Archive for November, 2006

PEMBANTERAS AJARAN YANG SALAH ATAU SESAT

Thursday, November 30th, 2006

PEMBANTERAS AJARAN YANG SALAH ATAU SESAT

Ada golongan konon hendak membanteras ajaran salah atau sesat
Bunyinya cantik, didengar sangat indah dan molek
Seolah-olah golongan ini sangat serius beragama dan sungguh sayang dengan agama
Tapi mereka membanteras ajaran yang mereka pilih-pilih sahaja
Yang ada hubungan dengan ibadah, wirid dan zikir yang dilakukan
oleh golongan yang lemah
Perjuangan mereka sangat sempit, mungkin mengambil peluang kepada puak yang mereka tidak senang
Ajaran salah atau ajaran sesat bukan di sudut ibadah, wirid dan zikir sahaja
Ajaran salah atau sesat lebih-lebih lagi amalan salah dan sesat berlaku secara global
Di dalam pergaulan, ekonomi, politik, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya
Yang dibisingkannya sangat di dalam ibadah, wirid dan zikir
itu pun mengikut ukuran puak mereka sahaja
Belum disemukakan, belum diuji, belum dinilai  oleh semua golongan
dan semua golongan ulama
Kalau ditembungkan boleh jadi khilafiah, boleh jadi ada nasnya yang tersurat dan tersirat
Mungkin yang menyalahkannya kurangnya ilmu terutama ilmu rohaniah
yang terlalu seni dan susah
Lebih-lebih sekali zaman sekarang mana ada orang serius beribadah,
berwirid dan berzikir
Khurafat dan kesesatan di bidang-bidang lain bukan sahaja ajaran tapi amalan
tidak pula ditolak bahkan digalak
Di dalam kebudayaan, dedah aurat, bergaul bebas, setiap kata yang diucapkan yang menyalahi syariat tidak pula dianggap sesat
Kejahatan orang politik di dalam sikap, cakap, tindakan yang melanggar syariat dan akhlaknya boleh pula
Di dalam ekonomi adanya riba, adanya penindasan, tidak pula disanggah dibiar begitu sahaja
Di dalam pendidikan tidak ada bertunjangkan tauhid, iman dan taqwa, ia boleh membawa ajaran sesat dan amalan sesat
Tidak
hairanlah hasilnya melawan guru, melawan emak bapa, bergaduh dan
gangsterism kerana tidak takutkan Tuhan dan melupakan Akhirat
Tidak pula puak itu memberi nasihat kepada puak yang membuat dasar pelajaran
Kalau hendak berjuang berjuanglah secara global dan jujur
Kesalahan yang dilakukan oleh golongan yang lemah, tiada kuasa berani bertindak seolah-olah mereka wira agama
Kesesatan yang dibuat oleh orang yang berkuasa, ada nama, ada pengaruh
dipejamkan mata
Kerosakan yang mereka lakukan dibiarkan sahaja seolah-olah tidak mengapa
Mereka berjuangkah atau mengambil peluang?
Mereka berjuangkah atau berlakon berjuang?
Rakyat melihat ini semuanya
Mereka hanya berani dengan golongan lemah dan tiada kuasa
Kepada golongan yang kuat dan berkuasa, dibiarkan berleluasa
Mereka sebenarnya bukan wira agama, tapi mencari makan atas nama agama

JIKA SETIAP HAMBA MERASA KEBESARAN ALLAH

Wednesday, November 22nd, 2006

JIKA SETIAP HAMBA MERASA KEBESARAN ALLAH

Jika setiap hamba merasa kebesaran Allah, hebat dan Qahharnya

Dia akan terasa hinanya diri

Membesar diri jauh sekali

Kalau dia merasakan dirinya di dalam kekuasaan-Nya

Kecut dan takut menyelubungi hatinya setiap detik

Bimbang dan gerun setiap waktu

Hilang angan-angan

Betapa pula merasakan umur panjang

Bila merasakan mati itu bila-bila masa boleh berlaku

Dia akan merasakan kematian di antara nafas turun naik

Urusannya dengan Tuhannya tiada  penangguhannya

Kalau begitulah setiap hamba merasa

Menekan hatinya setiap ketika

Apakah dia akan membuat dosa?

Apakah dia sanggup berfoya-foya?

Apakah dia sanggup membuang-buang masa?

Apakah dia sanggup menderhaka?

