Archive for April, 2006

‘TAKDIR’ TUHAN

Saturday, April 29th, 2006

Gunung Merapi muntah batu, debu

JAKARTA:
Pakar bimbang letupan Gunung Merapi di Indonesia bakal berlaku bila-bila masa selepas ia memuntahkan ketulan batu kecil, asap tebal serta hujan debu, semalam. Artbig40046

Bagaimanapun, pihak berkuasa Indonesia sebaliknya belum meningkatkan tahap amarannya daripada tanda 2 kepada 1 yang memerlukan pemindahan segera penduduk yang tinggal di sekitar gunung berapi berkenaan.

Gunung Merapi yang juga gunung berapi paling aktif di Indonesia dan terletak di pulau Jawa yang padat penduduknya, mengeluarkan tanda-tanda akan meletus sejak dua minggu lalu. “Bagaimanapun, muntahan debu semalam hanya berlaku kira-kira dua minit dan menyelubungi sebuah perkampungan di kaki gunung Merapi yang berhampiran bandar Jogjakarta,” kata pegawai Pusat Pemindahan Mangsa Merapi. Pihak berkuasa tempatan pula terus mempertahankan yang ia sukar meramalkan bila gunung itu akan meletus dan sudah mengarahkan penduduk berpindah……………………….

Ulasan : Apabila sesuatu kejadian menimpa, manusia hanya mengkaji dan menyelidik soal lahiriahnya. Lalu dirumuskanlah bahawa kejadian itu berpunca dari itu dan ini. Jarang manusia mahu melihat perkara tersirat dalam setiap `takdir”Tuhan itu. Sepanjang sejarah umat-umat dahulu, bila manusia terlalu mungkar dengan Tuhan, maka Dia akan turunkan bala kepada mereka. Sejarah telah menceritakan sebagai contoh kisah umat Nabi Nuh a.s pernah dibalakan dengan dengan banjir besar kerana degil dan tidak mahu tunduk kepada Tuhan dan Tsunami juga telah memamaparkan kemarahan Tuhan. Bilakah lagi hati kita hendak tersentuh atau tercuit, bahawa ini semua adalah satu peringatan Tuhan untuk kita.Meletusnya gunung berapi bukan fenomena alam, tetapi adalah hasil kemarahan Tuhan bagi siapa yang celik hatinya.

Begitu juga setiap peristiwa dan kejadian, hati tidak terasa kebesaran-Nya. Misalnya kejadian malam dan siang yang silih berganti. Sejak alam ini diciptakan sehinggalah waktu ini, belum pernah malah mustahil Tuhan tersilap di dalam mentadbirnya. Bijaksana-Nya Tuhan mengatur segala-galanya berjalan lancar.

Belum pernah lagi terjadi, Tuhan tersilap memancarkan matahari pada waktu malam! Pun begitu setiap kali pertukaran malam dan siang, hati kita tidak pernah terasa itulah bijaksanaNya pentadbiran Tuhan

Adakalanya berlaku banjir besar(tsunami),gunung berapi meletup ,gempa bumi yang menggoncang yang kesemuanya boleh melenyapkan apa sahaja yang ada di dalam sekelip mata. Waktu itu tiada satu kuasa pun yang boleh menahannya. Dialah yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa. Ternyatalah semua yang ada di dalam takluk-Nya.

Tapi hairan, walau segagah itu kehebatan Tuhan, hati kita masih tidak terasa sifat Jabbar dan Qahhar-Nya. Ada yang berkata, “Kejadian yang berlaku adalah nature.” Hati manusia terus buta untuk mengakui kehebatan Tuhan itu.

KISAH-KISAH SUFI

Friday, April 28th, 2006

KISAH-KISAH SUFI

BUAH IMAN
Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.

“Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang berada di situ. “Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati.”

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher dari badan. R2985999673_2

Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.

Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.”

Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas. Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.”

Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri.
Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.

Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.

Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat.”

Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat.”

Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata, “Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.”

Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan,
“Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.

Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu. Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian, kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh. Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya. Tuan hakim yang tegas dan adil. Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka. Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.

Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai.

KISAH-KISAH SUFI

Friday, April 28th, 2006

KISAH-KISAH SUFI

BUAH IMAN
Semasa pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab r.a., ada seorang lelaki bernama Hassan. Suatu hari dia keluar dari kampungnya dengan menunggang seekor unta untuk membuat satu perjalanan yang jauh. Setelah lama menunggang, dia keletihan lalu turun dari untanya dan bersandar di sebatang pokok lalu tertidur.

Setelah sedar dari tidurnya didapatinya untanya tidak ada. Dia terburu-buru mencari untanya itu. Dalam keadaan cemas dan bimbang itu, Hassan terjumpa untanya, tetapi telah mati. Alangkah terkejutnya Hassan.

“Pakcik yang membunuhnya,” kata seorang tua yang berada di situ. “Tetapi bukan sengaja. Unta ini memakan tanaman pakcik, jadi pakcik lontar dengan batu kecil. Kena betul-betul di kepalanya. Tiba-tiba unta ini rebah lalu mati.”

Hassan dalam keadaan bingung kerana terkejut dari tidur, tiba-tiba mencabut pedangnya dan dihayun ke arah orang itu dan terpenggallah leher dari badan.

Hassan seakan-akan baru tersedar dari mimpi dan menyesal yang amat sangat. Hassan lalu mencari keluarga si mati dan menceritakan segala-galanya.

Dua orang anak lelaki kepada orang tua itu terus membawa Hassan kepada Amirul Mukminin hari itu juga. Hassan pun dihadapkan ke mahkamah pengadilan. Dengan dihadiri oleh beberapa orang Sahabat, pembicaraan pun dijalankan.

Setelah mendengar pengakuan Hassan sendiri, Sayidina Umar selaku hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hassan. Mendengar itu Hassan berkata:

“Demi Allah, saya lebih sanggup dibunuh di dunia daripada mendapat hukuman Neraka di Akhirat. Tapi, wahai Amirul Mukminin, saya minta ditangguhkan hukuman itu beberapa hari kerana saya hendak pulang memberitahu keluarga saya tentang perkara ini. Mereka semua belum tahu dan kerana jauhnya dari sini tentu mereka tidak akan tahu kalau saya tidak memberitahunya.”

Sayidina Umar tidak dapat memperkenannya kalau tidak ada penjamin. Walaupun Hassan merayu, tetapi Sayidina Umar tetap bertegas. Akhirnya seorang Sahabat bernama Abu Zar bangun dan berkata, “Sekalipun saya tidak kenal saudara Hassan, namun atas nama Sahabat Rasulullah, saya minta tuan hakim memperkenankan permohonan Hassan. Jika sekiranya Hassan tidak datang pada hari akan dijatuhkan hukuman, maka biarlah saya yang dihukum.”

Dengan jaminan itu, maka Hassan pun dibenarkan pulang ke kampungnya. Sesampai di rumah, Hassan terus memberitahu keluarganya tentang apa yang berlaku dan berkata, “Biarlah saya jalani hukuman di dunia dari hukuman di Akhirat.”

Menangislah ibu bapa dan anak isterinya. Tetapi Hassan tidak lemah semangat, terus dipacunya kuda menuju ke tempat pengadilan. Dia lebih takut kepada Allah dan cintakan Akhirat lebih daripada anak isteri.
Di pertengahan jalan, tiba-tiba tali pacu kudanya putus. Hassan cemas kalau-kalau dengan itu dia terlewat sampai. Bagaimanapun dengan susah payah, Hassan dapat membetulkan tali kekang kudanya dan akhirnya dapat meneruskan perjalanannya, tetapi sudah lewat.

Di padang tempat hukuman hendak dijatuhkan kerana kelewatan Hassan, semua yang menanti sangat cemas. Mereka cemaskan Abu Zar yang terpaksa menggantikan tempat Hassan.

