Archive for May, 2006

Multimedia Book-Cara pembelajran terkini

Friday, May 26th, 2006

Mbooks_2

Memperkenalkan product terbaru dari Ustaz Hj Ashaari Muhammad. himpunan minda2 terkini dan semasa nukilan Ustaz Hj Ashaari dan dipersembahkan dalam bentuk dan teknologi terkini.

Kini Dalam bentuk DIGITAL & MULTIMEDIA
AUDIO,VIDEO & ANIMASI INTERAKTIF

Merupakan Kompilasi Ilmu Ustaz Haji Ashaari Muhammad yang mengajak manusia Cinta dan Takutkan Tuhan dalam pelbagai bentuk - BUKU,SAJAK dan NASYID.

Terkandung di dalamnya:

20 buah Buku….
100 buah Nasyid…
1500 buah Sajak….
Dilengkapi search engine untuk memudahkan pencarian topik dengan mudah,tepat dan cepat.

Dibangunkan sepenuhnya menggunakan perisian Macromedia Flash

kesemua 100 lagu2 mawaddah akan dimainkan dalam satu player yang baru diperkenalkan dimana anda dapat melihat liric lagu yang sedang dimainkan….memperkenalkan MINDA PLAYER.

boleh support multiple format. VCD, CD-ROM, dan MP3player.

Ideal untuk semua golongan…KORPORAT, PROFESIONAL, PELAJAR, INDIVIDU & ETC…….

Terbitan Bersama:

Spectral Multimedia
TOCREATE SDN BHD
Dengan Kerjasama:
Penerbitan Minda IKhwan
Mawaddah Production

kesemua ini hanya dengan harga RM100 sahaja.

dapatkan segera. call 0123184184 / email: azmirkhalid@yahoo.com.
jangan lepaskn peluang ini…

Mbook_7

http://mawaddah.com.my/v2/album/promo1.asp

AF4 pakai TUDUNG??

Thursday, May 18th, 2006

KEKELIRUAN YANG MERBAHAYA

Antara Akademi Fantasia 4 , Ajaran Sesat , Unta Dan Khinzir , Keliru…Keliru…

Halaman 4 Kosmo Khamis 18 Mei 2006 ( Rangkuman 3 berita  )

1) 23 kumpulan ajaran sesat di Selangor

2) Peserta AF4 bertudung

3) Dakwa tak tahu fasal iklan babi

Entah sebab apa , tiba-tiba sahaja apabila terpampang pada muka surat 4, akhbar tabloid kosmo menggabungkan ketiga-tiga tajuk di atas di dalam satu halaman menyebab timbul pula satu pertanyaan , ukuran apakah yang digunakan untuk menentukan betul atau salah pada sesuatu yang berkait dengan kehidupan ini menurut ajaran Islam yang sebenar yang di bawa oleh Baginda Rasul SAW.

Kenapa dikatakan begitu ? Kerana pada ketiga-tiga berita yang dipaparkan amat kontra dalam perspektif Islam meskipun terdapat individu yang ber"title"kan orang pandai agama dalam membuat kenyataan pada masyarakat.

Apa yang hendak dibentangkan di sini bukanlah untuk menimbulkan provokasi kepada mana-mana pihak, cuma ingin di "highlight" kan dan mudah-mudahan dapat diperbetulkan tanggapan masyarakat akan sesuatu perkara yang sudah menjadi kelaziman berlaku pada masyarakat Islam dewasa ini hingga timbul kekeliruan yang amat ketara dalam bentuk tindakan mahupun kefahaman. Kekeliruan yang di maksudkan jelas dinyatakan pada berita yang dipaparkan kepada kita antaranya :-
1) Antara elemen-elemen di dalam ajaran sesat ialah  memesongkan pengertian sebenar al-Quran , mengamalkan poligami yang tidak menepati prinsip-prinsip Islam dan menolak kalimah Syahadah.

2) Satu-satunya calon peserta wanita bertudung menyertai Akademi Fantasia …

3) Perasaan umat Islam boleh terguris dengan iklan 2 ekor unta yang ditunggang oleh 2 ekor khinzir yang memakai igal yang berlatar belakangkan piramid di Mesir serta kenyataan akhbar sehari sebelum itu unta , igal dan piramid adalah identiti yang ada kaitan dengan Islam.