Tentu sekali tidak

Kecuali yang tidak sengaja

Atau dia tidak tahu

Atau kelemahan yang payah dielak

JIKA SETIAP HAMBA MERASA KEBESARAN ALLAH

Wednesday, November 22nd, 2006

JIKA SETIAP HAMBA MERASA KEBESARAN ALLAH

Jika setiap hamba merasa kebesaran Allah, hebat dan Qahharnya
Dia akan terasa hinanya diri
Membesar diri jauh sekali
Kalau dia merasakan dirinya di dalam kekuasaan-Nya
Kecut dan takut menyelubungi hatinya setiap detik
Bimbang dan gerun setiap waktu
Hilang angan-angan
Betapa pula merasakan umur panjang
Bila merasakan mati itu bila-bila masa boleh berlaku
Dia akan merasakan kematian di antara nafas turun naik
Urusannya dengan Tuhannya tiada  penangguhannya
Kalau begitulah setiap hamba merasa
Menekan hatinya setiap ketika
Apakah dia akan membuat dosa?
Apakah dia sanggup berfoya-foya?
Apakah dia sanggup membuang-buang masa?
Apakah dia sanggup menderhaka?
Tentu sekali tidak
Kecuali yang tidak sengaja
Atau dia tidak tahu
Atau kelemahan yang payah dielak

DIDIKAN TUHAN

Tuesday, November 21st, 2006

STAIL DIDIKAN TUHAN SUNGGUH SISTEMATIK,CANTIK DAN MENARIK…

Bila
kita perhatikan 5 ayat pertama Al Fatehah, kita dapat melihat bagaimana
didikan dan tarbiah Tuhan. Stail tarbiah Tuhan itu sebenarnya ada dalam
surah Al Fatehah. Kalau para guru, pemimpin dan ibu ayah boleh faham,
boleh hayati dan boleh applykan kepada pengikut, anak buah, murd-murid
dan anak-anaknya, insyaAllah, berkat dari Tuhan akan sangat memberi
kesan. Tetapi mungkin orang tidak perasan.

Mari kita mencungkil
dari susunan ayat-ayat Al Fatehah, bagaimana Tuhan mendidik manusia.
Kalau ilmu ini dapat kita miliki, dapatlah kita applykan dalam kita
mendidik. Sebenarnya didikan dalam Al Fatehah sangat cantik dan
sistematik.

Tuhan mendidik manusia tidak secara mengejut tetapi
secara tadarruj yakni beransur-ansur. Dari yang ringan-ringan kepada
yang agak berat, sehinggalah yang sangat berat, sampailah matlamat yang
Tuhan maksudkan. Kalau kita baca dari ayat `Bismillah` hingga
"Iyyakana`budu…", banyak ilmu pendidikan yang kita dapat. Tuhan
mendidik manusia tidak secara mengejut tetapi secara bertahap agar
sesuai dengan akal dan fitrah manusia. Sebab Tuhan jadikan akal dan
fitrah manusia tidak boleh diasak sekaligus kerana ia akan rosak. Sama
ada dia tidak tahan dan jadi jumud atau dia militan dan agresif.
Keduanya Tuhan tidak mahu kerana keduanya bahaya. Sebab itu Tuhan
mendidik secara bertahap.

Matlamat terakhir adalah bahawa Allah
itu adalah Tuhan yang mesti manusia sembah hendaknya manusia meminta
tolong dari-Nya. Itu kemuncak kepada pengenalan dari didikan secara
tadarruj tadi atau yang beransur-ansur. Matlamat Tuhan ialah supaya
orang akui Dia Tuhan dan mesti sembah Dia. Di awal surah, Dia tidak
terus kenalkan diri Nya,"Aku Tuhan." Tetapi Tuhan perkenalkan dirinya
secara sedikit demi sedikit, iaitu:

1. Tuhan kenalkan diriNya dengan secara gembira atau tabsyir:
Dalam
"Bismillahirrahmanirrahim", dikenalkan Tuhan itu maha Pemurah dan maha
Penyayang. Dirasakan nikmat yang terlalu banyak. Ada nikmat rohaniah,
maknawiyah dan ada nikmat lahir. Bila disebut begitu, ada 2 yang
tersirat yakni :

a) Ada khabar gembira. Nikmat itu adalah khabar gembira.
b) Tidak ada nikmat melainkan yang Tuhan beri. Tidak ada saluran selain dari Tuhan. Sama ada nikmat maknawi atau yang lahir.