Dalam suasana kecemasan yang memuncak, tiba-tiba berbalam-balam di kejauhan semua yang hadir nampak kuda pacuan berlari kencang menuju ke tempat itu. Setelah yakin Hassan yang datang mereka bertempik, “Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Suasana tiba-tiba bertukar menjadi sedih dan terharu. Betapa jujurnya anak muda Hassan memegang janjinya sekalipun nyawanya akan melayang.

Sebaik turun dari kudanya, Hassan mengadap tuan hakim dan berkata, “Demi Allah, saya tidak berniat untuk menempah kelewatan ini. Tali kuda saya putus di tengah padang pasir. Puas saya usahakan mencari tali untuk menyambungnya. Alhamdulillah, saya dapat dan selamat tiba ke sini, tuan hakim.” Kemudian katanya lagi, “Sebelum saya dibunuh, izinkan saya bersembahyang dua rakaat.”

Sayidina Umar pun membenarkan. Dalam doa akhirnya, Hassan berdoa: “Ya Allah, ampunkan keterlanjuranku di dunia dan di Akhirat.”

Selesai menyapu muka, Hassan pun mengadap menyerahkan dirinya untuk menjalani hukuman bunuh. Tetapi pada saat genting itu, tiba-tiba kedua-dua beradik anak si mati mengadap tuan hakim dan berkata, “Kami telah menyaksikan kejujuran dan keikhlasan saudara Hassan dan telah kami saksikan juga keberanian dan kasih sayang saudara Abu Zar. Juga telah kami saksikan ketegasan dan keadilan Amirul Mukminin menjalankan hukuman Tuhan. Hasilnya, kami memperolehi kekuatan untuk meredhakan kematian ayah kami dengan memaafkan saudara kami Hassan. Lepaskanlah saudara Hassan daripada hukuman, wahai Amirul Mukminin.”

Mendengar itu sekali lagi padang itu bergema dengan laungan,
“Allahu Akbar! Allahu Akbar!”

Mereka semua bersyukur kerana terampunnya seorang saudara mereka dari hukuman di dunia dan di Akhirat, insya-Allah.

Banyak yang dapat kita pelajari dari peristiwa bersejarah itu. Dari seorang tua yang berani mengaku salah hingga menemui kematian, kemudian Hassan yang lebih berani mengakui kesalahannya dan menyerahkan diri untuk dibunuh. Kemudian Abu Zar yang berjiwa `sahabat` dan sanggup mati kerananya. Tuan hakim yang tegas dan adil. Akhir sekali dua beradik yang berhati mulia merela dan memaafkan pembunuh ayah mereka. Dengan hati yang beriman dan berkasih sayang, manusia di zaman Sahabat telah menempa satu sejarah yang agung. Dan dengan hati-hati yang beriman, mereka telah berjaya mengangkat Islam setinggi-tingginya sesuai dengan sifatnya.

Dengan itu mereka bukan sahaja telah menguasai dunia, tetapi sedang menikmati kesenangan dan kerehatan di Alam Barzakh dan akan Allah anugerahkan Syurga. Itulah nasib orang yang bernama mukmin yang sebenar. Sekarang Allah taqdirkan giliran kita untuk menentukan nasib dan maruah diri. Semoga kita menggunakan peluang ini sebaik-baiknya menuruti jejak langkah mereka yang mulia lagi diredhai.

BERKAT TAWAKAL SI ANAK KECIL

Friday, April 28th, 2006

Berkat Tawakal Si Anak Kecil
Zunnun Al Mishri, seorang ahli sufi terkenal, pergi menjala ikan di laut bersama-sama anak gadisnya yang masih kecil. Setelah bersusah payah menebarkan jala beberapa lama, akhirnya beliau berjaya menangkap seekor ikan. Anak gadisnya melihat mulut ikan itu bergerak-gerak seperti sedang berzikir, lalu dia mengambil ikan itu dan mencampakkannya ke laut semula.