Ketiga-tiganya kalau tidak diamati dengan teliti boleh sahaja diterima tanpa banyak soal, lebih-lebih lagi apabila yang membuat salah satu kenyataan di atas orang yang ada authoriti dalam bidang agama. 

Kita teliti semula berita pertama :-

Memang tak boleh dinafikan pengaruh ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar membawa kepada bencana yang buruk kepada umat Islam bukan sahaja kerana menimbulkan perpecahan, malah boleh menyebabkan kita boleh terhumban ke dalam api neraka yang amat pedih, ( wal yau’zubillah). Tapi isu dan kayu ukur yang diberikan dalam elemen-elemen ajaran sesat itu yang sangat menimbulkan kemusykilan hingga seolah-olah menampakkan ketidak rasionalnya sesuatu fatwa yang berhubungkait dengan ajaran Islam dikeluarkan. Masakan tidak, soal memesongkan pengertian Al-Quran memang tak dinafikan membawa kesesatan, tetapi dalam ketetapan menentukan siapa sesat, siapa tidak nampaknya ada "bias" nya hingga sekiranya kalau hendak dibawa kepada mahkamah nescaya defenden boleh menang kes. 23 kumpulan difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa, itu tidak boleh nak ditolak atas sebab sudah diwartakan, tapi perlakuan dan perbuatan yang sama yang dilakukan oleh golongan lain yang nyata terkeluar daripada pengertian sebenar malah telah mendarah daging dalam pemikiran dan pegangan umat Islam secara umumnya tidak pula difatwakan sesat.

Sebagai contoh , fahaman demokrasi yang diamalkan hampir di seluruh dunia Islam kini yang dibawa oleh orang bukan Islam tidak pula dikategorikan sebagai pemesongan al-Quran. Satu masa dahulu, loteri yang nyata dan jelas haramnya , tetapi apabila diletakkan istilah "kebajikan" maka hilang title haramnya lalu menjadi halal.

Baik, itu dalam sudut pemesongan pengertian al-Quran sebenar, tentang poligami pula, yang dikatakan tidak menepati prinsip-prinsip Islam. Tidak dapat dipastikan apakah dia sebenarnya prinsip-prinsip Islam dalam hal poligami selain daripada apa yang telah termaktub dalam al-Quran. Namun kalau kita lihat bukan sahaja prinsip poligami tidak ditepati , malahan monogami pun sepatutnya kita boleh dakwakan sebagai elemen sesat juga ( kalau hendak dikira mengikut pandangan pihak berauthoriti ) sekiranya tidak mengikut prinsip Islam yang sebenar.
Islam mengharamkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan tanpa batas , tetapi berlaku sebaliknya pada muda-muda Islam masakini sehingga menjadi trend sekiranya tidak berpacaran nescaya sukar untuk mendapat jodoh. Maka terjadilah pasang-pasangan yang duduk berdua-duaan, di bawah pokok kelapa, di bawah bumbung hentian bas, di mana-mana sahaja dengan alasan untuk mencari calun yang cocok untuk bakal dijadikan suami ataupun isteri. 
Jadi soal poligami yang tidak mengikut prinsip Islam di mana  peratus
umat Islam yang mengamalkannya sangat rendah, sepatutnya jadi kes terpencil berbanding monogami yang tidak mengikut prinsip Islam, dan yang perlu difatwakan sama bahkan  lebih utama kerana peratusannya sangat besar, sebagai mempunyai elemen kesesatan. 
Tetapi ini bukan realiti kerana antara mereka yang melakukan monogami yang tidak mengikut prinsip Islam termasuklah seorang anak seorang yang punya authoriti dalam agama. Maka kes ini jadi terpencil dan poligami jadi isu besar. 
Kemudian soal menolak syahadah dikatakan sesat juga menimbulkan kemusykilan. Masakan tidak, kalau syarat utama untuk jadi seorang Islam, untuk dapat iman , untuk dapat taqwa itu syahadah, sekiranya ditolak bererti tidak Islam. Kalau sudah bukan Islam, mana ada sesatnya kerana mereka ini seperti juga orang yang bukan Islam yang lain seperti Hindu, Buddha, Kristian dan sebagainya.Kalau ditolak syahadah itu atas kerana tidak mahu diyakini Tuhan itu Allah yang mencipta langit dan bumi, Nabi Muhammad itu sebagai Rasul yang membawa kebenaran dan mengenalkan umat manusia kepada Tuhan sekelian alam ini, sememangnyalah sudah tidak Islam lagi, maka tidak wajib baginya solat ,puasa , bayar zakat , naik haji dan melakukan serta meninggalkan  perkara-perkara yang diajarkan oleh Islam. Habis cerita.  Sungguh mengelirukan
sekali…………..

