sebab itu sejak kecil lagi
mesti ditanam rasa takut dan cinta kepada Tuhan agar anak-anak nanti
menjadi anak yang bertanggung jawab, amanah, jujur, berkasih sayang,
pemurah, pemaaf, suka bertolak ansur, tolong menolong dan sebagainya.

Dari
rasa `takut` dan `cinta` terhadap Tuhan yang diadun pula dengan syariat
Tuhan, itulah modal untuk membangunkan sebuah keluarga. Dari situ pula
menjadi modal terbangunnya sebuah masyarakat, seterusnya sebuah negara
dan empayar di dunia. Kalau perkara yang asas itu tidak disiapkan sejak
ia masih bayi lagi, tiba-tiba bila sudah ada keluarga baru nak
bertanggungjawab, bukan sahaja anak-anak dan isterinya sendiri yang
menjadi cabaran. Itu merupakan cabaran yang kedua. Tetapi cabaran yang
pertama dan utama ialah dirinya sendiri. Disebabkan tidak ada rasa
takut dan cintakan Tuhan di dalam diri, dia sendiri gagal menjadi
pemimpin, ayah atau suami yang baik di dalam keluarga tersebut.

Mustahil
seseorang boleh mencurahkan kasih sayang dan memberi kebahagiaan kepada
orang lain sedangkan dirinya sendiri pun tidak merasa bahagia. Mana
mungkin seorang ayah nak memberi kebahagiaan kepada anak-anak dan
isterinya sedangkan dia sendiri pun tidak bahagia. Mana mungkin seorang
pemimpin dapat memberi kebahagiaan kepada rakyatnya jika dirinya
sendiri pun tidak merasa bahagia.

Sebab itu, kalau anak-anak
yang menjadi masalah, bukan mereka yang harus dipersalahkan tapi kedua
ibu bapa merekalah yang bersalah. Kalau ada pasangan teruna dara yang
nak berkahwin, satu kesilapan yang besar jika mereka hanya memikirkan
perkahwinan hanya untuk menyelesaikan tuntutan fitrah (tuntutan
biologi) sahaja. Hampir 99.9 % yang hendak berkahwin hanya untuk
memuaskan tuntutan nafsu sahaja. Kasih sayang antara suami isteri yang
lahir hasil dari tuntutan fitrah sahaja, ia akan luntur. Bila sakit,
kurang menawan, kurang bertenaga dan sebagainya, maka akan lunturlah
kasih sayang antara mereka. Si suami atau isteri akan mencari pasangan
yang lain untuk menyempurnakan tuntutan fitrah mereka pula.

Kalau
begitu, setiap pasangan suami isteri yang berkahwin mesti difahamkan
tujuan dan matlamat mereka berkahwin. "Berkahwin bukan semata-mata
melepaskan tuntutan fitrah sahaja tetapi ada cita-cita untuk perjuangan
Islam." Bila ada cita-cita ini, barulah kedua pasangan suami isteri
akan bertanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak sejak kecil
sepertimana yang digariskan oleh syariat Islam. Nanti akan terbangunlah
daulah Islamiah di dalam sebuah rumahtangga. Bila ada daulah Islamiah
di dalam rumahtangga akan lahirlah keharmonian di dalam rumahtangga
tersebut. Gabungan rumahtangga yang harmoni inilah akan membentuk
sebuah masyarakat Islam yang harmoni. Seterusnya gabungan masyarakat
yang harmoni ini pula akan terbangun sebuah daulah Islamiah.

Barulah
kita sedar sekarang sebenarnya masalah yang dibuat oleh anak-anak bukan
berpunca dari diri mereka tetapi berpunca dari masalah kedua ibu bapa
mereka yang tidak dididik secara Islam. Persiapan perlu dibuat dari
awal lagi agar hasilnya benar-benar memberi hasil yang lumayan. Umpama
seorang petani yang hendak menanam padi. Tanpa disemai, dikawal, dijaga
benih tersebut, mana mungkin boleh memberi hasil padi yang banyak.
Ditakuti padi tak berisi (sambang). Atau kerana tak jaga, padi dimakan
burung. Justeru itu pendidikan anak-anak harus difikirkan dan menjadi
tanggungjawab bersama untuk menanamkan rasa takut dan cinta kepada
Tuhan sejak mereka kecil lagi.