Zunnun terkejut dan hairan. “Mengapa kau membuang rezeki yang kita perolehi?” tanyanya.
Anak itu menjawab: “Saya tidak rela makan makhluk yang berzikir kepada Allah. Ayah, marilah kita bertawakal kepada Allah semoga Dia merezekikan kita benda yang tidak berzikir kepada-Nya.”

Kedua-duanya pun balik dengan tangan kosong. Setelah petang mereka belum juga mendapat sesuatu untuk dimakan sedangkan perut sudah mulai lapar. Apabila malam, tiba-tiba turunlah hidangan dari langit yang terdiri daripada berbagai jenis makanan. Maka makanlah keduanya dari rezeki itu. Keadaan itu berlangsung sampai lebih kurang 12 tahun.

Zunnun menyangka bahawa kurnia dari Allah itu adalah disebabkan dirinya yang banyak beribadah dan berdoa kepada Allah. Sehinggalah suatu hari anak perempuannya itu meninggal dunia. Ternyata hidangan dari langit tidak turun lagi berikutan kematian anaknya itu. Barulah Zunnun sedar bahawa kurnia Allah itu disebabkan ketinggian tawakal anak perempuannya yang sudah mati itu.

MAHALNYA NILAI SEBUAH KASIH SAYANG

Friday, April 28th, 2006

MAHALNYA NILAI SEBUAH KASIH SAYANG

” Sewaktu pertempuran di Yarmuk, ramai dari kalangan tentera Islam yang luka parah. Mereka yang cedera itu sudah tidak berdaya untuk meneruskan perjuangan, lalu ditempatkan dalam sebuah khemah. Mereka semua mengalami luka-luka yang banyak di seluruh tubuh.

Banyak darah yang keluar hingga menyebabkan mereka merasa dahaga yang amat sangat. Lalu salah seorang daripada tentera Islam yang cedera itu, iaitu Al Haris bin Hisyam, meminta air. “Air, air,” katanya.

Seorang Sahabat yang mendengar Al Haris meminta air itu segera membawa air kepadanya. Namun belum sempat Al Haris meminumnya, tiba-tiba dia terdengar suara Ikrimah yang turut cedera meminta air.

Al Haris pun berkata, “Berikanlah air itu kepadanya.” Ketika pembawa air itu sampai kepada Ikrimah, belum pun sempat beliau meminumnya, Ikrimah terdengar pula suara Aiyasy meminta air.

Ikrimah juga tidak jadi meminumnya. Dia menyuruh memberi air itu kepada Aiyasy. Pembawa air itu segera mendapatkan Aiyasy yang terbaring kesakitan. Belum sempat dia memberi air itu kepada Aiyasy, Sahabat tersebut telah pun syahid. Pembawa air itu segera kembali kepada Ikrimah, didapatinya Ikrimah juga telah syahid. ”

Lalu dia segera berlari ke arah Al Haris, juga didapatinya Al Haris sudah syahid. Terduduklah Sahabat yang membawa air itu sambil menangis keharuan.

Sejarah ini bukan khayalan, tapi ia benar-benar terjadi.

Mungkin kita merasakan apa sangatlah susahnya mengorbankan sedikit air untuk orang lain. Tapi cuba kita renungi bagaimana hausnya seorang yang sedang luka parah. Tubuh normal seorang manusia memerlukan tidak kurang 75 peratus kandungan air. Jika air dalam badan berkurangan, kita akan merasa dahaga. Katalah kita berpuasa sepanjang hari, peratus air badan kita akan berkurangan sehingga 73 peratus. Kalau kita berpuasa di hari yang terik dan kita bekerja keras di tengah panas pula, paling-paling tidak air badan kita akan menurun sehingga 70 peratus. Waktu itu kita akan merasa sangat haus. Apabila masuk sahaja waktu berbuka, kita pun cepat-cepat minum, tidak sempat fikir kawan, fikir anak atau ibu ayah.

