Archive for July, 2006

MARUAH!!!

Thursday, July 6th, 2006

SENSITIF DENGAN SOAL MARUAH

Remaja
dizaman Rasullullah SAW sangat pemalu dan amat menjaga maruah. Mereka
sekali-kali tidak mengusik wanita-wanita apalagi untuk menceroboh,
bahkan merekalah yang melindungi wanita.

Suatu hari ketika
seorang wanita Islam sedang membasuh kain, seorang pemuda Yahudi
mengikat hujung kainnya dengan tali yang diikat ke suatu batu,
sementara kawan-kawannya yang lain memerhati.
Wanita itu tidak menyedarinya dan ketika dia bangun, kainnya tertarik
ke atas hingga ternampak sedikit bahagian betisnya. Pemuda-pemuda
Yahudi itu ketawa beramai-ramai. Kerana terkejut dan malu, wanita itu
menjerit meminta tolong.

Seorang pemuda Islam yang lalu di situ segera menerpa ke arah
pemuda Yahudi itu kerana menyangka dia hendak menceroboh wanita Islam.
Kawan-kawan pemuda Yahudi itu tampil lalu membunuh pemuda tersebut.
Peristiwa itu hampir-hampir mencetuskan peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi.

Begitulah sikap pemuda Islam zaman dahulu yang sangat sensitif tentang soal maruah.

……………………..

" Maruah diri itulah dia harga diri

Ada maruah adalah harga, tiada maruah, tiadalah harga

Harga diri tidak boleh dijual beli

Di dalam Islam mempertahankan maruah diri syahid hukumnya. "

Maruah Diri Adalah Harga Diri


Maruah diri adalah harga diri kita.
Maruah diri itulah identiti diri atau jati diri.
Ada maruah adalah harga diri.
Harga diri itulah kepercayaan orang pada diri kita
.Tidak ada maruah, harga diri punah
.Punah harga diri, hilanglah wibawa
.Musnah harga diri hilang keyakinan manusia .Di antara harga diri yang
mesti dijaga
Pemalu, merendah diri, ramah mesra.
Pakaian jangan menjolok mata, bertolak ansur, berlapang dada sesama
manusia.
Jangan ingin nama dan glamor sekalipun kita ternama
,Pemurah, bertimbang rasa, berperi kemanusiaan sesama manusia.Jangan
mementingkan diri, mengangkat diri, membesarkan diri.Lebih-lebih lagi
khianat, berbohong, mungkir janji, hilang kepercayaan orang
.Jagalah maruah diri.
Ia adalah harga diri kita.

Belajar mulai usia dua setengah tahun

Sunday, July 2nd, 2006

Belajar mulai usia dua setengah tahun
Oleh Rohaniza Idris Berita Minggu 2 Julai 2006

KUALA
LUMPUR: Kabinet bersetuju memperkenalkan pendidikan kanak-kanak seawal
usia dua setengah tahun dan pelaksanaan beberapa projek perintis
selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak, berkata keputusan Kabinet itu berdasarkan
kajian saintifik yang mendapati pembentukan otak manusia mula berfungsi
seawal usia dua setengah tahun dan tahap ini sesuai untuk mengajar anak
mengenai kemahiran dan pendidikan selain mengukuh emosi dan psikologi.

“Apabila
masuk sekolah rendah dan menengah, pelajar yang mendapat pendidikan
seawal usia berkenaan akan menjadi pelajar lebih berwibawa dan
berkebolehan,” katanya pada sidang akhbar selepas penyampaian hadiah
Pertandingan Golf Amal Malaysia 2006, Piala Perdana Menteri anjuran
Pertubuhan Alumni Kelab Umno Luar Negara, semalam.

Berikutan itu
katanya, sekumpulan pemikir ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam
konsep pendidikan awal kanak-kanak itu sama ada boleh dimanfaatkan dan
sesuai dilaksanakan di negara ini……………..

—————————————————————

Untuk
menjadi seorang manusia yang baik, mustahil ia berlaku secara
kebetulan. Walaupun Allah sudah membekalkan kepada manusia sifat-sifat
fitrah semulajadi yang baik, tetapi bekalan itu tidak mencukupi untuk
membenteng manusia dari berlaku baik kerana terlalu banyak cabaran
serta godaan dunia yang mendatang. Ditakuti bila dicabar, bekalan yang
dibekalkan oleh Tuhan kepada manusia akan habis. Sebab itulah manusia
tidak boleh hanya mengharapkan bekalan yang Allah kurniakan sahaja.