Berita kedua :-

Soal calon peserta wanita pertama yang bertudung di AF4 , nampaknya satu perkara positif di dalam industri hiburan secara reliti di tanahair kita
ini. Tapi tampaknya tudung itu hanya jadi satu fesyen dalam banyak-banyak fesyen yang diperagakan dimasa kini kerana dalam tuntutan Islam itu, menutup aurat itu yang wajib di mana terdapat 3 syarat yang
perlu dipenuhi iaitu :-

1) Tidak menunjukkan bentuk tubuh badan dalam berpakaian

2) Tidak mengenakan pakaian yang nipis materialnya sehingga menampakkan bayangan di dalam badan 

3) Hanya muka dan 2 tapak tangan sahaja boleh dilihat oleh yang bukan mahram

Ini baru tepat pada ilmu menutup aurat. Namun dalam ketiga-tiga syarat tadi , hanya satu sahaja yang “famous” iaitu menutup rambut sahaja, sedangkan bentuk tubuh badan diabaikan malah, macam tak ada apa-apa pula. Maka terkeliru lagi umat Islam

Berita ketiga :-

Tidak pernah ada satu kitab daripada mana-mana tafsiran guru-guru dan
para-para Imam Mujtahid pun yang pernah menyatakan bahawa unta, igal dan lebih-lebih lagi piramid itu simbol umat Islam. Walaupun unta adalah merupakan kenderaan tunggangan Baginda Rasul ketika hayat Baginda tetapi, para sahabat Baginda pun ada juga yang menunggang kuda. Kuda pula rata-rata orang kenal sebagai binatang tunggangan koboi ataupun red Indian. Tak pula jadi isu hal ini. Rasul dahulu pakai serban di kepala bukan Igal. Macam orang Melayu pakai songkok, tak pula dikatakan simbol pakaian Islam kerana sekiranya kita pergi ke Indonesia , songkok juga dipakai oleh mereka yang beragama Hindu , Buddha dan Kristian. Dan yang terakhir , piramid sebagai simbol Islam , ini lebih-lebih lagi keliru. Sejak bila pula Firaun tu ditulis dalam sejarah mengikut ajaran Nabi Musa. Dia merupakan musuh Tuhan dan matinya pun di bala Tuhan. Makam piramid yang dibina tak ada kena mengena dengan Islam yang dibawa oleh Rasul. Masakan dikaitkan pula dengan simbol Islam. Beribu-ribu kali kita terkeliru.

Sebenarnya kalau kita benar-benar memahami dan menghayati ajaran Islam yang dibawa oleh Baginda Rasul SAW , nescaya kekeliruan ini tidak akan timbul. Umat Islam perlu sedar dalam Islam untuk mengesahkan segala soal yang berhubungkait Aqidah , Syariat dan Akhlak perlu lepas Fardhu Ain.
Wajib belajar Fardhu Ain. Yang wajib diketahui oleh setiap mukallaf itu
ialah :-

1) Aqidah - Tahu tentang segala sifat yang wajib , mustahil dan harus bagi Allah siap dengan dalil aqli (mantik) dan naqli (dalil) samada secara detail mahupun secara ringkas.

2) Syariat - Tahu akan segala perkara-perkara yang hubungkait dengan ibadah-ibadah khusus untuk mengesahkan syarat sah ,  batal serta rukun-rukunnya.

3) Akhlak - Tahu akan segala sifat-sifat positif ( Mahmudah) dan sifat-sifat negatif( Mazmumah ) serta bagaimana memilikinya ( Mahmudah ) dan  membuangnya (Mazmumah )

Sekiranya difahami dan diyakini serta dihayati nescaya sebahagian besar masalah kekeliruan yang menimpa selesai dan tidak timbul soal nak menyesatkan  dan merosakkan orang lain. Sebab umat Islam sudah dilengkapkan dengan pengetahuan yang cukup tentang agama Islam anutan mereka. 