Tapi, tahukah kita bagaimana hausnya orang yang sedang luka parah? Darah yang banyak keluar boleh menyebabkan kandungan air di dalam badan turun sehingga 40 peratus. Bayangkanlah betapa hausnya orang yang cedera itu! Setitik air sekali pun amat bermakna kepada mereka.

Dengan itu, dapatlah kita bayangkan bagaimana tingginya kasih sayang antara para Sahabat yang mampu mengorbankan air dalam keadaan yang sangat haus itu. Tiada seorang pun di antara mereka yang sempat meminumnya kerana masing-masing mengutamakan keperluan sahabat lain walaupun diri kehausan yang teramat sangat.

Apakah demikian kasih sayang kita sesama umat Islam pada hari ini? Kalau ada pun kasih sayang di waktu ini, kasih sayang kita hanyalah main-main dan berlakonlakon. Belum ada kasih sayang yang sejati seperti yang dipamerkan oleh para Sahabat tadi, sekali pun antara suami isteri. Selagi mana suami atau isteri memenuhi kehendak pasangan masing-masing, selagi itu wujudlah kasih sayang. Jika terkurang sedikit atau teruji sedikit, mulalah terungkai dan hilang kasih sayang.

Madah buat renungan….
” Orang yang kenyang dengan kasih sayang kurang lapar dengan benda-benda atau pekara-pekara lain. Kalau orang lapar dengan kasih sayang,dia rasa lapar dengan benda-benda atau pekara-pekara lain.”

JALAN MENANGANI MASALAH REMAJA

Friday, April 28th, 2006

Profil lengkap pulih pelajar tak berdisiplin

PUTRAJAYA :
Kementerian Pelajaran akan menyediakan profil lengkap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin serius dan mengadakan program pemulihan untuk golongan itu.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Jawatankuasa Induk Menangani Masalah Disiplin yang dipengerusikannya, akan memantau sendiri masalah disiplin pelajar terbabit dan menyelaras program pemulihan itu…………………..

PEMBANGUNAN ROH MELAHIRKAN GENERASI YANG BERAKHLAK
Ulasan :
Tiada sesiapapun dapat menafikan bahawa remaja yang terdiri dari pemuda pemudi merupakan harapan atau aset besar kepada agama,bangsa dan negara.Merekalah yang akan menjadi pelapis kepada kepimpinan agama,bangsa dan negara.Mereka juga merupakan khazanah yang paling bernilai.

Walaupun negara mempunyai aset dari sumber semulajadi yang besar dan bernilai tapi nilai remaja bagi sesebuah bangsa,agama dan negara adalah lebih besar.
Remaja merupakan manpower atau tenaga manusia yang padanya ada aset yang sangat besar iaitu akal,roh,fizikal dan nafsu.Mereka menjadi penentu kepada sesebuah bangsa dan negara itu kuat atau lemah.

Didalam ajaran Islam,pembinaan remaja tidak diukur hanya pada pembangunan mental dan fizikalnya saja.Pembangunan roh dan pendidikan nafsunya turut diambil kira.Malah dari kedua aspek pembangunan itu,pembangunan roh dan pendidikan nafsunya adalah lebih utama dari pembangunan mental dan fizikal.Kerana pembangunan roh dan pendidikan nafsu yang membawa lahirnya generasi yang berakhlak mulia,berdisiplin dalam hidupnya.

Namun sejarah pembangunan roh hanya berlaku apabila Rasulullah memperjuangkan Islam bersama para sahabat. Rasulullah telah mengutamakan pembangunan roh atau jiwa lebih dari segala-galanya. Tidak ada bangunan pencakar langit yang dibangunkannya tetapi yang dibangunkan ialah istitusi pembinaan roh iaitu masjid-masjid dari batang-batang pokok tamar sahaja.

