JAWAPAN-JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP ISU-ISU TERKINI (bhg 4)

December 14th, 2006 by azmirkhalid

JAWAPAN-JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP ISU-ISU TERKINI

Kenali
Ada dakwaan mengatakan saya sebagai Pengerusi Eksekutif Rufaqa ditonjolkan oleh kakitangan Rufaqa melalui gambar dan pelbagai bahan penerbitan dan sekaligus ini didakwa sebagai bukti yang saya diagungkan seperti era Al-Arqam dulu.

Saya tegaskan sekali lagi ini adalah Rufaqa bukannya Arqam. Rufaqa menumpukan bidang perniagaan sepenuhnya. Para ahli Lembaga Pengarah Syarikat mewakili saya menyampaikan motivasi kepada staff dan menyusun operasi perniagaan syarikat. Untuk mengendalikan sebuah syarikat yang sebesar ini memang memerlukan pemantauan para pengarah. Takkan saya sorang mampu untuk melihat semua perkara.

Saya tidak pernah arahkan sesiapa membesar-besarkan dan mengagung-agungkan saya. Dalam hal ini kita perlu faham. Saya sebagai Pengerusi syarikat dan mereka sebagai staff saya , saya jalankan tanggungjawab saya sepenuhnya mengambil berat dan menjaga kebajikan mereka. Malah hubungan saya dengan mereka lebih kepada hubungan ayah dengan anak bukannya sekadar hubungan majikan dan pekerja. Mereka yang asalnya tidak ada pekerjaan dan sumber pendapatan saya berikan kerja.

Ada yang saya uruskan nikah kahwin. Kalau mereka ada masalah rumahtangga saya bagi panduan dan didikan. Kalau kesempitan wang saya bantu mana yang patut. Saya didik mereka kembali kepada Tuhan. Mungkin atas dasar inilah mereka terhutang budi dengan saya dan memandang tinggi kepada saya selaku pengerusi syarikat ini. Apabila berlakunya hubungan di atas dasar kasih sayang maka mereka mereka akan bekerja bersungguh-sungguh dan sentiasa jujur dan amanah. Tidak timbul tipu menipu dan salah guna wang dan sebagainya. Di sini saya tegaskan bukannya mudah untuk paksa orang sayang dan hormat kepada kita. Saya juga tidak pernah arahkan sesiapa menggantung gambar saya, saya juga malu. Kalau ada pihak yang tidak senang dan minta diturunkan gambar saya, silakan, saya tidak ada apa-apa kepentingan di sini. Sebenarnya lebih banyak orang yang mengeji saya daripada mengagungkan saya. Tapi sebagai hamba saya terima semuanya samada pujian atau kejian itu semuanya dari Tuhan.

Berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Shah Alam baru-baru ini berikut adalah jawapan saya:
Selepas di bebaskan dari ISA pada tahun 2004 saya terus jatuh sakit. Saya telah mendapatkan rawatan dari berbagai doktor pakar. Yang terakhir saya di rawat di Gleneagles Hospital di Kuala Lumpur. Doktor berkata saya mengidap multi stroke. Walaupun dah ramai doktor pakar yang saya temui tapi sakit saya masih belum sembuh. Akhirnya saya terlantar sakit di Nilai. Saya mempunyai masalah kesukaran percakapan dan pergerakan. Melihatkan keadaan saya yang makin uzur maka isteri pertama saya Tengku Noriah mempelajari kaedah rawatan dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran. Dia mula merawat saya dengan kaedah itu. Walaupun keadaan saya masih belum sembuh sepenuhnya namun saya masih boleh bertahan. Kemudian beliau mencuba pula kaedah rawatan itu kepada kaum keluarga terutamanya yang mengidap sakit teruk. Alhamdulillah dengan izin Allah nampaknya ramai yang sembuh. Apabila khabar ini tersebarlah meluas dengan cepat ramai yang hendak belajar kaedah rawatan ini. Jadi beliau membuka kepada sesiapa sahaja yang ingin mencuba kaedah rawatan ini bolehlah datang untuk memepelajarinya. Ia menggunakan ayat-ayat Al Quran untuk merawat penyakit.

Namun saya tegaskan aktiviti ini bukan merupakan dasar Rufaqa. Saya dan ahli Lembaga Pengarah tidak terlibat.Ianya hanyalah merupakan inisiatif isteri saya Tengku Noriah untuk berkongsi ilmu ini dengan sesiapa yang berminat. Pada waktu yang sama saya juga sedang sakit jadi diluar pengetahuan dan kawalan saya rupanya makin ramai yang berminat setelah terbukti keberkesanannya. Apa yang berlaku di Shah Alam itu adalah mereka yang datang berkursus untuk mempelajari kaedah rawatan tersebut. Bukannya berkumpul untuk hidupkan Arqam. Tetapi saya telah arahkan supaya kursus ini dihentikan kerana ianya boleh menimbulkan fitnah dan masalah. Lagipun ianya bukan merupakan dasar syarikat ini.

Masyarakat masih lagi bimbang dan ingin melihat bukti-bukti yang Rufaqa’ bukan Al-Arqam,kerana mereka melihat operasi Rufaqa’ majoriti disertai bekas anggota Al-Arqam.Saya jelaskan disini bahawa buktinya boleh dilihat di mana Rufaqa menumpukan sepenuh aktivitinya berniaga. Kenapa nak dikaitkan dengan Arqam sedangkan saya sendiri pun tidak ada niat langsung nak hidupkan Arqam. Sebenarnya bagi saya isu ini timbul apabila ada dikalangan pihak tertentu yang tidak senang dengan kejayaan yang dicapai oleh Rufaqa. Lalu mereka cuba nak kaitkannya dengan Arqam sedangkan Arqam dah berkubur dan dah dilupakan orang. Saya rasa ada orang yang hati dan fikirannya tidak sihat lalu cuba mengusahakan agar Rufaqa dihancurkan seperti Arqam. Kelompok ini sebenarnya adalah dari kalangan bekas-bekas Arqam yang tidak senang dengan saya dan cuba membangkitkan isu ini. Bagi saya mereka lebih cenderung untuk menggugat keselamatan negara dan mengganggu ketenteraman awam serta mewujudkan kegelisahan di kalangan masyarakat dengan menimbulkan isu ini sedangkan bagi pihak keselamatan yang memantau kami selama ini jelas mengatakan tidak ada apa-apa masalah sebenarnya.