Baginda Rasul telah memberitahu kita, umat Islam akan pecah sebanyak 73 Firqah, 72 akan ke neraka dan hanya 1 sahaja akan ke syurga, iaitu mereka yang berpegang kepada pegangan Ahlussunnah Wal Jamaah. Kalau tidak belajar dan tidak tahu akan siapakah golongan Ahlussunnah Wal Jamaah ini serta 72 Firqah sesat yang lain, pastilah membawa malapetaka yang besar kepada umat Islam. Kerana kita akan terdedah kepada bahaya kesesatan yang sudah diisyaratkan oleh Rasul yang mutlak benar.
Kalau kita tidak kenal benar-benar  golongan manakah yang dikatakan sebagai Ahlussunnah, Syiah, Muktazilah, Wahabi, Mujassimah dan sebagainya, bagaimana hendak kita beramal dengan ajaran Islam yang sebenar. Lebih parah sekiranya kesemua Firqah tadi telah dicampur adukkan sehingga tidak punya identiti lagi. Maka akan jadi pukulan maut pula sekiranya mereka yang berlainan Firqah duduk sebagai orang yang punya authoriti dalam bidang agama. Ini telah berlaku dalam sejarah , dan ianya berlaku pada umat Islam di negara jiran kita . Orang itu bernama Senok Geronjeh (kalau benar ejaan namanya) ataupun nama Islamnya Abdul Ghafur walaupun dia tidak Islam namun dia telah diberikan jawatan tinggi dalam agama Islam kerana pengetahuannya di dalam agama Islam serta hafaz Quran serta hadith yang banyak. Malahan mengimamkan umat Islam selama 2 tahun termasuklah para-para ulama yang mengkagumi pengetahuannya tentang Islam. Sekembalinya ke negara asalnya Belanda, beliau mengisytiharkan dirinya bukan Islam dan menyatakan selama 2 tahun beliau mengimamkan sembahyang umat Islam di negara jiran kita , selama itulah sembahyang mereka tidak sah. Heboh, gempar,terkejut serta kaget seluruh umat Islam. Rupanya yang pandai agama yang jadi idola mereka selama hari ini adalah merupakan seorang munafik.

Jadi soal hendak cari kebenaran ini bukan boleh main suluh-suluh dengan
hanya punya skroll serta sarjana tertinggi mahupun authoriti yang diberi
gaji. Islam kalau sekadar diperolehi daripada al-Quran semata-mata tanpa ada pemimpin yang menunjukkan serta memahamkan kita bagaimana hendak mengamalkannya nescaya kita akan jatuh sesat. Sebagaimana Sunnatullah, apabila Islam datang, Rasulullahlah sebagai pemimpinnya, maka setelah lebih 1500 tahun Rasul meninggalkan kita , pengganti diri Rasul itu yang berperanan sebagaimana Rasulullah berperanan, itulah dia Mujaddid, maka dialah pemimpin yang sepatutnya jadi sumber rujukan dan pentafsiran Al-Quran buat umat Islam akhir zaman. Kerana apabila peranannya sebesar Rasul meskipun bukan Rasul, pastilah Mujaddid ini Allah pimpin, pastilah ilmunya yang bersumberkan "ilham", mampu menghurai keagungan isi kandungan al-Quran sesuai buat umat Islam akhir zaman.

Walaupun Al-Quran telah lengkap, belum tentu kita mampu memahami kehendak-kehendak Tuhan dalam kandungannya serta pasti kita akan kabur dan keliru. Kalau setakat hafal dan faham makna, Senok Gronjeh sudah lakukan, namun dia pembawa kesesatan.
Sebab itulah Tuhan zahirkan bersama-sama al-Quran yang mulia, seorang manusia yang terpilih untuk mengajarkan kepada manusia bagaimana manusia sepatutnya beradab dengan Tuhan. Tuhan tidak turunkan al-Quran itu dalam gua seketul dan lengkap sebegitu tanpa ada guru untuk pimpin manusia.
Begitu juga masakini. Pemimpin dan guru itu telah berperanan memperbetulkan kembali kekeliruan dan kesalahan serta kesesatan yang berlaku di kalangan umat Islam . Dia mampu menghuraikan dengan praktikalnya sekali ajaran Islam yang terkandung di dalam Al-Quran sebagai pedoman untuk diikuti.
Seperkara lagi, ketika sahabat bersama Rasul , sahabat tidak pernah lekang daripada baginda dalam semua hal atas faktor Rasul adalah "Orang Tuhan". Maka "Orang Tuhan" di akhir zaman ini pun pastilah kita perlu perlakukan sebagaimana sahabat dengan Baginda.