Di dalam ajaran Islam manusia
itu boleh jadi dewasa (baligh) paling cepat 9 tahun, paling lambat 15
tahun. Ertinya manusia boleh jadi dewasa sekitar 9 – 15 tahun. Maksud
dewasa di sini bukan sahaja fizikalnya atau tubuh kasarnya bahkan
keempat anasir di dalam badan ikut dewasa sama akalnya, nafsunya dan
rohnya.

Buktinya fizikal manusia setelah dewasa sekalipun berumur
9 – 15 tahun jika dia berkahwin sudah ada nafsu dan boleh dapat anak.
Akal ikut dewasa kalauBaby_photos_october_12 mendapat pendidikan yang tepat. 9 – 15 tahun
sudah boleh menjadi alim dan orang yang bertanggungjawab bahkan boleh
menjadi profesor atau doktor falsafah, boleh hafaz Al Quran, dan hafaz
ribuan Hadis.

Begitu juga nafsunya akan ikut dewasa jika dididik
dengan betul dan tepat. Berumur 9 – 15 tahun seseorang boleh memiliki
setidak-tidaknya mendapat nafsu mulhamah.

Seterusnya roh manusia
boleh dewasa mengikut tubuh kasarnya dewasa. Berumur 9 –15 tahun kalau
cukup asuhannya, rohnya boleh menjadi bercahaya dan boleh mendapat
hidayah dan dapat firasat dari Tuhan dan boleh menjadi orang bertaqwa.

Selama
ini yang sangat dijaga jasad lahirnya sahaja, tiga anasir lagi tidak
diendahkan. Ia diberi makan yang cukup, dijaga kesihatannya, dijaga
kesuburan pertumbuhan badannya. Maka badan lahirnya pun segera subur
dan dewasa, 10 atau 12 tahun dia sudah baligh atau matang. Malangnya
tiga anasir lagi dibiarkan tidak dididik, bahkan tidak dipedulikan
iaitu akal, nafsu dan rohnya.

Oleh yang demikian seseorang itu
sudah tidak seimbang lagi di dalam dirinya. Di waktu badan kasar
dewasa, badan halus atau rohaninya tidak dewasa, bahkan masih bersifat
keanak-anakan. Akal, nafsu dan rohnya masih keanak-anakan, badan
kasarnya sudah boleh melahirkan anak dan boleh menjadi ibu dan bapa.
Jasad lahirnya sudah boleh membuat tugas besar, jasad batinnya belum
mampu bertugas besar dan penting akibat daripada sistem pendidikan yang
tidak tepat dan tidak seimbang. Di samping para pendidik, ibu bapa,
guru-guru, penjaganya tidak faham mengimbangkan empat anasir di dalam
diri manusia.

Maka terjadilah empat anasir di dalam diri manusia
tidak serentak dewasa bersama tubuh kasarnya. Yang punya diri pun rugi,
negara dan bangsa pun ikut rugi kerana manusia itu adalah aset negara
dan bangsa. Cara umat Islam belajar di zaman ini sudah tersalah dan
tersilap. Mereka mendapat ilmu sangat terbatas. Ilmu hanya didapati di
tempat pengajian atau di sekolah rasmi semata-mata.Padahal di sekolah
hanya ilmu teori bukan praktikal untuk kehidupan sehari-hari manusia.

Inilah
akibat sistem pelajaran yang salah dan tidak berhati-hati dilagang.
Belajar di luar sekolah di dalam kehidupan tidak dapat sijil dan ijazah
tidak perlu ambil pelajaran dan perhatian lagi. Hanya sanggup belajar
semata-mata di mana boleh dapat tauliah kalau tidak tak payah. Padahal
ilmu lebih banyak lagi dapat dari kehidupan bukan dari sekolah dan di
pengajian tinggi.