Ajaran Aurad Muhammadiah dipertikaikan dan menjadi isu utama sebelum ini walaubagaimana pun saya ingin memberi pandangan. Di dalam isu ini saya harap sesuatu ajaran yang hendak diharamkan oleh mana-mana pihak eloklah diajak bersemuka dahulu dengan pihak yang terbabit supaya tidak timbul kekeliruan di dalam masyarakat. Sepatutnya diajak bersemuka kedua-dua pihak dan dibahasakan secara ilmiah. Kedua-dua pihak sepatutnya diberi peluang untuk bercakap dan berbincang dua hala serta diadakan perbahasan terbuka secara dua hala. Bukannya dibuat fatwa tanpa ditemubual dan bersoal-siasat dengan saya. Saya di lemparkan dengan berbagai tuduhan, tohmahan, disesatkan dan bermacam lagi tanpa diberi peluang untuk saya membuat penjelasan. Setakat ini hanya laporan dari sebelah pihak sahaja yang didengar, pihak media memainkan isu ini tanpa memberi ruang untuk saya menerangkan keadaan sebenar. Sedangkan isu ini berkaitan dengan diri saya dan syarikat saya. Tetapi kenapa saya tidak ditanyakan tentang keadaan sebenar. Perlu juga diingatkan bahawa isu Arqam ini tidak pernah dibicarakan di mana-mana mahkamah di Malaysia samada mahkamah sivil maupun syariah. Jadi selama ini saya tidak berpeluang untuk diadili dan didengari dengan seadil-adilnya dalam hal ini.Pengharaman Al Arqam dan tuduhan kepada Rufaqa dibuat tanpa proses ilmu dan tanpa kedua-dua pihak disemukakan. Walaupun saya akur dengan keputusan fatwa namun saya tidak mampu untuk kawal orang lain menerimanya dengan sepenuhnya. Akibatnya timbul tanda tanya, kekeliruan dan ketegangan apabila masyarakat tidak faham dan tidak puas hati

Saya tegaskan lagi disini bahawa Rufaqa adalah sebuah syarikat perniagaan.Bukannya badan dakwah atau politik. Ia tidak membawa sebarang ajaran. Ia hanya menumpukan kepada aktiviti perniagaan.

JAWAPAN-JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP ISU-ISU TERKINI (bhg 3)

December 9th, 2006 by azmirkhalid

JAWAPAN-JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP ISU-ISU TERKINI
Kenali1_2
Dalam persoalan apakah cita-cita saya yang sebenarnya elok juga saya ceritakan di sini. Cita-cita saya ialah untuk mencipta bangsa Melayu yang kuat dan berdaulat melalui ekonomi yang menjadikan Islam sebagai resepi kejayaannya. Nak perkasakan bangsa melalui ekonomi Islam. Saya dah buktikan melalui Rufaqa Tetapi kenapa kebenaran ini disalah tafsir? Saya lebih suka kalau di antara mereka yang keliru datang bertanya langsung kepada saya bukannya menuduh, mengugut dan menekan saya serta cuba membunuh perniagaan saya. Elok tirulah cara SB melayan saya.

Pemikiran yang mengatakan saya cuba menghidupkan Arqam adalah menyimpang sekali. Apa yang sebenarnya berlaku ialah membangunkan Islam melalaui ekonomi. Sewaktu saya sampai di Bandar Country Homes dahulu satu kedai Melayu pun tidak ada. Nak beli beras pun terpaksa ke kedai Cina. Sebagai seorang Melayu beragama Islam, saya rasa tercabar. Mengapa melalui Islam kita tidak boleh maju. Akhirnya saya bertekad untuk menebus maruah ini dan membuktikan bahawa orang Melayu akan gemilang melalui Islam.

Kalau di dalam Arqam dahulu saya hanya menumpukan operasi di kampung pendalaman, tetapi sekarang Rufaqa membangunkan ekonomi di tengah-tengah bandar. Bersaing secara sihat dengan bangsa lain yang jauh lebih maju ke depan berbanding dengan bangsa Melayu. Walaupun berbagai halangan dan rintangan yang terpaksa saya lalui tapi saya masih boleh bertahan hingga sekarang dengan izin Allah. Saya rasa masyarakat tidak sepatutnya sangsi dengan saya dan Rufaqa tetapi gembira dan bangga dengan pencapaian ini.

Kalau saya katakan saya tidak berniat untuk menghidupkan Arqam, orang-orang yang tidak senang dengan saya dan menuduh saya cuba hidupkan Arqam takkan percaya. Niat itu dalam hati, siapa pun tak tahu, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui. Tapi saya boleh buktikan secara lahirnya dengan alasan berikut:

1.Setelah Arqam diharamkan saya telah menubuhkan Rufaqa Corporation Sdn Bhd (T.426782-V) yang di daftarkan di bawah Akta Syarikat 1965. Sedangkan Arqam dahulu adalah sebuah badan dakwah dan tidak di daftarkan. Rufaqa ditubuhkan pada tahun 1997 hanyalah untuk tujuan perniagaan semata- semata.

2. Dari segi identiti Al Arqam, kalau dahulu dikenali dengan jubah, serban dan purdah tapi sekarang sudah tidak ada lagi. Semuanya berpakaian sama seperti masyarakat umum.

3. Sejak saya memulakan perniagaan Rufaqa, setiap minggu saya melaporkan diri kepada pihak polis. Setiap aktiviti harian dan aktiviti perniagaan saya laporkan kepada pihak keselamatan. Saya maklumkan kepada mereka oleh kerana keluarga saya besar, saya perlu berniaga dengan memulakan sebuah pasaraya, klinik , café dan lain-lain bertujuan untuk menampung keperluan sebuah keluarga besar.

4. Sejak Arqam diharamkan banyak bekas-bekas ahli Arqam yang hilang pekerjaan. Mereka tidak ada sumber pendapatan. Sedangkan pihak Jakim pernah menjanjikan pekerjaaan kepada bekas-bekas Arqam untuk memulakan hidup baru. Tetapi tidak ada nampaknya. Apabila saya menubuhkan Rufaqa Corporation mereka datang untuk meminta kerja. Sebelum ini saya pernah ambil orang-orang lain untuk bekerja termasuk pekerja asing tetapi susah untuk di disiplinkan. Terutama dari segi kejujuran dan amanah.Lebih-lebih lagi saya masih dalam tahanan, pergerakan saya terhad untuk memantau semua staff saya. Malah semua nama staff saya dari kalangan bekas Arqam telah saya laporkan kepada pihak keselamatan.