Wallahua’lam.

“Stupid act! Protest against minority rights forum condemned”

Wednesday, May 17th, 2006

New Straits Times : Tuesday May 16 2006
Stupid Act - Minister condemns protest against forum on civil and
Syariah laws…………………..It is a stupid act if you protest and
demonstrate when people are having legitimate discussion and I am not afraid to use that word - Datuk Seri Nazri Aziz

Terpampang besar di dalam akhbar besar yang sudah jadi tabloid berbahasa Inggeris tentang berlakunya demonstrasi dan protes terhadap forum dan perbincangan yang dihadiri oleh beberapa kumpulan dan individu di mana dianjurkan oleh Malaysian Civil Liberaties Society bertempat di Pulau Pinang . Mana-mana individu yang beragama Islam sekiranya menyoroti agenda yang diperbincangkan di dalam forum tersebut boleh naik angin sekiranya tidak dihadapi secara rasional dan penuh hikmah. Sebab pernah juga terbaca di dalam e-mail yang diterima sesetengah agenda yang diusulkan di dalam forum tersebut menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini termasuklah melibatkan integriti mahkamah syariah. Pandangan yang diberikan pada asasnya ialah, Malaysia adalah sebuah negara sekular menurut perlembagaan persekutuan, dalam ertikata lain apa juga yang termaktub di dalam perlembagaan tidak boleh dicampur adukkan dengan soal-soal agama.

Memanglah kita merasa sedih kerana agama Islam yang sepatutnya boleh memandu manusia ke arah hidup secara harmoni dan memacu kehidupan yang lebih moden sesuai dengan era sekarang tidak dilihat sebagai jalan
keluar kepada kemelut dan pertikaian yang ditimbulkan oleh sesetengah
pihak yang salah faham dan ini membuka ruang kepada musuh Islam iaitu
Yahudi dan Nasara mengapi-apikan sentimen hak-hak individu menurut
perlembagaan yang telah tercatat di dalam perlembagaan. Maka apabila ada pihak pula merasa tercabar, langkah yang diambil memaparkan ketidakrasionalnya mereka dalam menghadapi situasi sedemikian rupa hingga timbullah demonstrasi, rusuhan malah mungkin sampai berlakunya
pertumpahan darah. Maka dalam hal ini kedua-dua pihak akan rugi dunia dan Akhirat.

Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW lebih 1500 tahun dahulu telah memaparkan kepada kita satu ketamadunan kemanusiaan yang sangat agung. Dikaji oleh para Orientalis untuk mencari kelemahan-kelemahan yang ada pada tamadun tersebut, tapi apa yang mereka jumpa hanya keindahan, demi keindahan sehingga ada di antara mereka mengucap syahadah kerana terpikat dengan apa yang Rasul bawa untuk umat manusia. Perlu diakui hakikat bahawa Islam adalah agama sejagat yang mana mereka boleh terdiri daripada Melayu, Cina, India, Kadazan, Serani, Iban, Dayak, Senoi, Negrito dan lain-lain etnik yang melata di atas mukabumi ini. Cuma ’approach’ atau pendekatan yang dibawa oleh sesetengah pihak yang terkeliru dan tersalah faham terhadap agama Islam yang dianuti menyebabkan banyak pihak “tersinggung” atau takut malahan sampai melabel Islam itu tiada beza dengan lain-lain agama atau anutan kerana dari segi lahiriah umat Islam kini tak jauh beza dengan mereka yang tidak Islam. Cuma membezakan hanyalah dari sudut cara beribadat semata-mata. Selain daripada itu tak ada beza.

