JAWAPAN-JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP ISU-ISU TERKINI (bhg 2)
JAWAPAN-JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP ISU-ISU TERKINI

Timbul juga persoalan yang saya berusaha menghidupkan semula Al-Arqam atas nama Rufaqa’. Jadi izinkan saya bertanya apakah buktinya saya hidupkan Arqam. Sebenarnya dalam hal ini seorang pun tidak boleh buktikan. Namun biar saya jelaskan di sini bagaimana timbulnya isu yang mengatakan saya cuba hidupkan Arqam.
Ianya bermula bila mana Rufaqa berjaya membangunkan projek-projek perniagaannya di dalam dan luar negara. Pihak yang tidak senang dengan kejayaan saya menuduh bahawa di atas projek itulah saya membawa ajaran Arqam ke dalam Rufaqa. Tetapi pada masa yang sama pihak KKDN yang menjaga kami selama 10 tahun mengatakan tidak berlaku sebarang usaha menghidupkan Arqam dan Rufaqa tidak mengancam keselamatan. Manakala di pihak JAKIM pula mendakwa yang sebaliknya. Di sini saya ucapkan terima kasih kepada pihak KKDN kerana telah membuat satu kenyataan yang benar terhadapa Rufaqa’. Bagaimanakah sebuah syarikat perniagaan boleh mengancam keselamatan negara sedangkan Rufaqa’ adalah merupakan sebuah badan perniagaan yang berdaftar dan menjadikan Islam sebagai disiplin perniagaannya. Saya ingin membuktikan bahawa orang Melayu boleh maju dalam bidang perniagaan di atas nama Islam, dengan menggunakan kaedah Islam. Sepatutnya Rufaqa’menjadi asset kepada orang Melayu. Orang Melayu kena fikir apakah rahsia Rufaqa’ berjaya dalam perniagaan. Saya menjalankan perniagaan ini tanpa bersandar dengan mana-mana bank. Saya merujuk kepada ayat Quran yang bermaksud :
“Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan orang itu dari kesusahan dan di beri rezeki dari sumber yang tidak diduga”
Jadi saya pun membangunkan perniagaan saya dengan meminta semua staff saya supaya mengusahakan taqwa. Menjadikan solat sebagai satu yang agung. Mendorong mereka berkasih-sayang. Daripada situlah didapati Allah telah beri rezeki dan telah selesaikan masalah-masalah yang berbangkit dalam perniagaan. Bagi saya berhutang itu walaupun diharuskan oleh syariat tetapi tidak digemari lebih-lebih lagi kalau ada riba. Kalau meminjam dengan melibatkan riba menafikan taqwa. Begitulah yang saya faham perintah Allah ini dan saya fahamkan juga kepada staff-staff saya. Di sinilah pandangan dan sikap saya berbeza dengan jakim. Mereka hanya mengambil satu juzuk sahaja daripada padangan saya dan terus membuat hukuman seolah-olah agama yang saya bawa itu tidak betul. Sedangkan kalau kita berbincang secara global kita akan dapat melihat kebenarannya di situ.
Untuk makluman setakat ini saya telah menulis lebih 70 buah buku, ribuan sajak dan madah dalam berbagai bidang ilmu selain ilmu agama seperti bidang ekonomi, politik, kebudayaan, pentadbiran, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.. Oleh itu untuk menilai saya tidak cukup hanya menilai di satu sudut sahaja daripada pemikiran saya. Rufaqa mesti di lihat dan di nilai secara global dan professional. Amat tidak adil kalau ada pihak yang menilai saya seperti orang buta melihat gajah. Masing-masing akan memberi gambaran di sudut masing-masing yang terhad dan tidak sempurna. Ibarat sebuah istana yang cantik dan indah tetapi yang di ceritakan adalah mengenai longkang istana sahaja bukannya gambaran keseluruhan istana yang sempurna dan indah. Begitulah tamsilannya. Mereka hanya mengambil sudut-sudut yang kelihatan negative dan tidak melihat yang global. Mereka lebih suka mengambil sudut yang mengelirukan dan tanpa bertanya terlebih dahulu terus menuduh dengan melulu. Dalam ertikata lain janganlah menerima penilaian tentang gajah dari orang buta.
…..bersambung