5. Saya tidak pernah mengusahakan untuk hidupkan kembali Arqam. Malah kalau pihak berkuasa menyuruh saya hidupkan kembali pun saya tidak mahu. Saya sudah serik dengan cara Arqam. Orang-orang di dalamnya dahulu banyak yang ada kepentingan. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan melalui ISA saya telah diproses ke arus perdana hingga berjaya membangunkan sebuah syarikat. Jangan salah ertikan membangunkan sebuah syarikat perniagaan dengan menghidupkan semula Arqam. Selama ini yang menjaga kami dan sentiasa berhubung dengan kami ialah pihak keselamatan bukannya pihak Jakim. Apabila Rufaqa makin maju dan membesar timbullah isu bahawa saya nak hidupkan Arqam. Sedangkan kerajaan minta orang Melayu kuatkan ekonomi. Bila ekonomi saya makin berkembang dituduh ada agenda hidupkan Arqam. Sedangkan Arqam bagi saya hanyalah tinggal kenangan. Pihak keselamatan sangat tahu segala aktiviti saya selama ini. Saya sentiasa memberi laporan perkembangan perniagaan saya samada di dalam maupun di luar negara.

6. Berkaitan dengan isu Aurad Muhammadiah, telah banyak kali saya berikrar di hadapan KKDN dan jakim bahawa saya sudah meninggalkan dan tidak mengamalkan ajaran itu lagi. Malah semua ahli keluarga dan staff syarikat saya juga tidak mengamalkannya. Saya juga tidak pernah memasukkan dalam senarai aktiviti saya usaha untuk mengembangkan Aurad Muhammadiah. Malah kalau di lihat kepada senarai tajuk-tajuk motivasi yang di berikan kepada staff saya melalui Pusat Motivasi Harmoni tidak ada satu pun tajuk menggenai Aurad Muhammadiah. Tajuk yang utama ialah Solat membina Peribadi Agung, Membina Keluarga Bahagia dan sebagainya.

Selama 10 tahun diproses melalui ISA saya cukup faham kehendak kerajaan dan menjadi dasar saya menghormati fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1994 berkaitan dengan isu ini. Ini adalah dasar saya dan dasar Rufaqa. Namun apabila Rufaqa sudah semakin berkembang dan bilangan staffnya makin ramai saya sudah tidak mampu untuk mengawal dan mengenal pasti amalan masing-masing. Kalaupun masih ada yang mengamalkannya itu adalah atas dasar individu dan bukannya menjadi dasar syarikat. Takkanlah kerana kesalahan individu seluruh syarikat menjadi mangsa. Kalaulah ada sorang staff syarikat yang membuat kesalahan mencuri misalnya, takkanlah seluruh syarikat nak ditutup.Ini tidak adil dan menganiaya. Patutnya hukumlah yang bersalah itu sahaja bukannya kesemua sekali.

7. Dalam hal ini kalau saya kata saya amalkan atau tidak amalkan kedua-duanya tidak boleh dibuktikan kerana ia soal amalan hati. Kalau saya kata tidak pun, orang tak percaya. Tetapi kalau saya kata saya amalkan seperti yang sesetengah pihak dakwa, itu bererti saya menganiaya diri saya. Dalam hal ini saya pun tidak boleh nak buktikan yang saya tidak amalkan dan mereka yang menuduh saya amalkan pun tidak boleh membuktikan yang saya masih amalkan. Kalau ianya berkaitan dengan amalan lahir seperti solat, boleh dilihat dengan mata lahir dan boleh dibuktikan, tapi ini amalan hati, macam mana nak buktikan. Saya dituduh dan dihukum di atas satu perkara yang berlaku dalam hati, yang tidak boleh dilihat dan dibuktikan secara lahir.

……bersambung

JAWAPAN-JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP ISU-ISU TERKINI (bhg 2)

December 9th, 2006 by azmirkhalid

JAWAPAN-JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP ISU-ISU TERKINI
Kenali1_1
Timbul juga persoalan yang saya berusaha menghidupkan semula Al-Arqam atas nama Rufaqa’. Jadi izinkan saya bertanya apakah buktinya saya hidupkan Arqam. Sebenarnya dalam hal ini seorang pun tidak boleh buktikan. Namun biar saya jelaskan di sini bagaimana timbulnya isu yang mengatakan saya cuba hidupkan Arqam.

Ianya bermula bila mana Rufaqa berjaya membangunkan projek-projek perniagaannya di dalam dan luar negara. Pihak yang tidak senang dengan kejayaan saya menuduh bahawa di atas projek itulah saya membawa ajaran Arqam ke dalam Rufaqa. Tetapi pada masa yang sama pihak KKDN yang menjaga kami selama 10 tahun mengatakan tidak berlaku sebarang usaha menghidupkan Arqam dan Rufaqa tidak mengancam keselamatan. Manakala di pihak JAKIM pula mendakwa yang sebaliknya. Di sini saya ucapkan terima kasih kepada pihak KKDN kerana telah membuat satu kenyataan yang benar terhadapa Rufaqa’. Bagaimanakah sebuah syarikat perniagaan boleh mengancam keselamatan negara sedangkan Rufaqa’ adalah merupakan sebuah badan perniagaan yang berdaftar dan menjadikan Islam sebagai disiplin perniagaannya. Saya ingin membuktikan bahawa orang Melayu boleh maju dalam bidang perniagaan di atas nama Islam, dengan menggunakan kaedah Islam. Sepatutnya Rufaqa’menjadi asset kepada orang Melayu. Orang Melayu kena fikir apakah rahsia Rufaqa’ berjaya dalam perniagaan. Saya menjalankan perniagaan ini tanpa bersandar dengan mana-mana bank. Saya merujuk kepada ayat Quran yang bermaksud :

“Siapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan lepaskan orang itu dari kesusahan dan di beri rezeki dari sumber yang tidak diduga”

Jadi saya pun membangunkan perniagaan saya dengan meminta semua staff saya supaya mengusahakan taqwa. Menjadikan solat sebagai satu yang agung. Mendorong mereka berkasih-sayang. Daripada situlah didapati Allah telah beri rezeki dan telah selesaikan masalah-masalah yang berbangkit dalam perniagaan. Bagi saya berhutang itu walaupun diharuskan oleh syariat tetapi tidak digemari lebih-lebih lagi kalau ada riba. Kalau meminjam dengan melibatkan riba menafikan taqwa. Begitulah yang saya faham perintah Allah ini dan saya fahamkan juga kepada staff-staff saya. Di sinilah pandangan dan sikap saya berbeza dengan jakim. Mereka hanya mengambil satu juzuk sahaja daripada padangan saya dan terus membuat hukuman seolah-olah agama yang saya bawa itu tidak betul. Sedangkan kalau kita berbincang secara global kita akan dapat melihat kebenarannya di situ.