Baby_photos_october_2Di
samping bekalan yang ada manusia juga boleh menjadi baik hasil dari
didikan. Kalau begitu, untuk mendidik anak-anak serta keluarga, maka
suami atau pemimpin di dalam rumahtangga mestilah memainkan tugasnya
sebagai pemimpin untuk mendidik anak-anak serta isterinya. Jarang kita
mendengar sesebuah keluarga berjaya secara kebetulan tetapi ia mesti
bermula dari didikan yang berterusan.

Adalah menjadi satu
kesilapan besar, setelah mengetahui masalah yang dihadapi oleh
anak-anak, baru ibu bapa hendak membetulkannya. Ibarat nasi sudah
menjadi bubur. Sudah tersilap langkah, baru hendak dibaiki. Itu satu
kesilapan besar. Di dalam Islam untuk membentuk sebuah keluarga yang
baik, bukan difikirkan setelah pasangan anak teruna dara itu
berumahtangga. Tetapi ia difikirkan sejak anak teruna dan dara itu
masih bayi lagi. Silaplah kalau ada yang berfikir, bila dah menimang
anak baru nak fikir tentang pendidikan anak-anak. Itu sudah terlambat.
Mengapa? Kerana sumber didikan, sumber kasih sayang, sumber anak-anak
boleh taat dan hormat kepada ibu bapa adalah berpunca dari sumber
kerana rasa takut dan cinta kepada Tuhan. Sebab itu sejak kecil lagi
mesti ditanam rasa takut dan cinta kepada Tuhan agar anak-anak nanti
menjadi anak yang bertanggung jawab, amanah, jujur, berkasih sayang,
pemurah, pemaaf, suka bertolak ansur, tolong menolong dan sebagainya.

Dari
rasa `takut` dan `cinta` terhadap Tuhan yang diadun pula dengan syariat
Tuhan, itulah modal untuk membangunkan sebuah keluarga. Dari situ pula
menjadi modal terbangunnya sebuah masyarakat, seterusnya sebuah negara
dan empayar di dunia. Kalau perkara yang asas itu tidak disiapkan sejak
ia masih bayi lagi, tiba-tiba bila sudah ada keluarga baru nak
bertanggungjawab, bukan sahaja anak-anak dan isterinya sendiri yang
menjadi cabaran. Itu merupakan cabaran yang kedua. Tetapi cabaran yang
pertama dan utama ialah dirinya sendiri. Disebabkan tidak ada rasa
takut dan cintakan Tuhan di dalam diri, dia sendiri gagal menjadi
pemimpin, ayah atau suami yang baik di dalam keluarga tersebut.

Mustahil
seseorang boleh mencurahkan kasih sayang dan memberi kebahagiaan kepada
orang lain sedangkan dirinya sendiri pun tidak merasa bahagia. Mana
mungkin seorang ayah nak memberi kebahagiaan kepada anak-anak dan
isterinya sedangkan dia sendiri pun tidak bahagia. Mana mungkin seorang
pemimpin dapat memberi kebahagiaan kepada rakyatnya jika dirinya
sendiri pun tidak merasa bahagia.

Sebab itu, kalau anak-anak
yang menjadi masalah, bukan mereka yang harus dipersalahkan tapi kedua
ibu bapa merekalah yang bersalah. Kalau ada pasangan teruna dara yang
nak berkahwin, satu kesilapan yang besar jika mereka hanya memikirkan
perkahwinan hanya untuk menyelesaikan tuntutan fitrah (tuntutan
biologi) sahaja. Hampir 99.9 % yang hendak berkahwin hanya untuk
memuaskan tuntutan nafsu sahaja. Kasih sayang antara suami isteri yang
lahir hasil dari tuntutan fitrah sahaja, ia akan luntur. Bila sakit,
kurang menawan, kurang bertenaga dan sebagainya, maka akan lunturlah
kasih sayang antara mereka. Si suami atau isteri akan mencari pasangan
yang lain untuk menyempurnakan tuntutan fitrah mereka pula.

Kalau
begitu, setiap pasangan suami isteri yang berkahwin mesti difahamkan
tujuan dan matlamat mereka berkahwin. "Berkahwin bukan semata-mata
melepaskan tuntutan fitrah sahaja tetapi ada cita-cita untuk perjuangan
Islam." Bila ada cita-cita ini, barulah kedua pasangan suami isteri
akan bertanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak sejak kecil
sepertimana yang digariskan oleh syariat Islam. Nanti akan terbangunlah
daulah Islamiah di dalam sebuah rumahtangga. Bila ada daulah Islamiah
di dalam rumahtangga akan lahirlah keharmonian di dalam rumahtangga
tersebut. Gabungan rumahtangga yang harmoni inilah akan membentuk
sebuah masyarakat Islam yang harmoni. Seterusnya gabungan masyarakat
yang harmoni ini pula akan terbangun sebuah daulah Islamiah.