Kalau diteliti dengan lebih mendalam, apa yang dikatakan adalah fakta
yang tidak boleh dinafikan. Umat Islam hanya serius dalam hal-hal yang
berkaitan dengan Hablumminallah atau menyentuh ibadah khusus semata-mata. Dan sekiranya ada tambahan, hal-hal berhubung kait dengan institusi kekeluargaan Islam dan juga sedikit tentang perundangan Islam (Mahkamah Syariah). Itu sahaja, dan tak lebih dari itu. Sedangkan Islam yang di bawa oleh Baginda Rasul mencakupi seluruh kehidupan manusia, baik bagi yang Islam mahupun bagi yang bukan Islam. Masalah sebenarnya yang dihadapi oleh umat Islam masa kini ialah kekeliruan dalam memahami falsafah dan hakikat Islam yang Tuhan anugerahkan kepada kita sebagai agama yang syumul sebagaimana yang Allah katakan di dalam Al-Quran yang bermaksud :-

“Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya (Kaffah)”

Keseluruhan itu bermaksud masuk secara keseluruhan lahir dan batin supaya di dalam pengamalan lahiriah itu tersembunyi satu kekuatan dalaman yang tiada tandingannya. Islam adalah agama yang syumul. Tiada agama selain Islam boleh memandu manusia untuk hidup bermasyarakat, untuk hidup secara aman dan damai, untuk hidup sebagai bangsa yang berbilang, untuk hidup sebagai bangsa yang maju dan membanguna dalam semua aspek kehidupan, untuk hidup sebagai bangsa yang bersistem, untuk hidup sebagai bangsa yang hidup dan matinya untuk Tuhan yang Maha Esa, untuk hidup sebagai bangsa yang memayungi bangsa lain dan beroleh manfaat daripada Islam, untuk hidup sebagai bangsa yang progresif serta proaktif dalam banyak hal, untuk hidup sebagai bangsa yang dipandang tinggi, mulia dan agung oleh bangsa lain kerana bangsa yang dibina daripada agama Islam ini dinaungi oleh Tuhan yang Maha Agung. Tak ada agama lain. Itu fakta dan itu realiti.
Tak ada agama di dunia ini selain Islam yang mengajar umatnya terhibur
dengan kemiskinan dan penderitaan, bersabar dan bersyukur dengan ujian yang menimpa , malah ternanti-nanti pula ujian-ujian seterusnya daripada Tuhan kerana di dalam hati umat Islam tersemat satu keyakinan kuat ujian itu adalah satu penghapusan dosa. Namun fakta dan realiti tersebut hanya terpahat dalam lipatan sejarah lebih 1500 tahun dahulu dan sehingga kini umat Islam gagal memahami kunci atau formula tamadun yang terbina dahulu.

Semuanya adalah kerana umat Islam telah Allah hinakan atas beberapa
faktor yang Tuhan sendiri telah beritahu kita :-

1) Tidak menghubungkan hubungan dengan Tuhan (rasa berTuhan dan rasa kehambaan) dan sesama manusia ( sistem-sistem yang diwujudkan di dalam kehidupan melibatkan interaksi dan berkhidmat sesama manusia yang diajarkan dalam Islam).

2) Umat Islam telah mengidap satu penyakit Al-Wahan iaitu cinta dunia dan takut mati sehingga dibiarkan Tuhan dikeronyok oleh musuh-musuh sesuka mereka.

3) Umat Islam sudah tidak takut akan dosa sehingga mereka tidak dibela oleh Tuhan atas dosa-dosa yang mereka tidak taubatkan.

4) Umat Islam sudah tidak memperjuangkan sunnah Nabi yang terbesar iaitu jemaah yang boleh membawa satu sistem alternatif kepada sistem sekular yang rosak lagi merosakkan.

5) Umat Islam sudah mencuaikan soal-soal taqwa sebagai sumber kekuatan utama dan faktor pembelaan daripada Tuhan.

6) Umat Islam yang memperjuangkan Islam pula sudah terlupa akan jadual yang Tuhan berikan buat mereka untuk kembali gemilang lantas mereka berjuang ikut cara musuh.

7) Umat Islam sudah lupa faktor pemimpin yang Allah janjikan untuk menyelamatkan Ummah iaitu Imam Mahdi sehingga tidak bersedia dengan sungguh-sungguh menyambutnya sebagai Imamul Ummah.
8) Umat Islam tidak mencari dan mengabaikan orang yang akan memperkenalkan Imamul Ummah kepada manusia iaitu Putera Bani Tamim yang sekarang ini sedang berperanan menyediakan tapak kepada pimpinan Ummah kali kedua.