Untuk makluman setakat ini saya telah menulis lebih 70 buah buku, ribuan sajak dan madah dalam berbagai bidang ilmu selain ilmu agama seperti bidang ekonomi, politik, kebudayaan, pentadbiran, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.. Oleh itu untuk menilai saya tidak cukup hanya menilai di satu sudut sahaja daripada pemikiran saya. Rufaqa mesti di lihat dan di nilai secara global dan professional. Amat tidak adil kalau ada pihak yang menilai saya seperti orang buta melihat gajah. Masing-masing akan memberi gambaran di sudut masing-masing yang terhad dan tidak sempurna. Ibarat sebuah istana yang cantik dan indah tetapi yang di ceritakan adalah mengenai longkang istana sahaja bukannya gambaran keseluruhan istana yang sempurna dan indah. Begitulah tamsilannya. Mereka hanya mengambil sudut-sudut yang kelihatan negative dan tidak melihat yang global. Mereka lebih suka mengambil sudut yang mengelirukan dan tanpa bertanya terlebih dahulu terus menuduh dengan melulu. Dalam ertikata lain janganlah menerima penilaian tentang gajah dari orang buta.

…..bersambung

JAWAPAN-JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP ISU-ISU TERKINI(bhg 1)

December 8th, 2006 by azmirkhalid

JAWAPAN-JAWAPAN USTAZ ASHAARI MUHAMMAD TERHADAP ISU-ISU TERKINI
Kenali1

1. Telah timbul pelbagai spekulasi berikut dengan ketidak hadiran saya di majlis sidang media di Bandar Country Home pada hari Jumaat 1hb Disember yang lepas. Saya minta maaf dalam hal ini kerana agaknya terdapat kesilapan maklumat yang mengatakan saya akan hadir. Sebenarnya saya tidak mungkin boleh hadir disebabkan masalah kesihatan saya. Saya ditakdirkan oleh Tuhan mengidap penyakit yang agak kronik beberapa bulan selepas dibebaskan. Mengikut doktor saya ditimpa multi stroke di mana saya menghadapi masalah untuk bercakap dan bergerak. Tetapi yang peliknya doktor mengesahkan keadaan darah, jantung dan semua organ-organ dalaman saya berada dalam keadaan sangat normal. Ia bukan hanya sekadar sakit fizikal tetapi juga bercampur dengan serangan sihir dari musuh yang tidak senang. Buat masa ini saya dinasihatkan oleh doktor supaya berehat di rumah dan sekarang saya sedang di jaga oleh ketiga-tiga orang isteri saya.

Untuk makluman semua saya menubuhkan Rufaqa’ pada tahun 1997 setelah 3 tahun saya diletakkan di bawah tahanan daerah (RO) di Bandar Country Homes, Rawang. Sepanjang berada dalam RO saya dikehendaki melapor diri kepada pejababat SB pada setiap minggu. Saya hanya boleh bergerak di sekitar daerah Gombak sahaja dari jam 6.00 pagi hingga 6.00 petang. Boleh dikatakan sepanjang waktu itu saya hidup bersama SB. Yang sering datang bertamu ke rumah saya juga adalah SB. Segala aktiviti saya semuanya mendapat persetujuan daripada pihak SB terlebih dahulu. Selepas 5 tahun saya membangunkan Rufaqa hingga berkembang menjadi sebuah bandar orang Melayu ditengah-tengah penduduk Cina yang bertempat di Celebration Mall Bandar Country Homes, Rawang saya telah dipindahkan ke Labuan. Saya ke Labuan dengan diiringi oleh sekumpulan SB yang menemani saya menaiki kapal terbang ke sana. Saya di buang daerah ke Labuan dengan alasan perkembangan Rufaqa dikaitkan dengan usaha menghidupkan Arqam. Saya ditempatkan di sana dari tahun 2002-2004.

2. Diwaktu ini ada persoalan Mengapa dan bagaimana timbulnya isu menghidupkan Arqam dikalangan masyarakat.Isu ini timbul begini. Terdapat 2 badan kerajaan yang bertanggung jawab mengawal dan memantau saya iaitu pihak KKDN dan JAKIM.

Pihak KKDN melalui SB yang bertugas mengawal dan memantau saya sangat memberi sokongan saya menubuhkan Rufaqa dan mengembangkan syarikat. Mereka berkawan dangan saya dan memantau saya dari dekat. Mereka dapat membezakan di antara membangunkan syarikat dengan menghidupkan Arqam. Manakala di pihak JAKIM pula mereka jarang berjumpa dan berbual dengan saya. Malah lebih suka mengambil maklumat dari jauh terutama dari bekas-bekas ahli Arqam yang menentang saya. Mereka ini dahulunya adalah pengikut-pengikut saya yang pernah saya nasihat dan tegur kesilapan-kesilapan mereka tetapi dihujungnya mengambil jalan bermusuh dengan saya. Tetapi pihak JAKIM lebih berminat mengambil maklumat daripada mereka daripada berjumpa dengan saya sendiri.

Akhirnya berlakulah pertembungan fikiran di sini. Membangunkan Rufaqa dikaitkan dengan menghidupkan Arqam. Bagi pihak yang tidak ada apa-apa kepentingan, mengenali dan memantau saya dari dekat, mereka mendapati saya tidak melakukan apa-apa aktiviti yang mengancam keselamatan sehinggalah pada tahun 2004 mereka telah cukup yakin untuk membebaskan saya dari ISA Namun dari pihak JAKIM saya terus dianggap bermasalah walaupun saya telah berikrar di hadapan pihak KKDN dan JAKIM bahawa saya menerima dan mematuhi fatwa serta meninggalkan sepenuhnya ajaran Aurad Muhammadiah.