Barulah
kita sedar sekarang sebenarnya masalah yang dibuat oleh anak-anak bukan
berpunca dari diri mereka tetapi berpunca dari masalah kedua ibu bapa
mereka yang tidak dididik secara Islam. Persiapan perlu dibuat dari
awal lagi agar hasilnya benar-benar memberi hasil yang lumayan. Umpama
seorang petani yang hendak menanam padi. Tanpa disemai, dikawal, dijaga
benih tersebut, mana mungkin boleh memberi hasil padi yang banyak.
Ditakuti padi tak berisi (sambang). Atau kerana tak jaga, padi dimakan
burung. Justeru itu pendidikan anak-anak harus difikirkan dan menjadi
tanggungjawab bersama untuk menanamkan rasa takut dan cinta kepada
Tuhan sejak mereka kecil lagi.

Di dalam ajaran Islam manusia
itu boleh jadi dewasa (baligh) paling cepat 9 tahun, paling lambat 15
tahun. Ertinya manusia boleh jadi dewasa sekitar 9 – 15 tahun. Maksud
dewasa di sini bukan sahaja fizikalnya atau tubuh kasarnya bahkan
keempat anasir di dalam badan ikut dewasa sama akalnya, nafsunya dan
rohnya.

Buktinya fizikal manusia setelah dewasa sekalipun berumur
9 – 15 tahun jika dia berkahwin sudah ada nafsu dan boleh dapat anak.
Akal ikut dewasa kalauBaby_photos_october_12 mendapat pendidikan yang tepat. 9 – 15 tahun
sudah boleh menjadi alim dan orang yang bertanggungjawab bahkan boleh
menjadi profesor atau doktor falsafah, boleh hafaz Al Quran, dan hafaz
ribuan Hadis.

Begitu juga nafsunya akan ikut dewasa jika dididik
dengan betul dan tepat. Berumur 9 – 15 tahun seseorang boleh memiliki
setidak-tidaknya mendapat nafsu mulhamah.

Seterusnya roh manusia
boleh dewasa mengikut tubuh kasarnya dewasa. Berumur 9 –15 tahun kalau
cukup asuhannya, rohnya boleh menjadi bercahaya dan boleh mendapat
hidayah dan dapat firasat dari Tuhan dan boleh menjadi orang bertaqwa.

Selama
ini yang sangat dijaga jasad lahirnya sahaja, tiga anasir lagi tidak
diendahkan. Ia diberi makan yang cukup, dijaga kesihatannya, dijaga
kesuburan pertumbuhan badannya. Maka badan lahirnya pun segera subur
dan dewasa, 10 atau 12 tahun dia sudah baligh atau matang. Malangnya
tiga anasir lagi dibiarkan tidak dididik, bahkan tidak dipedulikan
iaitu akal, nafsu dan rohnya.

Oleh yang demikian seseorang itu
sudah tidak seimbang lagi di dalam dirinya. Di waktu badan kasar
dewasa, badan halus atau rohaninya tidak dewasa, bahkan masih bersifat
keanak-anakan. Akal, nafsu dan rohnya masih keanak-anakan, badan
kasarnya sudah boleh melahirkan anak dan boleh menjadi ibu dan bapa.
Jasad lahirnya sudah boleh membuat tugas besar, jasad batinnya belum
mampu bertugas besar dan penting akibat daripada sistem pendidikan yang
tidak tepat dan tidak seimbang. Di samping para pendidik, ibu bapa,
guru-guru, penjaganya tidak faham mengimbangkan empat anasir di dalam
diri manusia.

Maka terjadilah empat anasir di dalam diri manusia
tidak serentak dewasa bersama tubuh kasarnya. Yang punya diri pun rugi,
negara dan bangsa pun ikut rugi kerana manusia itu adalah aset negara
dan bangsa. Cara umat Islam belajar di zaman ini sudah tersalah dan
tersilap. Mereka mendapat ilmu sangat terbatas. Ilmu hanya didapati di
tempat pengajian atau di sekolah rasmi semata-mata.Padahal di sekolah
hanya ilmu teori bukan praktikal untuk kehidupan sehari-hari manusia.

Inilah
akibat sistem pelajaran yang salah dan tidak berhati-hati dilagang.
Belajar di luar sekolah di dalam kehidupan tidak dapat sijil dan ijazah
tidak perlu ambil pelajaran dan perhatian lagi. Hanya sanggup belajar
semata-mata di mana boleh dapat tauliah kalau tidak tak payah. Padahal
ilmu lebih banyak lagi dapat dari kehidupan bukan dari sekolah dan di
pengajian tinggi.