Belajar dengan mendengar, melihat
berbagai-bagai perkara kalau diperhati lebih banyak dapat daripada di
sekolah dan di institusi. Pergi melihat laut, pandang dengan bersahaja
tidak dapat apa-apa. Melihat kehidupan nelayan, pandang tanpa membaca
tidak dapat pelajaran darinya. Melihat gunung-ganang, bukit-bukau,
hutan belantara tidak dapat pelajaran memandangnya kerana pergi itu
semata-mata berhibur bukan hendak mengetahui kejadian dan
sifat-sifatnya maka tidak dapat apa-apalah.Pergi ke padang pasir
melihat kehidupan  orang-orangnya pandang bersahaja tidak pun mengambil
pelajaran daripada kehidupan mereka, tidak dapat ilmulah darinya. Pergi
hanya buang-buang masa yang dapat hanya letih sahaja adakalanya pergi
secara escapism, mengubat jiwa yang derita. Maka tentulah tidak dapat
pelajaran daripada melihatnya.

Pergi ke bendang dengan kehidupan
orang-orangnya tidak pun diperhati dengan akal hingga dapat pelajaran
darinya hanya pandang  dengan mata semata-mata tidak pun difikirkan apa
yang dilihat tidak dapat pelajaranlah darinya.Pergi ke kampung, pergi
ke pekan, juga ke bandar pandang tidak mengguna otak bagaimana cara
hidup, budaya mereka tentu tidak sama, mengapa tidak sama, mesti ada
jawapannya jika mengguna otak kita pergi hanya dapat berhibur melihat
semata-mata, rahsia kehidupan mereka tidak dapat dibaca.

Padahal
kalau dilihat dengan akal banyak ilmu dan pelajaran daripada kehidupan
mereka. Begitulah kalau dasar pelajaran dilagang dengan tujuan
semata-mata matlamat makan gaji. Mana yang tidak ada kena-mengena
dengan makan gaji apa yang dilihat tidak diambil peduli. Ilmu macam ini
tidak termasuk di dalam sukatan pelajaran negara. Kalau periksa tidak
akan dipersoalkan apa perlu diambil perhatian, yang dipentingkan apa
yang dipelajari sahaja di dalam peperiksaan dipersoalkan. Siapa yang
berjaya mendapat kelulusan yang tinggi dapat pujian. Setakat itu
sahajalah yang dikatakan oleh para pemimpin dan guru cemerlang,
gemilang dan terbilang. Ilmu-ilmu tambahan selain di sekolah tidak
diberatkan dan tidak digalakkan seolah-olah ilmu itu semata-mata di
sekolah dan di tempat pengajian. Kerana itulah kelulusan tinggi ilmunya
singkat sekali tidak boleh diharapkan. Ilmu hanya dapat di pengajian
tinggi selain itu tidak dapat ilmu kerana tidak ambil peduli.Kemudian
mengharapkan bangsa maju, cemerlang gemilang dan terbilang. Ilmu tidak
boleh semata-mata diikatkan dengan makan gaji tidak kena-mengena pun
dengan makan gaji, ilmu kenalah kaji dan dicari.

Sumber ilmu
bukan semata-mata di tempat belajar dan mengaji kalau kita suka
mengkaji dan menggali, ilmu di mana sahaja boleh didapati. Orang Melayu
konsep menuntut ilmu sudah disalah erti. Ilmu dicari hanya sekadar
untuk keperluan makan gaji, ia adalah satu pandangan dan fikiran yang
sudah  basi.

Kalau dari kecil sudah salah terima pengajaran dan
didikan.Pengajaran dan didikan tidak lagi bertunjangkan iman dan
ketuhanan maka manusia akan tersalah berfikir,jiwa manusia akan rosak
fitrahnya. Dirosakkan oleh cara berfikirnya sejak dari kecilnya.
Apabila fikrah sudah sebati dengan keyakinan yang tidak bertunjangkan
iman, jiwa pula hitam dengan mazmumah disebabkan ajaran yang
diterimanya. Kalau ia menjadi pengajaran dan didikan rakyat umum. Aduh,
punahlah satu bangsa di dalam sebuah negara. Punahnya memakan masa
paling tidak puluhan tahun kalaupun tidak ratusan tahun.

