Archive for August, 2006

PANDUAN UNTUK PEREMPUAN

Thursday, August 31st, 2006

PANDUAN UNTUK PEREMPUAN

13100910
Daripada Abu Hurairah r.a daripada Rasulullah S.A.W katanya, “Siapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, ia tidak menyakiti jirannya. Berilah wasiat yang baik kepada perempuan, sesungguhnya mereka dijadikan daripada tulang-tulang rusuk, dan sesungguhnya yang bengkok daripada tulang rusuk itu ialah bahagian atasnya. Jika engkau meluruskannya pasti engkau memecahkannya (mematahkannya), jika engkau biarkan, ia akan terus bengkok. Oleh itu berilah wasiat yang baik kepada perempuan. ” - Riwayat Bukhari.

Beriman kepada Allah dan hari kemudian adalah menjadi ukuran dan asas yang pertama bagi seseorang melaksanakan segala kehendak Islam bagi diri sendiri dan bagi masyarakatnya. Sejauh mana kukuh imannya maka sejauh itu pulalah kesanggupannya menjalankan perintah dan menghentikan segala larangan. Seseorang belum dianggap sebagai benar- benar beriman selama perbuatan dan kelakuannya tidak mencerminkan perbuatan clan kelakuan seorang yang beriman. Dalam hadis ini dinyatakan bahawa di antara tanda-tanda orang yang sempurna iman ialah tidak menyakiti jiran.

Menyakiti orang boleh berlaku dalam berbagai-bagai cara; mengata- ngata, mengintai- ngintai, menghalang jalan ke rumahnya, membuang kotoran ke kawasan rumahnya, membuat bising, bermain di kawasan rumahnya tanpa mendapat keizinan dan lain-lain. Tegasnya, melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kerosakan kepada harta benda dan perasaan, nama baik atau lain- lain yang termasuk dalam erti kata menyakiti orang. Ada tiga jenis orang mengikut maksud sebuah hadis Rasulullah.
Yang Pertama,
Orang yang mempunyai satu hak, iaitu jiran yang bukan Islam.
Kedua,
jiran yang mempunyai dua hak iaitu jiran sesama Islam.
Ketiga,
Orang yang mempunyai tiga hak, iaitu Orang yang punya ikatan kekeluargaan. Jiran yang terakhir ini mempunyai hak-hak Orang, hak Islamdan hak kerabat (keluarga).2255525449_1

Apakah hak- hak Orang yang mesti dijaga dan dihormati? Mengikut sabda junjungan yang diriwayatkan oleh At Tabrani dari Muaz bin Jabal, “Jika ia minta berhutang berilah ia, jika ia meminta pinjam, pinjamkaniah ia,jika ia berhajat sesuatu sampaikanlah hajatnya, jika ia kesempitan ringankanlah, jika ia mendapat kebajikan dan bernasib baik, ucapkanlah tahniah, jika ia mendapat bencana dan kemalangan berilah simpati dan takziah dan jika ia meninggal, iringilah jenazahnya. Jangan kamu membina rumah lebih tinggi daripada rumahnya sehingga menghalang udara masuk kecuali dengan izinnya, dan janganlah bau makanan kamu tercium ke hidungnya, kecuali jika kamu berikan kepadanya sedikit. Jika kamu membeli buah-buahan, hadiahkanlah sedikit kepadanya, atau jika kamu tidak mahu memberinya, bawalah masuk ke rumah kamu senyap- senyap dan jangan dibiarkan anak- anak kamu keluar mempamerkan buah- buah itu sehingga menimbulkan rasa marah dan sakit hati anak jiran kamu.”

Maksud wanita dijadikan daripada tulang rusuk ialah untuk menunjukkan kepada tabiat perempuan yang mudah menerima kejahatan dan mudah bengkok seperti tulang rusuk. Boleh juga dimaksudkan bahawa perempuan yang mula- mula iaitu Hawa dijadikan daripada tulang rusuk Adam, sedang perempuan- perempuan yang lain adalah dijadikan melalui proses hidup yang sama seperti kejadian kaum lelaki. Dengan itu hadis ini mengarahkan supaya hendaklah diberi pimpinan, nasihat dan ajaran- ajaran yang baik kepada semua perempuan dan isteri-isteri. Mengikut sebuah hadis lain, Rasulullah menyatakan, ” Wanita seperti tulang rusuk, jika engkau luruskan dengan kekerasan ia akan patah,dan jika engkau berseronok dengannya tanpa memperbaikinya, maka engkau berseronok dalam keadaan ia sentiasa bengkok.2243730128

ELAKKAN DIRI DARI MENJADI YATIM PIATU DI AKHIRAT

Friday, August 18th, 2006

ELAKKAN DIRI DARI MENJADI YATIM PIATU DI AKHIRAT
19/08/2006

Bukanlah yatim piatu itu tidak berayah dan beribu,
Yatim piatu yang sebenar tidak mengenal Tuhan,
Tidak ada ilmu tentang ketuhanan.
Orang yang tidak ada ilmu tentang ketuhanan,
Itu yatim piatu di Akhirat,
Tidak ada beribu dan berayah,
Dan berayah dan beribu di dunia
Tidak ada ibu dan ayah
Tidak ada ayah dan ibu hilang kasih sayang di dunia,
Tidak kenal Tuhan dan tidak tahu ilmu ketuhanan,
Yatim piatu di Akhirat,
Tak dapat kasih sayang Tuhan di Akhirat,
Yatim piatu di Akhirat lagi dahsyat,
Kalau tak dapat kasih sayang dari Tuhan
Kerana tak dapat kasih sayang dari Tuhan,
Di Neraka tempatnya,
Kalau tak dapat kasih sayang di dunia,
Kalau ayah dan ibu tiada,
Susah makan minumnya sahaja,
Jadi kerana itu janganlah takut
Yatim piatu di dunia,
Tapi hendaklah takut yatim piatu di akhirat sana,
Jadi sekarang ini,
Orang yatim piatu di dunia tak ramai,
Tapi yatim piatu di Akhirat yang ramai,
Orang tidak kenal Tuhan,
Tidak ada ilmu ketuhanan itulah yatim piatu yang hakiki.

23.05.2006 - 3
Lepas Zohor (3.40 petang)