Di sanalah Rasulullah saw mendidik roh dan membangunkan jiwa para sahabat dengan mengenalkan Tuhan kepada mereka hingga setiap orang ditanam rasa cinta dan takutkan Tuhan. Natijah dari itu, para-para sahabat menjadi manusia yang kental jiwa dan memiliki ketahanan roh yang sangat tinggi lalu tidak ada apa yang mereka takutkan melainkan Tuhan sahaja.

Jadilah mereka pejuang-pejuang Rasulullah saw yang sangat berani, cerdik dan pandai serta berakhlak dan berdisiplin. Lalu dari Madinah yang kecil lahirlah empayar Islam yang mencakupi 3/4 pelusuk dunia. Ia tertegak megah selama 700 tahun. Bilamana umat Islam sudah rosak roh mereka Dirosakkan oleh cinta dunia dan nafsu liar hingga Tuhan tidak lagi dicintai dan ditakuti. Satu demi satu wilayah pemerintahan Islam jatuh ke tangan musuh.

Sebelum kedatangan Rasulullah saw, roh tidak diambil kira sebagai faktor yang menjadikan satu-satu bangsa itu kuat hingga boleh membangunkan empayar. Waktu itu hanya akal dan fizikal saja diambil kira. Bangsa Rom dan Parsi waktu itu adalah dianggap bangsa yang kuat akal. Maka berjayalah mereka membangunkan empayar di waktu itu.

Tapi dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah, Rom dan Parsi jatuh ke tangan Islam.

BALA YANG PALING DASHYAT

Wednesday, April 19th, 2006

BALA YANG DASHYAT

Bala
bencana yang dahsyat kepada seorang hamba bukan ditimpa bencana alam
seperti air bah, angin kencang, gunung berapi meletup, gempa bumi
menggoncang. Tidak juga sakit yang teruk seperti barah yang garang.
Bukan juga ditohmah dan difitnah, juga bukan kerana susah tidak ada apa
yang hendak dimakan dan diminum. Sekalipun ditangkap, dijel dan
dipenjara bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat .

Tapi
bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman. Seperti selama ini syariat
seseorang itu kemas, selepas itu cuai balik asal. Keyakinan yang kental
kembali longgar. Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai. Ibadah
yang selama ini istiqamah sudah menjadi malas, culas, bahkan membuatnya
terseksa.

Hukum-hakam yang selama ini dipelihara dan dijaga
dengan baiknya selepas itu sudah tidak diambil kira lagi. Anak isteri
yang selama ini dididik sudah tidak dipedulikan. Pantang-larang
Tuhannya kembali dilanggarnya.

Takut kepada Tuhan tercabut
dari hatinya. Halal haram sudah tidak diambil kira. Demi keuntungan
dunia yang belum tentu mendapat untung. Pintu hatinya ditutup
rapat-rapat. Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi, jika diberitahu
atau dinasihat sakit hatinya. Bahkan adakalanya bangga pula membuat
kejahatan di hadapan kawan-kawan lamanya.

Fikirannya dunia,
mazmumah hatinya subur semula. Itulah dia bala bencana yang paling
dahsyat, selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula. Setelah
mendapat iman dibuang pula. Kita berlindung dengan Tuhan daripada bala
tercabut iman. Wal`iyazubillah

HAKIKAT BERSYUKUR(1)

Sunday, April 9th, 2006

HAKIKAT BERSYUKUR

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Dengan ujian kesusahan ataupun dengan ujian kenikmatan yang silih berganti. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dan menerima kesusahan serta bersyukur menerima nikmat.
Kalau kedua-dua perkara ini manusia tidak mahu lakukan, Allah SWT ada berfirman di dalam sebuah Hadis Qudsi yang maksudnya: "Kalau
Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku
uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu
dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain."

Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang
berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua
bentuk. Sama ada ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu sabar, manakala menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.