Kelas_3_1
Jika ia
telah menjadi fikrah dan jiwa satu bangsa bukan senang hendak
dipulihkan semula. Biasanya ia akan pulih manakala Allah Taala utuskan
di kalangan mereka pemimpin yang dijanjikan atau pemimpin yang ditunjuk
oleh Tuhan. Kerana itulah setiap pendidikan dan pengajaran yang hendak
dijadikan warisan bangsa hendaklah berhati-hati dan penuh teliti.
Kerana kalau tersilap dari mula mengasaskannya, oleh kerana kesilapan
pemimpin-pemimpin bangsa itu. Rosak binasalah bangsa itu hingga
beberapa generasi hendak membetulkannya semula terpaksa makan masa
berpuluh atau beratus tahun lamanya.

LAYAK TANPA SIJIL

June 26th, 2006 by azmirkhalid

LAYAK TANPA SIJIL
14/06/2006

Di
zaman moden macam sekarang ini, hendak jadi apa pun, kenalah layak.
Kalau tidak layak, siapa pun tidak akan terima. Kelayakan pula diukur
dengan sijil. Sijil itulah bukti kelayakan. Sijil itulah bukti
kemahiran. Sijil pula bukan sebarang sijil. Mesti sijil yang diiktiraf.
Mesti sijil yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang diakui. Kalau tidak,
tak laku juga.

Hendak jadi doktor mesti ada sijil kedoktoran. Hendak jadi jurutera
mesti ada sijil kejuruteraan. Hendak jadi guru mesti ada sijil
perguruan. Setidak-tidaknya, hendak jadi kerani biasa pun mesti ada
sijil pelajaran.

Ini sebenarnya satu sistem yang baik. Cara begini dapat menentukan
bahawa siapa sahaja yang dilantik memegang apa-apa jawatan benar-benar
layak memegang jawatan tersebut. Kita pun tidak mahu doktor yang tidak
layak dijadikan doktor. Nanti dia bagi kita ubat yang salah. Penyakit
yang ringan boleh jadi berat. Kita juga tidak mahu jurutera yang tidak
layak dijadikan jurutera. Nanti dia bina jambatan, salah buat
kira-kira. Bila kita lalu, jambatan terhayun ke kiri, terhayun ke
kanan. Ini semua menggerunkan kita.

Memang dalam hidup ini, hendak jadi apa pun, mestilah layak. Kalau
tidak, semua akan jadi rosak. Diri jadi rosak, orang lain jadi rosak,
masyarakat pun jadi rosak.Begitu juga kalau hendak jadi kaya. Mestilah
layak. Tapi layak1409ht49
yang tidak bersijil. Orang yang nak jadi kaya
mestilah pemurah. Mesti bersifat belas kasihan kepada orang miskin dan
orang susah. Mesti bersifat zuhud. Merasa bertanggungjawab kepada
masyarakat dan agama. Dengan ini barulah kayanya itu tidak akan
merosakkan bahkan adalah baik untuk
dirinya, baik untuk orang lain dan baik untuk masyarakat.Dia akan bantu
orang-orang susah, orang-orang melarat, fakir dan miskin. Dia akan bela
agama dengan wang ringgitnya.Akan ditinggikan kalimah Allah dengan
harta bendanya.Kekayaannya tidak lekat di hati. Diambilnya sekadar
perlu dan dikorbankan yang lebihnya untuk mencari keredhaan Allah.Dia
menjadi pembela pada masyarakat.