Di Labuan perniagaan saya makin berkembang maju dan Rufaqa telah mula melangkah ke luar negara, mengembangkan perniagaan di Indonesia, Singapura, Thailand, Australia, Eropah dan Timur Tengah. Waktu yang sama tekanan dari pihak JAKIM juga makin membesar. Mereka bagaikan lebih suka melihat perniagaan ini ditutup dan berkubur sahaja dengan alasan ianya adalah usaha menghidupkan Arqam walaupun tidak ada hujah untuk membuktikannya..

Sewaktu Arqam diharamkan terus terang saya katakan sudah tidak ada siapa yang setia dengan saya lagi. Dengan dibubarnya Arqam menyebabkan semua pengikut lari meninggalkan saya. Tinggallah saya dengan isteri dan anak-anak yang belum berkahwin. Selama tiga tahun saya hidup di rumah bersama keluarga terdekat dan SB sahaja sebagai kawan. Setelah saya menubuhkan Rufaqa banyak bekas-bekas Arqam yang datang meminta kerja. Rupanya mereka hidup dalam kesempitan setelah berpisah dengan saya. Saya sangkakan pihak JAKIM akan membela dan menyediakan pekerjaan untuk mereka seperti yang dijanjikan , tetapi nampaknya tidak berlaku demikian. Jadi atas dasar tanggung jawab dan simpati maka saya ambil mereka bekerja dengan saya.

Setelah hancurnya Arqam maka fahamlah saya bahawa apa yang saya miliki selama ini di dalam Arqam samada manusianya atau asetnya terlalu rapuh dan begitu mudah dihancurkan. Jemaah saya lemah rupanya dan orang-orangnya mengecewakan. Rupanya bukan mudah mencari kawan yang setia. Lalu saya berfikir untuk memulakan hidup baru di era baru ini dengan menubuhkan sebuah syarikat perniagaan bersama keluarga terdekat. Jadi dari situlah saya menubuhkan Rufaqa Corporation. Bertolak dari azam baru itulah saya memanjatkan doa dan munajat kepada Tuhan,

‘Wahai Tuhan sekiranya aku benar maka Kau jadikanlah aku kaya melalui perniagaan ini”

Maka saya pun memulakan hidup baru saya melalui perniagaan ini padahal saya bukanlah seorang peniaga. Saya asalnya adalah seorang guru agama dan pendakwah. Namun oleh kerana itu sahaja laluan yang ada di waktu itu maka bermodalkan doa itulah saya memulakan perniagaan bersama keluarga. Akhirnya Tuhan izinkan ianya berkembang dan membesar. Tetapi apabila ianya membesar ada orang yang tidak senang dan menuduh saya cuba menghidupkan Arqam melalui Rufaqa’. Sebenarnya saya sendiri sudah terlalu kecewa dan serik untuk menghidupkan Arqam.

Terdapat juga dikalangan bekas murid-murid saya di dalam Arqam yang marahkan saya dan membenci saya kerana menuduh apa yang saya janjikan waktu dalam Arqam dahulu tidak berlaku. Mereka rasa terzalim, tertipu dan kecewa. Lalu mereka bercita-cita untuk membangunkan dan memimpin sebuah jemaah baru di atas pusara Arqam di mana merekalah yang akan menjadi pemimpinnya. Mereka memusuhi dan membenci saya hinggalah terbitnya buku ‘tersungkur di pintu syurga’. Mereka menghina, memfitnah dan memburuk-burukkan saya merata-merata. Mereka ingin menjatuh dan menghancurkan saya dalam keadaan saya masih berada dalam ISA. Saya seolah-olah diikat kaki tangan dan mulut lalu dipukul beramai-ramai. Tetapi dengan kuasa Tuhan perniagaan saya makin membesar manakala perniagaan mereka yang di rampas dari saya waktu Arqam dulu makin hancur. Akhirnya terkejutlah meraka kerana melihat perniagaan saya makin berkembang. Mereka tidak sangka saya yang asalnya hanyalah seorang Ustaz boleh mebangun menjadi korporat yang berjaya. Sedangkan banyak usaha-usaha musuh untuk menghancurkan saya tetapi gagal. Logiknya saya telah berkubur. Tetapi saya boleh bangun semula melalui Rufaqa’. Ini semua adalah kuasa Allah yang berlaku ke atas saya di mana saya boleh membangunkan sebuah perniagaan di atas nama Islam. Tuhan buktikan kepada saya bahawa keyakinan saya selama ini adalah benar. Tuhan telah kabulkan doa saya.

Hal inilah yang membuatkan mereka tercabar dan dengki dengan saya lalu cuba mempengaruhi JAKIM dan masyarakat dengan mengatakan saya cuba hidupkan Arqam melalui Rufaqa. Sebenarnya apa yang berlaku bukannya menghidupkan Arqam, tetapi ianya memperlihatkan kegagalan terhadap usaha-usaha yang dibuat oleh bekas-bekas Arqam untuk menghancurkan saya. Telah 10 tahun mereka menggunapakai berbagai cara untuk memusnahkan perniagaan saya namun hingga kini Tuhan tidak izinkan. Usaha-usaha mereka ternyata gagal . Kebenaran tidak mungkin dapat dihancurkan. Ini bukannya isu saya melanggar fatwa, tetapi apa yang berlaku ialah saya sedang membuktikan bahawa janji Tuhan Islam pasti bangkit di sebelah Timur sedang berlaku. Tidak ada sebarang kuasa yang mampu menghalangnya. Manakan kuasa manusia mampu menandingi kuasa Tuhan!