9) Umat Islam mendapat sumber ilmu yang sudah relevan daripada suasana semasa iaitu salah tafsiran daripada Al-Quran dan Hadith dan diburukkan lagi dengan perpecahan (firqah) di kalangan umat Islam.

10) Umat Islam sudah menganggap kekuatan lahiriah itulah kekuatan mutlak dalam berhadapan dengan musuh-musuh yang jauh lebih bersedia daripada umat Islam sendiri dari segi kekuatan lahir walaupun hakikatnya kekuatan Taqwa itulah kunci kemenangan bagi umat Islam.

Demikianlah di antara apa telah Tuhan telah beritahu kita akan
kelemahan-kelemahan kita yang perlu dibaiki secara serius dan intensif
supaya berlaku peningkatan pada jatidiri umat Islam itu sendiri.

Walaupun baru 10 perkara yang diberikan di atas, rasanya adalah
mustahil nak merealisasikan di dalam kehidupan kita tanpa ada orang yang mendahuluinya atau kita nak lihat modelnya dahulu. Namun kalau kita celikkan mata hati kita, tidak prejudis dan berfikiran secara rasional dan waras kita akan dapat melihat satu kelompok sedang memperjuangkan perkara-perkara yang telah disebutkan tadi sehingga terbinanya sistem kehidupan Islam yang syumul boleh dilihat dengan matakepala sendiri. Bukan sekadar cakap-cakap malahan praktikalnya sekali.

Kehidupan yang dibina atas dasar Islam dan iman akan melahirkan tamadun Islam yang hadhari di mana bangsa lain akan melihat dan kagum dengan tamadun yang terbina. Sistem sekular yang diamalkan adalah bertujuan untuk merosakkan kehidupan manusia secara amnya dan umat Islam secara khususnya oleh musuh. Dengan terbinanya satu tamadun Islam bagi menggantikan sistem sekular yang sudah nazak , maka pastilah tidak timbul soal demonstrasi, tak puas hati dan berbagai berantakan yang lain. Kerana sistem Islam itu berkembang secara evolusi, bermula daripada diri, keluarga, jiran tetangga, mukim sehinggalah secara global dan universal. Ianya diterima fitrah kerana Tuhan ciptakan manusia bersama-sama fitrah yang baik tak kira di mana dia berada, dan apapun bangsanya. Islam adalah agama yang mengindahkan lagi fitrah yang sudah dibekalkan malah menjadi seri teladan yang tiada taranya.

Silap faham bersumber daripada ilmu yang tidak tepat, akan melahirkan umat Islam yang jumud (beku) dan jika tidak akan melahirkan umat Islam yang agresif atau militant pula. Keindahan Islam sudah cacat akibat salah faham yang kronik ini. Jadi perlulah kita kembali kepada satu kefahaman yang sebenar pada ajaran Islam demi jaminan keharmonian di dalam kehidupan kerana sekiranya tidak, musuh-musuh Islam tidak pernah tidur dan leka daripada merancang dan mengatur agenda untuk menghancurkan umat Islam selangkah demi selangkah. Berwaspada dan bergeraklah sekarang serta minta Tuhan tunjukkan kepada kita orang mampu memimpin kita sehingga kita boleh membahu membina satu tamadun agung yang pernah terbina lebih 1500 tahun dahulu.

Wallahua`lam.

SISTEM AMARAN TSUNAMI GAGAL

Saturday, May 6th, 2006

Sistem amaran tsunami gagal
Tsunami_wave
NUKU’ALOFA , Tonga 4 Mei – Jika gempa bumi besar di Pasifik Selatan malam tadi menghasilkan ombak tsunami, ramai penduduk di pulau-pulau yang tidak mengetahui sehingga mereka dilanda ombak besar.

Selepas hampir 18 bulan kejadian tsunami Lautan Hindi yang menyebabkan kira-kira 216,000 terbunuh atau hilang dan mencetuskan pemasangan sistem amaran yang lebih baik, penduduk di pulau-pulau Pasifik tidak mengetahui langsung atau sedikit mengenai kemungkinan ombak besar ini.

Kejadian kali ini tidak menyebabkan kerosakan besar ataupun kehilangan nyawa.