Orang yang bakhil sebaliknya tidak layak jadi kaya. Kalau si
bakhil jadi kaya, maka kerugian besarlah dunia. Dia akan mengumpulkan
hartanya untuk menjaga statusnya. Untuk bermegah-megah. Untuk
berlumba-lumba kekayaan dengan orang lain. Hartanya akan menjadi beku
dan tidak disamaratakan.Dia jadi kaya tapi masyarakat jadi miskin.
Kekayaan tertumpu pada yang sedikit. Timbullah kasta-kasta kaya dan
miskin dalam masyarakat yang saling tindas-menindas, bencimembenci dan
curiga-mencurigai di antara satu sama lain.

Kekayaan si bakhil tidak sesiapa pun dapat
menikmatinya.Masyarakat tidak akan merasanya. Bahkan si bakhil itu
sendiri tidak akan merasanya. Orang yang bakhil hakiki hakikatnya
miskin. Dia tidak akan rela mengurangkan hartanya walaupun untuk
dirinya sendiri. Biar dia makan kacang putih dan minum air sejuk
asalkan kekayaannya tidak luak.

Begitu juga dengan orang yang boros. Orang boros juga tidak
layak jadi kaya. Dia hanya akanDisco_80_190403_013_2
‘memakmurkan’ pusatpusat perjudian,
disco dan kelab-kelab malam. Dia hanya akan
melariskan perniagaan ar
ak dan menghidupkan kegiatan-kegiatan maksiat.
Setidak-tidaknya dia akan menghabiskan wang ringgitnya untuk
berfoya-foya, berseronok-seronok dan membazir. Masyarakat, orang miskin
dan orang susah tidak
akan dapat menimba apa jua faedah daripada kekayaan orang yang boros.

Kalaulah betul ada ura-ura atau cita-cita untuk membasmi
kemiskinan dan membuat semua orang jadi kaya, elok sangatlah
orang-orang yang bakhil dan yang boros dikecualikan danjangan
dikayakan. Mereka ini tidak layak dan lebih baik dibiarkan
miskin sahaja. Kalau mereka kaya, akan jadi rosak.Kalau mereka miskin,
diri mereka dan masyarakat akan lebih selamat.

Hendak jadi ulama pun mestilah layak. Tambahan pula kalau
hendak berfungsi mendidik masyarakat. Bukanlah setakat kelayakan
mempunyai ilmu agama sahaja dan terbukti pula dengan sijil-sijilnya.
Bahkan ada kelayakan yang lebih penting daripada itu tetapi tidak
bersijil. Ulama yang berhasrat untuk mendidik masyarakat mestilah ulama
yang beramal. Mestilah ulama yang bukan ahli dunia. Mestilah ulama yang
tidak berpihak ke mana-mana kecuali Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias.
Barulah nasihat dan tunjuk ajarnya tegas, setentang dan selari dengan
syariat. Barulah dia boleh menjadi contoh. Ulama
seperti inilah yang menjadi pelita kepada masyarakat. Orang dengar apa
dia cakap.

Ulama ahli dunia tidak layak mendidik masyarakat. Bahkan
dirinya sendiri telah rosak dan perlu dididik. Perkara dunia akan
diduniakan (tidak dijadikan ibadah). Perkara Akhirat
pun akan diduniakannya juga. Segala-galanya akan diduniakannya.
Hukum-hakam akan ditegang dan dikendurkan mengikut kepentingan
dunianya. Dia akan terikat dengan berbagai-bagai ikatan dan simpulan
tali-tali dunia hinggakan lidahnya akan jadi kelu di kala mana dia
sepatutnya bersuara, dan dia akan bersuara di kala mana dia sepatutnya
diam.

Bila masa dia bersuara pula, suaranya bunyi sumbang. Bila ada
orang buat yang baik dan yang makruf, ada sahaja komennya dan ada
sahaja yang tak kena padanya. Yang maksiat dan mungkar yang berlaku di
tepi hidungnya tidak pula ditegurnya.Katanya, di luar bidang kuasanya.
Jadi kerjanya, komen yang baik dan diamkan yang jahat. Bukan lagi
menyuruh kepada yang baik dan mencegah kepada yang jahat. Dengan ulama
dunia macam ini, masyarakat boleh jadi Ceramah1lintang-pukang.Hendak jadi
pemimpin kepada rakyat pula, tidak kira di peringkat mana lagi-lagilah
mesti layak. Tidak memadai dengan kepintaran, populariti dan sokongan
majoriti semata-mata.