…..bersambung

PEMBANTERAS AJARAN YANG SALAH ATAU SESAT

November 30th, 2006 by azmirkhalid

PEMBANTERAS AJARAN YANG SALAH ATAU SESAT

Ada golongan konon hendak membanteras ajaran salah atau sesat
Bunyinya cantik, didengar sangat indah dan molek
Seolah-olah golongan ini sangat serius beragama dan sungguh sayang dengan agama
Tapi mereka membanteras ajaran yang mereka pilih-pilih sahaja
Yang ada hubungan dengan ibadah, wirid dan zikir yang dilakukan
oleh golongan yang lemah
Perjuangan mereka sangat sempit, mungkin mengambil peluang kepada puak yang mereka tidak senang
Ajaran salah atau ajaran sesat bukan di sudut ibadah, wirid dan zikir sahaja
Ajaran salah atau sesat lebih-lebih lagi amalan salah dan sesat berlaku secara global
Di dalam pergaulan, ekonomi, politik, pendidikan, kebudayaan dan sebagainya
Yang dibisingkannya sangat di dalam ibadah, wirid dan zikir
itu pun mengikut ukuran puak mereka sahaja
Belum disemukakan, belum diuji, belum dinilai  oleh semua golongan
dan semua golongan ulama
Kalau ditembungkan boleh jadi khilafiah, boleh jadi ada nasnya yang tersurat dan tersirat
Mungkin yang menyalahkannya kurangnya ilmu terutama ilmu rohaniah
yang terlalu seni dan susah
Lebih-lebih sekali zaman sekarang mana ada orang serius beribadah,
berwirid dan berzikir
Khurafat dan kesesatan di bidang-bidang lain bukan sahaja ajaran tapi amalan
tidak pula ditolak bahkan digalak
Di dalam kebudayaan, dedah aurat, bergaul bebas, setiap kata yang diucapkan yang menyalahi syariat tidak pula dianggap sesat
Kejahatan orang politik di dalam sikap, cakap, tindakan yang melanggar syariat dan akhlaknya boleh pula
Di dalam ekonomi adanya riba, adanya penindasan, tidak pula disanggah dibiar begitu sahaja
Di dalam pendidikan tidak ada bertunjangkan tauhid, iman dan taqwa, ia boleh membawa ajaran sesat dan amalan sesat
Tidak
hairanlah hasilnya melawan guru, melawan emak bapa, bergaduh dan
gangsterism kerana tidak takutkan Tuhan dan melupakan Akhirat
Tidak pula puak itu memberi nasihat kepada puak yang membuat dasar pelajaran
Kalau hendak berjuang berjuanglah secara global dan jujur
Kesalahan yang dilakukan oleh golongan yang lemah, tiada kuasa berani bertindak seolah-olah mereka wira agama
Kesesatan yang dibuat oleh orang yang berkuasa, ada nama, ada pengaruh
dipejamkan mata
Kerosakan yang mereka lakukan dibiarkan sahaja seolah-olah tidak mengapa
Mereka berjuangkah atau mengambil peluang?
Mereka berjuangkah atau berlakon berjuang?
Rakyat melihat ini semuanya
Mereka hanya berani dengan golongan lemah dan tiada kuasa
Kepada golongan yang kuat dan berkuasa, dibiarkan berleluasa
Mereka sebenarnya bukan wira agama, tapi mencari makan atas nama agama

JIKA SETIAP HAMBA MERASA KEBESARAN ALLAH

November 22nd, 2006 by azmirkhalid

JIKA SETIAP HAMBA MERASA KEBESARAN ALLAH

Jika setiap hamba merasa kebesaran Allah, hebat dan Qahharnya

Dia akan terasa hinanya diri

Membesar diri jauh sekali

Kalau dia merasakan dirinya di dalam kekuasaan-Nya

Kecut dan takut menyelubungi hatinya setiap detik

Bimbang dan gerun setiap waktu

Hilang angan-angan

Betapa pula merasakan umur panjang

Bila merasakan mati itu bila-bila masa boleh berlaku

Dia akan merasakan kematian di antara nafas turun naik

Urusannya dengan Tuhannya tiada  penangguhannya

Kalau begitulah setiap hamba merasa

Menekan hatinya setiap ketika

Apakah dia akan membuat dosa?

Apakah dia sanggup berfoya-foya?

Apakah dia sanggup membuang-buang masa?

Apakah dia sanggup menderhaka?

Tentu sekali tidak

Kecuali yang tidak sengaja

Atau dia tidak tahu

Atau kelemahan yang payah dielak

JIKA SETIAP HAMBA MERASA KEBESARAN ALLAH

November 22nd, 2006 by azmirkhalid

JIKA SETIAP HAMBA MERASA KEBESARAN ALLAH

Jika setiap hamba merasa kebesaran Allah, hebat dan Qahharnya
Dia akan terasa hinanya diri
Membesar diri jauh sekali
Kalau dia merasakan dirinya di dalam kekuasaan-Nya
Kecut dan takut menyelubungi hatinya setiap detik
Bimbang dan gerun setiap waktu
Hilang angan-angan
Betapa pula merasakan umur panjang
Bila merasakan mati itu bila-bila masa boleh berlaku
Dia akan merasakan kematian di antara nafas turun naik
Urusannya dengan Tuhannya tiada  penangguhannya
Kalau begitulah setiap hamba merasa
Menekan hatinya setiap ketika
Apakah dia akan membuat dosa?
Apakah dia sanggup berfoya-foya?
Apakah dia sanggup membuang-buang masa?
Apakah dia sanggup menderhaka?
Tentu sekali tidak
Kecuali yang tidak sengaja
Atau dia tidak tahu
Atau kelemahan yang payah dielak

DIDIKAN TUHAN

November 21st, 2006 by azmirkhalid

STAIL DIDIKAN TUHAN SUNGGUH SISTEMATIK,CANTIK DAN MENARIK…

Bila
kita perhatikan 5 ayat pertama Al Fatehah, kita dapat melihat bagaimana
didikan dan tarbiah Tuhan. Stail tarbiah Tuhan itu sebenarnya ada dalam
surah Al Fatehah. Kalau para guru, pemimpin dan ibu ayah boleh faham,
boleh hayati dan boleh applykan kepada pengikut, anak buah, murd-murid
dan anak-anaknya, insyaAllah, berkat dari Tuhan akan sangat memberi
kesan. Tetapi mungkin orang tidak perasan.

Mari kita mencungkil
dari susunan ayat-ayat Al Fatehah, bagaimana Tuhan mendidik manusia.
Kalau ilmu ini dapat kita miliki, dapatlah kita applykan dalam kita
mendidik. Sebenarnya didikan dalam Al Fatehah sangat cantik dan
sistematik.