Mungkin
kita tidak terasa kerana kita sudah lama menjadi orang Islam dan sudah
sering mendengar Fatehah sehingga kita sudah lali. Orang Arab, waktu
mula-mula datang wahyu itu, 1500 tahun lalu, bila turun `Bismillah…`,
mereka terkejut. Sebelum turunnya ayat itu, mereka fikir nikmat-nikmat
itu dari jin, malaikat atau bagi hamba sahaya, dia ingat nikmat itu
datang dari tuannya. Dengan turunnya ayat `Bismillah…`, mereka
terkejut dan tersedar rupa-rupanya nikmat-nikmat itu datangnya dari
Tuhan. Jadi dia terasa bahawa rupanya Tuhan itu baik.

2. Bila
sudah faham bahawa nikmat ini khabar gembira dari Tuhan maka Tuhan
mengajak memuji Dia dengan ayat " Alhamdulillah…." Bagaimana kalau
tidak sebut nikmat, tidak sebut khabar gembira tetapi terus disuruh
memuji Allah? Tentu orang akan rasa, kenapa hendak puji Tuhan?
Begitulah cantiknya cara Tuhan mendidik manusia.

3. Selanjutnya,
manusia disedarkan bahawa pujian itu tidak boleh dikongsi. Hanya untuk
Allah. raja atau orang besar tidak boleh kongsi pujian itu dengan
Tuhan. Kalau kongsi dengan Tuhan, itu dosa yang paling berat. Bila
dikatakan nikmat itu dari Tuhan, jadi layaklah Tuhan sahaja yang boleh
dipuji. Tuhan kenalkan diri Nya bahawa Dia, "Rabbul `alamin," yang
mentadbir seluruh alam, dunia dan Akhirat. Orang yang mula-mula dengar
ayat ini, 1500 tahun lalu merasa terkejut. "Hebat Tuhan ya. Bukan
sahaja Dia beri nikmat dan Dia yang patutu dipuji, rupanya Dia itu
mentadbir." Lagi terasa besarnya Tuhan itu. Bukan sahaja Dia mentadbir
dunia, bahkan Akhirat pun Dia tadbir.

4. Kemudian Tuhan
perkenalkan diri Nya lagi dalam "Arrahmanir rahim", diulang lagi
tentang khabar gembira dan ada tanzir yang menakutkan. Cara Tuhan beri
nikmat pada manusia ada 2 cara iaitu: pemurah dan cara kasih sayang.
Kadang-kadang atas nama kasih sayang, Dia beri sedikit nikmat sahaja.
Atas nama pemurah, Dia beri banyak. Tetapi atas nama pemurah, itu
secara istidraj. Tuhan beri banyak itu secara murka. Di sini orang naik
takut dan akan berfikir, adakah nikmat dari Tuhan itu dia dapat atas
dasar istidraj atau atas dasar rahmat. Di sini ada tanzir, ada didikan
untuk menakutkan. Sehingga bila seseorang dapat nikmat Tuhan, dia tak
akan lupa diri. Tuhan beri sedikit kepada orang yang Dia sayang, atas
dasar rahmat juga. Seolah-olah Tuhan kata," Buat apalah Aku beri banyak
di dunia. Beri najis kepada hamba  yang Aku sayang. Aku hendak simpan
nikmat untuknya di Akhirat." Tetapi manusia tidak faham. Bila dapat
sedikit, rasa sedih sangat. Bila Tuhan beri atas dasar pemurah, kadang
Tuhan beri banyak. Di situlah murka dan laknat Tuhan. Di situlah
istidraj.

5. Kemudian Tuhan kenalkan lagi diri-Nya agar cinta dan
takutkan Tuhan itu bertambah. "Malikiyau middin". Dia kenalkan diri Nya
bahawa Dia miliki Akhirat. Tidak sebut dunia. Di sini juga ada didikan
iaitu: Kuasa mutlak itu di tangan Tuhan, tidak dikongsi langsung dengan
sesiapa. Tuhan hendak sedarkan manusia bahawa dunia yang kita pandang
hebat itu sehingga manusia sampai bergaduh, rupanya tidak ada nilai di
sisi Tuhan. Manusia sahaja yang memandang dunia itu besar sedangkan
bagi Tuhan, tidak ada nilainya sekalipun bandingan sebelah sayap
nyamuk. Maka carilah dunia untuk Akhirat. Jika tidak manusia akan
sangat rugi.