Pemimpin kepada rakyat mestilah adil. Mesti menaruh hak pada
yang hak dan mesti mampu berhukum dengan hukum yang hak. Dengan ini
barulah dirinya akan terlepas daripada menganiaya dan menzalimi rakyat.

Pemimpin rakyat hakikatnya ialah hamba kepada rakyat.Rakyat mesti
didahulukan. Segala keperluan rakyat mesti diselesaikan. Pemimpin yang
mampu berbuat beginilah yang dikatakan payung kepada rakyat. 

Pemimpin yang zalim akan mengetepikan dan akan menindas
rakyat. Dia bermusuh dengan rakyat. Dia akan sibuk menguatkan
kedudukan, pengaruh dan kuasanya. Untuk itu segala bentuk penyelewengan
akan dilakukannya. Dia akan tenggelam di dalam kemewahan dari harta
rakyat. Dia akan beraja di mata dan bersultan di hati. Pemimpin seperti
ini hanya akan mencetuskan kacau-bilau, huru-hara dan kemusnahan!

Undang-undang dan peraturan yang digubal bukan lagi untuk
melindung rakyat, untuk menentukan hak asasi dan kepentingan rakyat dan
untuk memudahkan urusan rakyat
tetapi untuk mengekalkan kuasa dan untuk menguatkan kedudukannya.

SAYIDINA TALHAH

June 20th, 2006 by azmirkhalid

  Buktikan Cintanya Kepada Rasulullah SAW

Saidina Talhah bin Ubaidullah adalah salah seorang dari 10
Sahabat Rasulullah S.A.W. yang dijamin Syurga. Di awal keislamannya,
dia mendapat tentangan hebat bukan sahaja dari masyarakat musyrik,
bahkan juga dari ibu kandungnya sendiri. lbunya berharap agar Saidina
Talhah akan menjadi pemimpin kepada kaumnya kerana dia memiliki
peribadi yang mulia dan bakat kepimpinan yang tinggi. Dia pernah
diseksa kerana memeluk Islam tetapi dia menghadapi seksaan itu dengan
penuh kesabaran tanpa sedikit pun menjejaskan imannya. Sebaliknya pedih
seksaan yang menimpanya itu menyuburkan lagi cintanya kepada Allah dan
Rasul-Nya.

Sewaktu peperangan Uhud, Sayidina Talhah telah menerima gelaran "syahid yang hidup" daripada
Rasulullah S.A.W. Dalam peperangan itu, barisan tentera Muslimin telah
kucar-kacir kerana tentera pemanah mengingkari perintah Nabi Muhammad
S.A.W. agar tidak meninggalkan tempat mereka. Di waktu suasananya
sungguh gawat, baginda Rasulullah S.A.W. sendiri berada di dalam
keadaan bahaya. Kira-kira duabelas orang tentera Islam berada
berdekatan baginda untuk menjaga keselamatan utusan Allah itu. Di
antaranya ialah Sayidina Talhah sendiri. Sword_1

Beberapa orang
tentera musuh telah berusaha untuk membunuh baginda Rasulullah kerana
mereka tahu jika baginda meninggal tentulah Islam tidak akan berkembang
lagi.
Tentera-tentera Islam telah berusaha bermatian-matian mempertahankan
baginda. Dengan penuh berani mereka menghadapi pihak musuh sehingga
akhirnya seorang demi seorang tentera Islam yang mengeliling Rasulullah
itu menemui syahid.

Akhirnya
yang tinggal hanyalah Sayidina Talhah. Sebagai bukti cintanya kepada
RasulullahS.A.W. beliau telah bersungguh-sungguh mempertahankan baginda
dari pihak musuh. Lemparan lembing musuh yang bertubi-tubi telah
ditangkis oleh Saydina Talhah menggunakan tangan dan badannya. Beberapa
batang jarinya putus.