Tuhan mendidik manusia tidak secara mengejut tetapi
secara tadarruj yakni beransur-ansur. Dari yang ringan-ringan kepada
yang agak berat, sehinggalah yang sangat berat, sampailah matlamat yang
Tuhan maksudkan. Kalau kita baca dari ayat `Bismillah` hingga
"Iyyakana`budu…", banyak ilmu pendidikan yang kita dapat. Tuhan
mendidik manusia tidak secara mengejut tetapi secara bertahap agar
sesuai dengan akal dan fitrah manusia. Sebab Tuhan jadikan akal dan
fitrah manusia tidak boleh diasak sekaligus kerana ia akan rosak. Sama
ada dia tidak tahan dan jadi jumud atau dia militan dan agresif.
Keduanya Tuhan tidak mahu kerana keduanya bahaya. Sebab itu Tuhan
mendidik secara bertahap.

Matlamat terakhir adalah bahawa Allah
itu adalah Tuhan yang mesti manusia sembah hendaknya manusia meminta
tolong dari-Nya. Itu kemuncak kepada pengenalan dari didikan secara
tadarruj tadi atau yang beransur-ansur. Matlamat Tuhan ialah supaya
orang akui Dia Tuhan dan mesti sembah Dia. Di awal surah, Dia tidak
terus kenalkan diri Nya,"Aku Tuhan." Tetapi Tuhan perkenalkan dirinya
secara sedikit demi sedikit, iaitu:

1. Tuhan kenalkan diriNya dengan secara gembira atau tabsyir:
Dalam
"Bismillahirrahmanirrahim", dikenalkan Tuhan itu maha Pemurah dan maha
Penyayang. Dirasakan nikmat yang terlalu banyak. Ada nikmat rohaniah,
maknawiyah dan ada nikmat lahir. Bila disebut begitu, ada 2 yang
tersirat yakni :

a) Ada khabar gembira. Nikmat itu adalah khabar gembira.
b) Tidak ada nikmat melainkan yang Tuhan beri. Tidak ada saluran selain dari Tuhan. Sama ada nikmat maknawi atau yang lahir.

Mungkin
kita tidak terasa kerana kita sudah lama menjadi orang Islam dan sudah
sering mendengar Fatehah sehingga kita sudah lali. Orang Arab, waktu
mula-mula datang wahyu itu, 1500 tahun lalu, bila turun `Bismillah…`,
mereka terkejut. Sebelum turunnya ayat itu, mereka fikir nikmat-nikmat
itu dari jin, malaikat atau bagi hamba sahaya, dia ingat nikmat itu
datang dari tuannya. Dengan turunnya ayat `Bismillah…`, mereka
terkejut dan tersedar rupa-rupanya nikmat-nikmat itu datangnya dari
Tuhan. Jadi dia terasa bahawa rupanya Tuhan itu baik.

2. Bila
sudah faham bahawa nikmat ini khabar gembira dari Tuhan maka Tuhan
mengajak memuji Dia dengan ayat " Alhamdulillah…." Bagaimana kalau
tidak sebut nikmat, tidak sebut khabar gembira tetapi terus disuruh
memuji Allah? Tentu orang akan rasa, kenapa hendak puji Tuhan?
Begitulah cantiknya cara Tuhan mendidik manusia.

3. Selanjutnya,
manusia disedarkan bahawa pujian itu tidak boleh dikongsi. Hanya untuk
Allah. raja atau orang besar tidak boleh kongsi pujian itu dengan
Tuhan. Kalau kongsi dengan Tuhan, itu dosa yang paling berat. Bila
dikatakan nikmat itu dari Tuhan, jadi layaklah Tuhan sahaja yang boleh
dipuji. Tuhan kenalkan diri Nya bahawa Dia, "Rabbul `alamin," yang
mentadbir seluruh alam, dunia dan Akhirat. Orang yang mula-mula dengar
ayat ini, 1500 tahun lalu merasa terkejut. "Hebat Tuhan ya. Bukan
sahaja Dia beri nikmat dan Dia yang patutu dipuji, rupanya Dia itu
mentadbir." Lagi terasa besarnya Tuhan itu. Bukan sahaja Dia mentadbir
dunia, bahkan Akhirat pun Dia tadbir.

4. Kemudian Tuhan
perkenalkan diri Nya lagi dalam "Arrahmanir rahim", diulang lagi
tentang khabar gembira dan ada tanzir yang menakutkan. Cara Tuhan beri
nikmat pada manusia ada 2 cara iaitu: pemurah dan cara kasih sayang.
Kadang-kadang atas nama kasih sayang, Dia beri sedikit nikmat sahaja.
Atas nama pemurah, Dia beri banyak. Tetapi atas nama pemurah, itu
secara istidraj. Tuhan beri banyak itu secara murka. Di sini orang naik
takut dan akan berfikir, adakah nikmat dari Tuhan itu dia dapat atas
dasar istidraj atau atas dasar rahmat. Di sini ada tanzir, ada didikan
untuk menakutkan. Sehingga bila seseorang dapat nikmat Tuhan, dia tak
akan lupa diri. Tuhan beri sedikit kepada orang yang Dia sayang, atas
dasar rahmat juga. Seolah-olah Tuhan kata," Buat apalah Aku beri banyak
di dunia. Beri najis kepada hamba  yang Aku sayang. Aku hendak simpan
nikmat untuknya di Akhirat." Tetapi manusia tidak faham. Bila dapat
sedikit, rasa sedih sangat. Bila Tuhan beri atas dasar pemurah, kadang
Tuhan beri banyak. Di situlah murka dan laknat Tuhan. Di situlah
istidraj.

5. Kemudian Tuhan kenalkan lagi diri-Nya agar cinta dan
takutkan Tuhan itu bertambah. "Malikiyau middin". Dia kenalkan diri Nya
bahawa Dia miliki Akhirat. Tidak sebut dunia. Di sini juga ada didikan
iaitu: Kuasa mutlak itu di tangan Tuhan, tidak dikongsi langsung dengan
sesiapa. Tuhan hendak sedarkan manusia bahawa dunia yang kita pandang
hebat itu sehingga manusia sampai bergaduh, rupanya tidak ada nilai di
sisi Tuhan. Manusia sahaja yang memandang dunia itu besar sedangkan
bagi Tuhan, tidak ada nilainya sekalipun bandingan sebelah sayap
nyamuk. Maka carilah dunia untuk Akhirat. Jika tidak manusia akan
sangat rugi.