6. Terasa lagi kebesaran Tuhan. Setelah Tuhan
perkenalkan diri-Nya dari ayat 1 sehingga 4, setelah terasa kebesaran
Tuhan, maka barulah Tuhan cakap bahawa hanya Dia yang disembah dan Dia
tempat meminta pertolongan. Dalam ayat ke 5 itu, setelah ilmu tentang
Tuhan sudah lengkap, barulah Tuhan arahkan agar Dia disembah,
"Iyyakana`budu waiyyakanasta`in".

Cara yang Tuhan lakukan itu
dalam mendidik manusia, Tuhan minta agar manusia lakukan kepada manusia
juga. Cara mendidik, cara mengasuh telah Tuhan tunjukkan dalam Fatehah
tadi iaitu secara beransur-ansur. Cara itulah yang Tuhan minta kita
buat dalam mendidik manusia sehingga akhirnya manusia menyembah Tuhan.
Itulah ilmunya, teorinya.

Luar biasanya Tuhan bila Tuhan pun
telah tunjukkan realiti dari teori ini atau bagaimana Tuhan aplikasikan
teori ini, iaitu secara realitinya, perintah sembahyang diturunkan
setelah 11 tahun kerasulan. Di peringkat awal, selama 11 tahun Tuhan
turunkan ayat-ayat untuk mengenalkan Tuhan. Kalau dari awal
diperintahkan sembahyang, kita akan ragu dengan teori pendidikan
beransur-ansur tadi. Seolah-olah Tuhan cakap lain tetapi buat lain.
Tetapi terbukti, realitinya tepat dengan teorinya. Nampak kebesaran
Tuhan. Cantik sungguh didikan Tuhan. Tetapi guru-guru tidak hayati ini.
Rasulullah SAW mendidik manusia dengan kenalkan Tuhan dahulu. Pada
tahun ke 11 kerasulan barulah solat diwajibkan.

Itulah ilmu pendidikan yang kita dapat cungkil dari susunan ayat dalam surah Al Fatehah. Maha Besar Tuhan.

DIDIKAN TUHAN KEPADA MANUSIA

Didikan Tuhan kepada manusia sungguh sistematik dan menarik
Indah, ada hujah, berkesan dan menyedarkan manusia
Mula-mula dia inginkan rahmat dan nikmat-Nya hingga terasa kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya
Selepas itu dia suruh hamba-hamba-Nya bersyukur kepada-Nya dengan memuji-muji-Nya tanpa berkongsi pujian dengan makhluk-Nya
Sama ada memuji zat-Nya dan sifat-sifat-Nya mahupun rahmat dan nikmat-Nya
Setelah itu Dia menyedarkan fikiran manusia dan mengusik lagi fitrah mereka
Dengan mengingatkan manusia Dia adalah pencipta alam, pentadbir, pendidik, pengawal, penjaga dan penyelamat semua
Hingga manusia tersentak lagi dibuat-Nya, terasa lagi kehebatan-Nya
Tuhan tubi lagi fikiran dan fitrah manusia cara Dia memberi nikmat kepada manusia
Tuhan berkata, orang jahat diberi nikmat atas dasar pemurah-Nya serta istidraj-Nya atau murka-Nya
Cerita ini sangat menakutkan manusia hamba-hamba-Nya
Orang
yang baik diberi nikmat atas dasar kasih sayang-Nya adalah khabar
gembira dari Tuhannya kerana baik dan taqwanya seseorang itu maka Dia
meredhakannya
Selepas itu Tuhan susul lagi dengan memperlihatkan kebesaran-Nya lagi kepada manusia
Tuhan memberitahu Dia adalah yang memiliki dan mempunyai kuasa mutlak tanpa berkongsi kuasa-Nya dengan makhluk-Nya
Setelah Tuhan mempromosi diri-Nya pada manusia secara bertahap-tahap dan berperingkat-peringkat tanpa mengejut
Hingga manusia faham dan terasa Maha Agungnya Tuhan, dan Maha Berkuasanya Tuhan, Dia adalah segala-galanya
Setelah manusia terasa Dia adalah Tuhan dan Dia adalah tempat meminta
Maka barulah Allah Taala menyuruh menyembah-Nya dan meminta tolong kepada-Nya
Begitulah Tuhan (Allah) mendidik manusia yang para pemimpin, guru, ibu bapa mesti menirunya
Didikan
Tuhan itu kalau dijadikan panduan oleh setiap pemimpin, guru-guru, ibu
bapa manusia itu mudah dididik ke arah mencintai, menakuti dan mentaati
Tuhannya