Injured_1
Pada ketika itu juga gigi manis Rasulullah S.A.W. telah patah,
dahi dan bibirnya luka terkena tetakan. Darah berhamburan di wajah
baginda. Melihatkan keadaan yang amat menyedihkan itu, Sayidina Talhah
dengan penuh semangat menyerbu musuh-musuh Islam dan menolak mereka
jauh dari Rasulullah. Beliau menaikkan baginda ke atas sebuah batu
dengan menjadikan bahunya sebagai anak tangga. Setelah itu beliau
meneruskan perjuangannya menentang tentera-tentera musyrikin sehingga
mendapat luka parah. Di badannya terdapat tusukan pedang, tombak dan
anak panah. Kakinya telah terpotong dan beliau jatuh ke dalam sebuah
lubang, terbaring tidak sedarkan diri.
Ketika Sayidina Abu Bakar dan Saidina Abu Ubaidah mendekati Nabi S.A.W,
baginda meminta mereka membantu Sayidina Talhah yang sedang pengsan.

Begitulah pengorbanan Sayidina Talhah bin Ubaidullah terhadap
Allah dan Rasul-Nya. Meskipun mengalami kecederaan yang teruk namun
hatinya puas dan bersyukur kerana Rasul yang dicintainya terselamat
dari dibunuh oleh pihak kafir.

                        
               
             
                  
                  

Kisah Keajaiban Roh

June 20th, 2006 by azmirkhalid

KISAH SUFI
Kisah Keajaiban Roh

Sg03_051105_kuburSeorang
pemuda yang telah meninggal dunia telah datang menemui Tsabit Al Banani
di dalam tidurnya. Rohnya datang dalam keadaan berserabut, wajahnya
pucat lesi, cemas dan gundahgulana. Tsabit dapat melihat di dalam
tidurnya itu, pemuda tersebut berjalan dengan tangan kosong sambil air
matanya mengalir. Dalam masa yang sama dia melihat semua ahli kubur
yang lain memakai pakaian putih bersih serta membawa makanan beraneka
macam.

Tsabit pun bertanya mengapakah keadaannya demikian. Pemuda itu
berkata bahawa tidak ada seorang pun di dunia yang mahu mendoakan serta
bersedekah untuknya. Sedangkan ahli-ahli kubur
yang lain mempunyai keluarga dan sanak saudara yang sering berdoa dan
bersedekah untuk mereka pada setiap malam Jumaat.

Ibunya masih hidup, tetapi setelah berkahwin lagi, ibunya lupa untuk berdoa dan bersedekah untuknya.
"Kini aku telah berputus asa dan sentiasa sedih lagi cemas sepanjang masa," kata pemuda itu.
Tsabit pun bertanya tentang ibunya dan di mana dia tinggal serta berjanji akan menceritakan keadaan pemuda itu kepadanya.
"Katakan
bahawa di dalam bajunya ada wang seratus misgal warisan ayahku. Wang
itu adalah kepunyaanku. Nanti dia akan percaya terhadap apa yang tuan
ceritakan."

Setelah terjaga, Al Banani terus mencari ibu pemuda itu dan
menceritakan kisahnya. Ibu itu jatuh
pengsan apabila mendengar kesusahan yang menimpa anaknya. Bila sedar,
dia memberikan wang sebanyak 100 misgal tersebut kepada Al Banani untuk
disedekahkan dengan diniatkan pahalanya untuk roh anaknya.

Sekali lagi roh pemuda itu datang berjumpa Al Banani di dalam mimpinya. Wajahnya berseri-seri penuh kegembiraan.
Kata pemuda "Wahai Imam Muslimin, mudah-mudahan Allah mengasihani engkau sebagaimana engkau mengasihani aku."

Tipuan Dunia

June 8th, 2006 by azmirkhalid

Tipuan_dunia_rd

(click pada gambar untuk saiz yg benar)