Amaran yang dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Honolulu menyatakan, Fiji, New Zealand, Tonga, Niue, Samoa Amerika, Samoa dan Wallis-Furtuna mungkin terancam.

Bagaimanapun amaran tersebut ditarik balik dua jam kemudian selepas terhasilnya ombak kecil setinggi 60 sentimeter.

Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik, amaran pertama dikeluarkan 16 minit selepas gempa bumi berukuran 7.9 skala Ritcher melanda pada pukul 4.26 pagi ini (11.26 malam, Rabu waktu Malaysia) yang berpusat di 150 kilometer di selatan Neiafu, Tonga dan 2,160 kilometer di utara-barat laut Auckland, New Zealand.Tsunami_jas_2004361

Bagaimanapun Pemangku Pengarah Pusat Amaran Tsunami Pasifik, Gerard Fryer berkata, amaran tsunami itu tidak diterima di Tonga yang terletak paling hampir dengan pusat gempa berikutan masalah tenaga elektrik.

“Terdapat masalah di Tonga apabila berlaku masalah bekalan tenaga elektrik dan mereka tidak mendapat amaran awal,” katanya sambil menambah, pusat tersebut perlu bekerjasama bagi membaiki keadaan.

“Kami biasanya menghantar mesej menggunakan e-mel, faks, membuat panggilan telefon ke tempat-tempat yang paling hampir dengan pusat gempa bagi memastikan penduduk mendapat amaran,” kata ahli geofizik pusat itu, Victor Sardina.

Timbalan Pengarah Pejabat Bencana Kebangsaan Tonga, Mali-u Takai berkata, , pihaknya tidak menerima sebarang amaran.

“Tidak ada sesiapa yang menerima amaran melalui sistem satelit kecemasan di pejabat meteorologi,” katanya.

Bagaimanapun sebarang amaran mungkin sudah terlewat bagi penduduk Tonga jika berlaku ombak besar kerana kedudukannya terlalu hampir dengan pusat gempa.

Di Fiji walaupun amaran tsunami kedengaran di Suva, pihak berkuasa didapati gagal memaklumkan kepada penduduk terutamanya yang tinggal di pulau-pulau kecil dan terpencil berikutan masalah komunikasi.

Bagaimanapun keadaan berlainan di New Zealand apabila terdapat terlalu banyak maklumat sehingga menyebabkan beribu-ribu penduduk di pantai timur negara itu bergegas meninggalkan rumah masing-masing.

– AP

Tsunami
KUASA MUTLAK KEPUNYAAN TUHAN
ULASAN:
Manusia ini jika rasa bertuhannya tidak ada atau langsung tidak percaya adanya Tuhan, lebih sahaja sedikit dari orang lain sudah rasa luar biasa.Seperti mempunyai kekayaan, sudah merasakan boleh menyelesaikan semua perkara. Ada ilmu, sudah merasakan seolah-olah segala masalah selesai.

Tapi dia lupa, bolehkah dia melindungi dirinya dari sakit dengan ilmunya?
Bolehkah dengan ilmunya, menjauhkan diri daripada bencana alam yang memusnahkan apa sahaja?

Tentu sekali para ilmuwan telah dapat memberi jawapannya.Bukankah ilmu yang diperolehi itu tidak dapat memberi hasilnya melainkan Tuhan juga yang akan menjayakannya.

Apabila Tuhan memberi ilmu, Tuhan hendak memberitahu ilmu-Nya pada orang itu.Ilmu Tuhan yang diberi kepadanya, orang itu menganggap dialah yang punya ilmu, dia mahu dihormat dan dipuji.Padahal Tuhan hendak melihatkan ilmu-Nya pada orang itu.Tuhan memberitahu itu adalah anugerah Tuhan padanya, Tuhan pinjamkan kepadanya.

Mana manusia ada kuasa, walau bagaimana tinggi ilmu dan kecekapannya!. Manusia tidak boleh membendung, tidak boleh menolak banyak perkara.Bukankah ini menunjukkan ada yang Maha Berkuasa di atas kuasa manusia?

Mengapa kebijaksanaan dan kepandaian tidak dapat menyelamatkannya? Fahamilah maksud perbuatan dan ketentuan Tuhan bukan maksud seperti yang kita fahami.