Belajar dengan mendengar, melihat
berbagai-bagai perkara kalau diperhati lebih banyak dapat daripada di
sekolah dan di institusi. Pergi melihat laut, pandang dengan bersahaja
tidak dapat apa-apa. Melihat kehidupan nelayan, pandang tanpa membaca
tidak dapat pelajaran darinya. Melihat gunung-ganang, bukit-bukau,
hutan belantara tidak dapat pelajaran memandangnya kerana pergi itu
semata-mata berhibur bukan hendak mengetahui kejadian dan
sifat-sifatnya maka tidak dapat apa-apalah.Pergi ke padang pasir
melihat kehidupan  orang-orangnya pandang bersahaja tidak pun mengambil
pelajaran daripada kehidupan mereka, tidak dapat ilmulah darinya. Pergi
hanya buang-buang masa yang dapat hanya letih sahaja adakalanya pergi
secara escapism, mengubat jiwa yang derita. Maka tentulah tidak dapat
pelajaran daripada melihatnya.

Pergi ke bendang dengan kehidupan
orang-orangnya tidak pun diperhati dengan akal hingga dapat pelajaran
darinya hanya pandang  dengan mata semata-mata tidak pun difikirkan apa
yang dilihat tidak dapat pelajaranlah darinya.Pergi ke kampung, pergi
ke pekan, juga ke bandar pandang tidak mengguna otak bagaimana cara
hidup, budaya mereka tentu tidak sama, mengapa tidak sama, mesti ada
jawapannya jika mengguna otak kita pergi hanya dapat berhibur melihat
semata-mata, rahsia kehidupan mereka tidak dapat dibaca.

Padahal
kalau dilihat dengan akal banyak ilmu dan pelajaran daripada kehidupan
mereka. Begitulah kalau dasar pelajaran dilagang dengan tujuan
semata-mata matlamat makan gaji. Mana yang tidak ada kena-mengena
dengan makan gaji apa yang dilihat tidak diambil peduli. Ilmu macam ini
tidak termasuk di dalam sukatan pelajaran negara. Kalau periksa tidak
akan dipersoalkan apa perlu diambil perhatian, yang dipentingkan apa
yang dipelajari sahaja di dalam peperiksaan dipersoalkan. Siapa yang
berjaya mendapat kelulusan yang tinggi dapat pujian. Setakat itu
sahajalah yang dikatakan oleh para pemimpin dan guru cemerlang,
gemilang dan terbilang. Ilmu-ilmu tambahan selain di sekolah tidak
diberatkan dan tidak digalakkan seolah-olah ilmu itu semata-mata di
sekolah dan di tempat pengajian. Kerana itulah kelulusan tinggi ilmunya
singkat sekali tidak boleh diharapkan. Ilmu hanya dapat di pengajian
tinggi selain itu tidak dapat ilmu kerana tidak ambil peduli.Kemudian
mengharapkan bangsa maju, cemerlang gemilang dan terbilang. Ilmu tidak
boleh semata-mata diikatkan dengan makan gaji tidak kena-mengena pun
dengan makan gaji, ilmu kenalah kaji dan dicari.

Sumber ilmu
bukan semata-mata di tempat belajar dan mengaji kalau kita suka
mengkaji dan menggali, ilmu di mana sahaja boleh didapati. Orang Melayu
konsep menuntut ilmu sudah disalah erti. Ilmu dicari hanya sekadar
untuk keperluan makan gaji, ia adalah satu pandangan dan fikiran yang
sudah  basi.

Kalau dari kecil sudah salah terima pengajaran dan
didikan.Pengajaran dan didikan tidak lagi bertunjangkan iman dan
ketuhanan maka manusia akan tersalah berfikir,jiwa manusia akan rosak
fitrahnya. Dirosakkan oleh cara berfikirnya sejak dari kecilnya.
Apabila fikrah sudah sebati dengan keyakinan yang tidak bertunjangkan
iman, jiwa pula hitam dengan mazmumah disebabkan ajaran yang
diterimanya. Kalau ia menjadi pengajaran dan didikan rakyat umum. Aduh,
punahlah satu bangsa di dalam sebuah negara. Punahnya memakan masa
paling tidak puluhan tahun kalaupun tidak ratusan tahun.

Kelas_3_1
Jika ia
telah menjadi fikrah dan jiwa satu bangsa bukan senang hendak
dipulihkan semula. Biasanya ia akan pulih manakala Allah Taala utuskan
di kalangan mereka pemimpin yang dijanjikan atau pemimpin yang ditunjuk
oleh Tuhan. Kerana itulah setiap pendidikan dan pengajaran yang hendak
dijadikan warisan bangsa hendaklah berhati-hati dan penuh teliti.
Kerana kalau tersilap dari mula mengasaskannya, oleh kerana kesilapan
pemimpin-pemimpin bangsa itu. Rosak binasalah bangsa itu hingga
beberapa generasi hendak membetulkannya semula terpaksa makan masa
berpuluh atau beratus tahun lamanya.