6. Terasa lagi kebesaran Tuhan. Setelah Tuhan
perkenalkan diri-Nya dari ayat 1 sehingga 4, setelah terasa kebesaran
Tuhan, maka barulah Tuhan cakap bahawa hanya Dia yang disembah dan Dia
tempat meminta pertolongan. Dalam ayat ke 5 itu, setelah ilmu tentang
Tuhan sudah lengkap, barulah Tuhan arahkan agar Dia disembah,
"Iyyakana`budu waiyyakanasta`in".

Cara yang Tuhan lakukan itu
dalam mendidik manusia, Tuhan minta agar manusia lakukan kepada manusia
juga. Cara mendidik, cara mengasuh telah Tuhan tunjukkan dalam Fatehah
tadi iaitu secara beransur-ansur. Cara itulah yang Tuhan minta kita
buat dalam mendidik manusia sehingga akhirnya manusia menyembah Tuhan.
Itulah ilmunya, teorinya.

Luar biasanya Tuhan bila Tuhan pun
telah tunjukkan realiti dari teori ini atau bagaimana Tuhan aplikasikan
teori ini, iaitu secara realitinya, perintah sembahyang diturunkan
setelah 11 tahun kerasulan. Di peringkat awal, selama 11 tahun Tuhan
turunkan ayat-ayat untuk mengenalkan Tuhan. Kalau dari awal
diperintahkan sembahyang, kita akan ragu dengan teori pendidikan
beransur-ansur tadi. Seolah-olah Tuhan cakap lain tetapi buat lain.
Tetapi terbukti, realitinya tepat dengan teorinya. Nampak kebesaran
Tuhan. Cantik sungguh didikan Tuhan. Tetapi guru-guru tidak hayati ini.
Rasulullah SAW mendidik manusia dengan kenalkan Tuhan dahulu. Pada
tahun ke 11 kerasulan barulah solat diwajibkan.

Itulah ilmu pendidikan yang kita dapat cungkil dari susunan ayat dalam surah Al Fatehah. Maha Besar Tuhan.

DIDIKAN TUHAN KEPADA MANUSIA

Didikan Tuhan kepada manusia sungguh sistematik dan menarik
Indah, ada hujah, berkesan dan menyedarkan manusia
Mula-mula dia inginkan rahmat dan nikmat-Nya hingga terasa kasih sayang-Nya kepada hamba-hamba-Nya
Selepas itu dia suruh hamba-hamba-Nya bersyukur kepada-Nya dengan memuji-muji-Nya tanpa berkongsi pujian dengan makhluk-Nya
Sama ada memuji zat-Nya dan sifat-sifat-Nya mahupun rahmat dan nikmat-Nya
Setelah itu Dia menyedarkan fikiran manusia dan mengusik lagi fitrah mereka
Dengan mengingatkan manusia Dia adalah pencipta alam, pentadbir, pendidik, pengawal, penjaga dan penyelamat semua
Hingga manusia tersentak lagi dibuat-Nya, terasa lagi kehebatan-Nya
Tuhan tubi lagi fikiran dan fitrah manusia cara Dia memberi nikmat kepada manusia
Tuhan berkata, orang jahat diberi nikmat atas dasar pemurah-Nya serta istidraj-Nya atau murka-Nya
Cerita ini sangat menakutkan manusia hamba-hamba-Nya
Orang
yang baik diberi nikmat atas dasar kasih sayang-Nya adalah khabar
gembira dari Tuhannya kerana baik dan taqwanya seseorang itu maka Dia
meredhakannya
Selepas itu Tuhan susul lagi dengan memperlihatkan kebesaran-Nya lagi kepada manusia
Tuhan memberitahu Dia adalah yang memiliki dan mempunyai kuasa mutlak tanpa berkongsi kuasa-Nya dengan makhluk-Nya
Setelah Tuhan mempromosi diri-Nya pada manusia secara bertahap-tahap dan berperingkat-peringkat tanpa mengejut
Hingga manusia faham dan terasa Maha Agungnya Tuhan, dan Maha Berkuasanya Tuhan, Dia adalah segala-galanya
Setelah manusia terasa Dia adalah Tuhan dan Dia adalah tempat meminta
Maka barulah Allah Taala menyuruh menyembah-Nya dan meminta tolong kepada-Nya
Begitulah Tuhan (Allah) mendidik manusia yang para pemimpin, guru, ibu bapa mesti menirunya
Didikan
Tuhan itu kalau dijadikan panduan oleh setiap pemimpin, guru-guru, ibu
bapa manusia itu mudah dididik ke arah mencintai, menakuti dan mentaati
Tuhannya

HIDUP INSAN YANG MALANG

October 5th, 2006 by azmirkhalid

Hidup_insan_yang_malang_rdaily_12
click pada gambar untuk saiz sebenar

MATA LAHIR DAN MATA HATI

October 4th, 2006 by azmirkhalid

MATA LAHIR DAN MATA HATI

578158244

1. Jagalah mata lahir dengan sebaik-baiknya, jangan gunakan sewenang-wenangnya kerana ia boleh melemahkan atau membutakan mata hati atau mata batin.

2. Biarlah mata kepala rabun atau buta, kerana ia hanya menyusahkan kehidupan di dunia, tapi kalau mata hati rabun atau buta ia akan menyusahkan kehidupan di Akhirat yang semua orang akan tinggal di sana kekal abadi.

3. Mata lahir macamlah lampu kereta. Kalau selalu sahaja dimain-main lampu itu akan melemahkan bateri. Begitulah kalau mata lahir selalu sahaja main-main tengok yang haram, ia akan melemahkan mata hati.1405401220

4. Pandangan mata lahir boleh mengingatkan kita kepada Allah Taala dan juga boleh melalaikan kita daripada Allah.

5. Pandangan mata lahir boleh merangsang mata hati melihat kebesaran Allah dan kehebatan Allah Taala atau boleh sekadar merasakan kecantikan dan kehebatan apa yang dia lihat semata-mata.

6. Mata kepala boleh membutakan mata hati, kalau dia melihat tidak disertakan dengan Allah dan juga boleh menghidupkan mata hati jika dia melihat disertakan dengan Allah Taala.