Di antara kedua-dua tuntutan ini sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan berat untuk dipraktikkan.
Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan,
tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu.
Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula sekali imbas, nampak lebih senang
dan mudah kerana hati berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak
ada tekanan atau penderitaan.

Adakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari
bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur?
Kenapakah orang-orang yang
benar-benar bersyukur itu sedikit
sekali bilangannya. Kenapakah
Allah ada berfirman di dalam Al
Quran, "Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur"

Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas memuji Allah. Mereka ucapkan `Alhamdulillah`.
Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini.
Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira
bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi
tuntutan-tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka
ditakuti ucapan `Alhamdulillah` itu hanya mempermain-mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

ISLAM BUKAN IDEOLOGI

Sunday, April 9th, 2006

ISLAM BUKAN IDEOLOGI
27/03/2006

Bila menyebut Islam, tidak boleh lari daripada menyebut
Iman, taqwa, rahmat, berkat, Syurga, Neraka
Syurga dan Neraka,
Nikmat dan azab,
Takutkan Allah dan cintakan-Nya,
Bila sebut Islam, tidak terlepas daripada menyebutkan mujahadah,
Tidak terlepas daripada menyebutkan nafsu dan roh,
Kalau kita memperkatakan Islam,
Tidak menyebut itu semua,
Atau tidak ada kaitan dengan yang diperkatakan tadi,
Walaupun yang diperkatakan itu Islam,
Islam telah dijadikan ideologi,
Kalau kita menyebut Islam,
Tidak ada hubungkait dengan yang diperkatakan tadi,
Ertinya kita pisahkan Islam dengan Tuhan,
Sedangkan Tuhan perintahkan
“Hendaklah engkau membaca dengan nama Tuhanmu”
Disebutkan di dalam surah Al Alaq,
Atau ertinya belajar atau apa saja yang kita buat,
Mesti ada hubungkait dengan Tuhan,
kalau tidak, sekalipun yang kita sebut Islam,
Tidak ada pahala di sisi Tuhan,
Kerana Islam itu, kita telah jadikan ideologi,
Yang bertentangan dengan Tuhan,
Di akhir-akhir ini banyak orang menyebut Islam,
Sekalipun ulama seolah-olah tidak ada hubungan dengan Tuhan,
Tidak ada hubungan dengan iman dan taqwa,
Tidak ada hubungan dengan Syurga dan Neraka,
Tidak ada hubungan dengan pahala dan siksa,
Tidak ada hubungan dengan rahmat dan berkat,
Tidak ada hubungan dengan mujahadah dan hati,
Seolah-olah ajaran Islam itu bukan dari pada Tuhan,
Tetapi dari buatan manusia,
Trend ini amat bahaya,
Kerana Islam itu disebut untuk mendidik manusia,
Supaya Islam itu ada hubungan dengan Tuhan dan Akhirat,
Sekalipun orang yang memperkatakan itu
Pandai, petah, sedap didengar,
Tetapi tidak boleh mendidik manusia,
Dan Tuhan tidak akan memberi bantuan kepadanya,
Sebab itulah Islam banyak disebut
Tuhan orang tidak takut,
Islam selalu diperkatakan,
Ramai manusia tidak terdidik mengikut Tuhan,
Islam banyak diperkatakan tapi orang lari dari Islam,
Islam selalu diperkatakan tapi tidak ada penghayatan,
Bahkan tukang cakap Islam tidak takut dengan Tuhan,
Tidak cinta dengan hari Akhirat,
Tetapi dunia jadi buruan,
Itulah akibat memperkatakan Islam salah caranya,
Memperkatakan Islam tidak betul ‘approach’nya,
Akhirnya Islam banyak diperkatakan,
Orang lari dari Islam,
Itulah kalau kita memperkatakan Islam,
Menggunakan akal semata-mata,
Tidak berpandukan kepada Al Quran dan As Sunnah,
Berkatnya tak ada,
Tuhan tak campur tangan.

17.2.1006  10.23 malam